Kembara Media Felcra 2016 Disambut Meriah

kembara-media-felcra-2016

Korang! 2 hari jumaat dan sabtu bulan lepas aku menghilang diri kejap. Aku tak menghilangkan diri seorang-seorang, aku culik 16 orang blogger untuk terjebak dalam sebuah kembara. Jeng… jeng.. Kembara apakah itu? Kembara mistik ke? hehehe. Kalau nak tahu baca sampai habis ye.

Tak. tak.. kita orang tak kembara mistik, kalau betul kembara mistik tak balik dah kitaorang. hahaha.

Kemana kah kita orang bulan lepas?  Sebelum tanya kemana kah kita orang bulan lepas, nak tanya kemana kah korang minggu lepas? Tengok memasing blogger sibuk juga ye dengan macam-macam trip ke Terengganu la, Legoland dan macam-macam. Ini pun last minutes invitation tapi rasanya  ini the best trip setakat ini konvoi Kembara Media

Ingat lagi masa dua tahun lepas join kembara media ke sebuah glamorous camping site di Pahang masa tu pengalaman pertama kali sertai kembara dengan warga media. Ingatkan tak ada peluang dah, alhamdulillah tahun ini diberi peluang sertai kembara media. Tapi kali ini lain sikit sebab pergi secara berkonvoi kereta beramai-ramai. Meriah gila! aku rasa ada dalam 100 bijik buah kereta semua sekali.

Aku sebenarnya excited nak cerita 2 hari punya kembara media Felcra, tapi rasanya macam tak sempat. Dah kesuntukkan masa, entry ini pun dah terlajak date. So aku nak ketengahkan apa itu Felcra. Dengan aku ikut kembara media Felcra ni aku dapat tahu sedikit sebanyak tentang Felcra. Mungkin tak ramai orang biasa mendengar nama Felcra, mungkin juga akan ada yang terkeliru antara Felcra dan Felda.

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali dengan “FELCRA” telah ditubuhkan sejak 1966 untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup serta nilai kehidupan mereka.

Bermula 1 September 1997, FELCRA telah bertukar nama kepada ‘FELCRA Berhad’ sama dikopratkan dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Info selanjutnya disini.

ela-gyrocopters-felcra

Pusat Komersial Pembenihan Padi

Antara benda menarik yang aku nak highlight kan adalah tentang Pusat Komersial Pembenihan Padi. Lupa nak bagitau Felcra ini aktiviti perniagaan yang dilakukan adalah Padi, Sawit dan Getah. Pusat Komersial Pembenihan Padi ini terletak di Seberang Perak dengan keluasan tanaman padi pada lebih kurang 80,000 hektar. Memang besar gila. Tanam padi lagi besar lagi bagus, jika berlaku krisis makanan pada masa akan datang, kita dah ada bekalan padi sebagai makanan asas. Apabila kawasan padi terlalu besar bagi nak menjimatkan proses menyembur racun dan baja dengan cepat dan mudah, satu alat dicipta iaitu ELA Gyrocopters. ELA Gyrocopters ini boleh terbang serendah 2 meter dan boleh terbang sehingga 4 jam.

rumah-peserta-generasi-kedua-felcra

Perumahan Generasi ke-2 FELCRA

Yang bagus nya pasal Felcra ini, mereka sangat menjaga kebajikan setiap peserta Felcra. Supaya generasi kedua untuk memiliki rumah sendiri. Felcra telah membina rumah dengan menggunakan kontraktor dan tukangan sendiri. Jenis rumah Type A yang berkeluasan lebih kurang 1600 kaki persegi dijual dengan harga RM133,000.  Rumah Type B pula berharga lebih kurang RM50,000. Tapi ada syaratnya! Untuk beli rumah ini untuk peserta Felcra sahaja, kalau orang luar nak beli kena kahwin dulu dengan orang perkampungan Felcra Lekir atau nama baru sekarang Amanjaya. Dengar cerita gadis Felcra di sana kos hantaran semakin menaik, jangan tunggu lama-lama. hehehe

konvoi-kembara-media-felcra-berhad

Penutup Majlis Kembara Media Felcra 2016.

Penutup majlis kembara kali ini diperkenalkan satu trademark dimana orang kenal Perak disitu terdapatnya Felcra.

P  – Produktif
E –  Effisien
R – Responsif
A – Amanah
K – Kebajikan

Wow! gempak gila idea, tak heran la akan kejayaan Felcra yang semakin meningkat bermula daripada pihak pengurusan. Syabas dan tahniah kepada seluruh pengurusan Felcra, memang terbaik. Kalau terbuka lagi untuk jadi peserta Felcra, mau sahaja aku mendaftar. hehehe

group-photo-blogger-felcra

Kami daripada team Hai Blogger! mengucapkan ribuan terima kasih atas semua layanan, perkhidmatan dan penginapan yang disediakan serta buah tangan yang diberikan. Yeahhhh! Jumpa lagi akan datang Felcra dengan kejayaan baru dan lebih segar untuk agama, bangsa dan negara.

 

(4)

1,679 total views, 2 views today

Teaser! Pulau Memanggil Minggu Depan
Run Kedua, Shokubutsu Shower Run 2016

Be the first to comment on "Kembara Media Felcra 2016 Disambut Meriah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!