Keenakan makanan Baba Nyonya dan Persembahan Kebudayaan

Tahukah anda di Melaka popular dengan masakan asam pedas.? Sebut sahaja asam pedas semua orang mula meleleh air liur dibuat nya. Bila anda sudah berada di Melaka, sangat rugi jika tidak mencuba masakan Baba Nyonya Melaka. Agak RARE juga kali pertama aku makan masakan Baba Nyonya ini. Tapi sebelum itu jom kita mengenal sejarah Baba Nyonya. Mengikut pembacaan aku di Wikipedia :

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri SelatTanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru,  dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba” atau “Peranakan” kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai “Baba”. Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.

Kalau tak kerana aku join Cuti-cuti Malaysia Sahabat Media dan Santai Travel tak merasa aku makan masakan Baba Nyonya. Bila dah ada budaya bercuti secara terancang ini dapat la juga ke tempat-tempat yang unik dan menarik di Melaka. Kalau tak terancang jawab nya sesiapa pun akan blur-blur.

Melaka Nyonya Village 1

Melaka Nyonya Village menjadi pilihan kami kali ini. Kami disambut dengan penuh beradab dan ini sesuatu yang betul-betul membuat aku teruja. Makanan tak payah cerita, memang banyak dihidangkan untuk tetamu. Satu-satu makanan dihidangkan sampai penuh meja. Rasa rugi sangat tak catat nama-nama makanan. Nasib baik ada gambar untuk kenangan-kenangan yang nak menunjuk kan betapa sedap masakan Baba Nyonya. Yang penting HALAL ok. 😀

Melaka Nyonya Village 3

Melaka Nyonya Village 4

Melaka Nyonya Village 5

Melaka Nyonya Village 6

Melaka Nyonya Village 7

Melaka Nyonya Village 8

Melaka Nyonya Village 9

Melaka Nyonya Village 10

Yang buat aku tetarik sangat, sambil makan kami dipersembahkan persembahan kebudayaan Baba Nyonya. Sedikit sebanyak kita tahu budaya Baba Nyonya macam mana. Tapi sayang yang ini pun aku tak ingat. Lupa lagi nak salin nota. Leka makan sodap-sodap. hihi (Siapa ingat tolong komen bawah, nanti aku update entry ini semula)

Baba Nyonya Tradisional

Amacam menarik kan? Sekali lagi aku ingat kan.. Kalau dah sampai Melaka tu bawa-bawa ler rasa masakan Baba Nyonya. Tak makan rugi! Pelancong-pelancong mat salleh kat luar sana beribu-ribu batu datang Melaka tau semata-mata nak rasa masakan Baba Nyonya. Kita yang bertahun-tahun duduk kat Malaysia rasa sekali seumur hidup pun jadi la.. 😀

Dibawah aku sertakan alamat Melaka Nyonya Village. Sampai Melaka je terus cari alamat ini ok?

Melaka Nyonya Village

178, Jalan Parameswara, 75000 Melaka
75000 Malacca City, Malaysia

 

12,448 total views, 2 views today

Lembut, Panas, Besar Sate Baung Bandar Baru Bangi
Ikan Pekasam Makan dengan apa pun sedap

4 Replies to “Keenakan makanan Baba Nyonya dan Persembahan Kebudayaan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge