Ramai betul orang dalam stesen KL Sentral.
Tahu kah anda stesen KL Sentral merupakan pusat datang daripada pelbagai arah dalam negara dan luar negara. Mula dibuka 15 april 2001 yakni 14 tahun dahulu, penambahan kepada stesen Kuala Lumpur. Sebenarnya tempat ini dulu diberi nama stesen Sentral dan merupakan stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara.
Pengangkutan yang terdapat disini KTM, LRT, ETS, ERL & Monorel yang pergi dan bawa penumpang ke pelbagai tempat.
Destinasi Paling popular.
KTM – Batu Caves (Batu Caves – Pelabuhan Klang, Rawang – Seremban, Rawang – Tanjung Malim)
LRT – KLCC (Aliran Kelana Jaya)
ETS – Ipoh (Antarabandar)
ERL – KLIA (KL Sentral – KLIA2)
Monorel – Time Square & Bukit Bintang. (Titiwangsa – KL Sentral)
Tahun 2014 sebuah pusat membeli belah NU Sentral telah dibina betul-betul sebelah KL Sentral tapi digabungkan jadi satu bangunan. Itu yang jadi semakin ramai orang. Tapi best lah ada wayang, tempat makan banyak nak lepak-lepak sini boleh lah.
Pengalaman seorang rakan blogger Uncle Zuan kena halau keluar dari dalam KL Sentral sebab dah pukul 12 tengah malam dan semua perkhidmatan ditamatkan. Kadang-kadang risau juga la kalau terlewat balik naik tren KTM. Kena standby duit sekurang-kurang boleh balik naik teksi. Perkara ini dah terjadi pada saya. Kena pukul midnight kena caj double, Hu… sedih.
(15)
2,200 total views, 1 views today
kl sentral memang sesak penuh dengan orang. NU Sentral pun masuk ari tu tengok wayang. Sekali sekalan tengok apa yang best NU sentral.
KL Sentral kan center dari segala pusuk..
HalimBrothers recently posted…Behind The Scene Photoshoot di Planet Marikh!
kl sentral juga tempat untuk dating 😛
Uncle Zuan recently posted…Jom Kita Travel ke Eropah
kl sentral, kl sentral jugak.. ni bila boleh belanja pak john steamboat ni?
hahahaha.
bukharimalek recently posted…Pilih Bulan Sesuai Ke Korea! Kenapa?
Perghh kl sentral.. Mesti rmai orang