Kempen Derma Darah Capai Sasaran Tabung Darah PDN

Kempen Derma Darah
Malam semalam saya sempat ke Nu Sentral Mall, ada kempen derma darah di sana. Saya datang selepas tengok kawan facebook saya share poster kempen derma darah. Memandangkan saya tidak ada apa-apa aktiviti semalam dan nak ke Nu Sentral ini senang jadi saya terus siap-siap gerak naik Komuter KTM berhenti kat stesen komuter KL Sentral. Ini event kedua yang saya datang dibuat di Nu Sentral Mall. Event sebelum ini, Red Carnival yang dianjurkan oleh PT Foundation pun dibuat di Ruang Legar Nu Sentral.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Ok, berbalik pada kempen derma darah ini. Kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengisi balik Tabung Bekalan Darah Pusat Darah Negara (PDN) yang makin sedikit hingga ke tahap kritikal. Darah-darah ini diperlukan untuk mangsa banjir di pantai timur yang mengalami penyakit untuk digantikan darah baru kalau tak silap.

Ramai Derma Darah
Orang Ramai Derma Darah
Derma Darah
Siap sedia untuk diambil darah
Sambutan Kempen Derma Darah
Fuh! beratur orang nak derma darah tau

Kempen derma darah ini  berjalan daripada pukul 10 pagi – 9.00 malam telah berjaya menerima sebanyak 600 lebih unit yang didermakan oleh ramai ini juga telah melebih sasaran iaitu 500 unit.

Jenis Darah

PDN amat memerlukan semua jenis darah terutamanya jenis O. Orang yang ada darah jenis O ini sesuai menderma dengan semua jenis darah. Alhamdulillah penerimaan jenis darah O amat mengalakan. Cuma saya agak lewat sikit sampai ke event ini, saya tak sempat nak derma darah. Niat awal semalam nak derma darah dan nak tau la juga darah jenis apa saya ni.  Tapi tak sempat nak buat macam lambat, mungkin lain kali.Tak ingat sama ada pernah derma darah ke tak sebelum ni. Tapi rasanya pernah masa zaman belajar kolej dulu.

Info yang saya baca, dengan derma darah ni banyak beri kebaikan. Kebaikan derma darah ni bila keluarkan darah yang ada untuk proses darah baru dapat mengurangkan paras zat besi di dalam badan. Zat besi dalam badan tak boleh berlebih-lebihan kalau dibiarkan berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).

makanan selepas derma darah
Lepas derma darah dapat makanan

Korang pulak macam mana? Sudah ke korang derma darah? dan sudah bersedia untuk derma darah? Dengar-dengar ada juga yang takut nak derma darah eh? Apa tah yang ditakut kan tu.. Cer komen kat bawah.

4,773 total views, 1 views today

Movie Day Out Team Siti Saleha
Seminar Lejen IM

9 Replies to “Kempen Derma Darah Capai Sasaran Tabung Darah PDN”

  1. Sy pun darah O+. Teringin nak derma darah, tapi tak berkesempatan setiap kali balik. Huhu, kat sini pulak, pihak hospital tak galakkan sbb sy tak sama continent, potensi darah tak digunakan tu tinggi T_T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge