Kempen #taknakseludup Hari Tanpa Tembakau

Aku tak merokok, tapi tulah dulu pernah terlanjur… Bukan terlanjur apa pun, terlanjur hisap rokok zaman2 sekolah dulu.. Mengada nak mencuba-cuba orang kata. Masa tu, rokok murah lagi. Tapi disebabkan masih sekolah tak mampu juga nak beli walaupun harga rokok biasa masa tu RM4-6. Dah murah, nak murah lagi. Rupanya ada lagi rokok nurah yg mampu aku beli masa tu. Rokok tu harga dia RM2.20 rasa sejuk je manis-manis, perokok tau lah rokok apa ni! hehehe.

Tu cerita dulu-dulu lah.. sekarang aku dah tak merokok da…. Sebenarnya rokok murah yang aku hisap dulu, rokok seludup rupanya! hampeh. Patut lah murah. Rokok seludup ni diorang jual senyap-senyap. Bagi aku, aku tak kisah rokok seludup ke rokok tak seludup ke janji hisap keluar asap.! hahaha

Tapi sejak tahun lepas aku dah mula perasan kawan-kawan lain duk buat kempen #taknakseludup. Aku tertanya-tanya juga apa benda yang #taknakseludup ni. Rupa-rupanya, pasal Bahaya Rokok Seludup.

taknakseludup

Sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR), Media Prima Berhad syarikat media berintegrasi terkemuka Malaysia pada 29 Mei yang lepas telah melancarkan Kempen #taknakseludup bersempenakan  Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2015 pada 31 Mei setiap tahun. Pada tahun ini bertemakan “Perdagangan Haram Produk-Produk Tembakau”

Shareen Ooi, Ketua pegawai pemasaran kumpulan, Media Prima menyeru kepada orang menyokong kempen #taknakseludup serta menggalakan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kempen ini juga bertujuan untuk menghapuskan harga rokok haram yang lebih murah supaya meyekat perokok bawah umur membeli.

Semua orang mesti tahu, tipu kalau tak tau! Rokok ini memang membahayakan kesihatan, apatah lagi rokok seludup lagi berganda-ganda bahaya! Elakkan menghisap rokok seludup, senang cerita tak payah hisap rokok langsung.

taknakseludup

Untuk pengetahuan semua orang, Hari Tanpa Tembakau Sedunia merupakan usaha berterusan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (Who) untuk mendidik orang ramai mengenai risiko-risiko kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaan tembakau.

Tahukah Anda?

tahukah anda

Salah satu rokok seludup
Salah satu rokok seludup

Sekiranya anda didapati bersalah kerana memiliki atau menjual rokok seludup, anda boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau didenda sebanyak 20 kali ganda dari nilai asal barangan atau kedua-duanya sekali mengikut Akta Kastam 1967.!

Maka nya jangan dibeli, bila tiada pembeli tiada penjual. Tiada penjual, tiada pembeli. Gituhhh..!

(0)

1,175 total views, 2 views today

Incoming search terms:

  • rokok seludup paling sedap
Cara Bayar Unifi Online
Beramal bersama Bintang & Menangi Duit Raya dari Yeos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge