Kelas Latihan WordPress Anjuran DenaiHati Network

Menulis Untuk Berkongsi

Sabtu Lepas 28/12/2013 berkesempatan menuntut ilmu sedikit sebanyak di dalam Kelas Junior WordPress anjuran DenaiHati Network di Seksyen 13 Shah Alam. Yang merupakan kelas terakhir buat tahun 2013. Yuran RM150.

Apa yang diajar kan di dalam Kelas Junior WordPress? :

  1. Memasang WordPress secara manual atau menggunakan one-click installer
  2. Setting asas WordPress
  3. Bagaimana untuk menulis menggunakan WordPress
  4. Menggunakan media seperti gambar dan video di dalam artikel
  5. Proses pemilihan plugin dan themes
  6. Asas optimasi enjin carian (SEO)
  7. Teknik promosi, apa dan bagaimana perlu dilakukan

Tujuan aku mengikuti kelas ini selain daripada belajar buat blog wordpress, ingin mengerat kan hubungan sesama blogger, melihat bagaimana cara penyampaian sesuatu ilmu itu dan membakar semangat aku untuk buka semula blog Halim Brothers sekian lama ditutup “Under Maintenance“. Selepas aku menutup blog ini seketika aku cuba untuk menulis tentang blog makanan yang diberi nama SedapMakan akhirnya menjadi terbengkalai.

2 hari selepas balik dari Kelas Junior WordPress aku bertungkus lumus mencari theme yang sesuai untuk buka blog ini semula. Akhirnya seperti yang kau orang tengok theme HotTopix menjadi pilihan aku 😀

Secara jujurnya sedikit sebanyak tentang asas WordPress sudah aku tahu. Terima kasih banyak-banyak atas ilmu-ilmu yang diberikan, tetapi di sini aku ada persoalan adakah kelas ini telah buat persediaan awal? Minta maaf tulis, apa yang aku lihat kelas ini dibuat Ala-Kadar dan macam tidak ada persediaan awal. Harap selepas ini denaihati buat penambah baikkan. 🙂

Ok-ok tak mau pening-pening jom kita layan gambar-gambar semasa kelas junior wordpress

Kelas Junior WordPress

Gambar Kredit Anarm.net

belajaar blog wordpress

Dalam pukul 12 tengah hari kami berehat kejap makan tengah hari di kedai upin ipin bawah kelas wordpress sederet je sebelah  kanan, terima kasih Tuan Eizil belanja makan kami semua 😀 hehe

Kedai Upin Ipin Seksyen 13

Nasi Campur Kedai Upin Ipin

Perut pun sudah kenyang, apa lagi kita sambung belajar semula, tiba-tiba datang pula seorang ” brader ”  kongsi ilmu dan pengalaman semasa join Master WordPress Denaihati tapi aku tak berkesempatan untuk join kelas seterusnya..

Nak tahu tak siapa brader itu? Nah ini dia blogger Sohoque rupanya..

Ilmu biarlah bermanfaat

Di akhir kelas kami sempat bergambar bersama buat kenang-kenangan sekejap 🙂 Yang paling best gambar ini saya buat cover facebook dan google plus hehehe

Menulis Untuk Berkongsi

Ok aku tak nak bertangguh-tangguh lagi aku nak publish blog Halim Brothers semula 🙂 Semoga dapat manfaat daripada Kelas WordPress ini.

 

 

(586)

8,210 total views, 1 views today

Pindah Rumah Ke Hostgator dan Genesis Framework
Isu Panas dan Kebangangaan

8 Comments on "Kelas Latihan WordPress Anjuran DenaiHati Network"

  1. wah, untunglah.. dpt jumpa bro Sohoque…
    Akuro San recently posted…Sinopsis The Hobbit – The Desolation of SmaugMy Profile

  2. banyak ilmu dapat tu dari otai2x yang mantap.
    Bahrain recently posted…Jom Ke Legoland Dari Published2u.comMy Profile

  3. kelas ni macam mana? buat duit ke belajar buat blog guna wordpress?
    FaizAlias recently posted…Blogger Untung RM1 JutaMy Profile

  4. hoho.Makin power la lepas ni 🙂
    paan recently posted…Aku , Manga dan AnimeMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!