Kelas Videography Kaio Studio

Hidup ini tak mudah, tak semua orang ada bakat yang semulajadi. Daripada situ saya mengambil insetif nak mencari ilmu photography dan videography. Nak cepat boleh masuk mana-mana kelas/bengkel tapi saya tak ada bajet. Pernah masuk sekali kelas asas photography Saiful Nang bayar RM50. Sekali kelas tu jelah mana cukup sebenarnya. Saya kena banyak belajar sendiri. Belajar sendiri ni boleh buat cepat “down” bila kita tengok hasil kita tak sama dengan orang lain.

Ada juga dapat nasihat daripada kawan-kawan kata banyak kan ikut orang pergi photoshoot. Saya telah mengikut seorang rakan yang serba boleh. Photography boleh, videography pun power. Saya banyak mengikutnya sejak setahun yang lalu apa saja yang berkaitan photography & videography.

Baru setahun jagung dalam industri ini masih belum rasa ada apa-apa peningkatan yang banyak. Tapi saya bersyukur ada kawan-kawan yang sudi berkongsi ilmu bersama. Orang pertama sekali Acul orang yang tolong “check” kan pertama kali beli DSLR masa tu. Acul sibuk orangnya tak banyak yang dapat saya cungkil ilmu daripada dia. Kemudian Abang Sam, jumpa abang Sam kat mana-mana event blogger mesti ada je benda nak borak pasal photography. Abang Sam pun tak lokek ilmu cuma tak berkesempatan nak jumpa sangat.

Sekarang ini orang yang banyak kongsi ilmu dan banyak beri peluang pengalaman shoot event, fashion show, komersial shoot, wedding orang nya adalah Kaio. Rasanya ramai yang kenal kaio betul tak? Kaio ni kepakaran dia lebih kepada video shoot. Dia banyak kongsi ilmu pasal video.

Tapi belajar dengan kawan-kawan ni diaorang tak ada modul yang nak diajarkan. Semua diajar secara spontan daripada pengalaman yang ada bertahun-tahun dulu. Kaio ni pun saya dah mula nampak menjerumus ke arah jadi tenaga pengajar. Dah 2 kali kelas videography Saiful Nang dia dijemput untuk jadi tenaga pengajar.

Alang-alang dah mengajar tu, why not kongsi dengan kawan-kawan yang nak belajar ni. Boleh juga dijadikan perintis. Dengar cerita job video banyak masuk sampai tak ada videographer yang boleh cover. Niat macam tu lah, nak tolong member-member bila ada job boleh lah tolong bila dah pandai nanti.

kelas videography

Dah jadi cerita panjang pula, dipendekkan cerita. Minggu lepas kaio buat kelas asas videography dengan kerjasama Clora Studio & rakan videograper Nasrullah Napi. Dalam kelas tu kami diajar beberapa perkara penting sebelum shoot video.

1. Kesegaraman setting bersama videographer team.
2. Shutter, AP, ISO.
3. Rules of third & framing video.
4. Kestabilan memegang camera.
5. Peralatan tambahan.

Lepas belajar terus kami buat praktikal.

So terhasil lah music video ni.

Amacam ok tak? Dalam kelas ni ada 3 orang yang belajar, saya, Hilmi, & Lynn. Kami diberi tugasan untuk shoot music video ni terbahagi kepada 3.

  1. Saya fokus pada tangan & gitar
  2. Hilmi fokus pada muka dan sisi badan
  3. Lynn bahagian depan

Daripada 3 angle ini digabungkan menjadi sebuah music video yang agak awesome! hahaha

Btw penyanyi ni bernama Razak A’ai. Penyanyi indie dan busker. Ini lagu baru dia yang belum diberi tajuk lagi. Rasa macam tak puas lagi lah. Banyak benda nak kena belajar. Korang ada yang berminat nak join kelas videography ni ke?

Cer komen kat bawah. Kalau ramai yang berminat boleh open next kelas.

(2)

960 total views, 1 views today

Kini Saya Pengguna Setia Ephyra
Kedai Makan Western dan Barista di Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge