Kedai Makan Western dan Barista di Melaka

Pergi ke Melaka, Asam Pedas memang dah jadi trademark negeri Melaka tak pun orang akan cari ikan bakar port kat Umbai tu ah. Tapi tak pada saya, berkesempatan 2 hari pergi ke Melaka tekak rasa lain maciem. Tertiba tekak jadi tekak orang puteh. Tau kan tekak puteh tu makan apa? Makan western lah apa lagi! hehehe

Memandangkan saya ada dekat Melaka, mana pula nak cari kedai western lain lah dekat KL banyak kedai western dekat Shah Alam lagi lah tumbuh bak cendawan. Macam-macam kedai western ada. Tapi dekat Melaka ni dekat mana pula cari? Cari punya cari jumpa jugak. Kedai western ni dekat dengan tempat hotel yang kami menginap.

Kali ini trip ke Melaka tak masuk ke kampung, cuma dalam bandar Melaka je dekat dengan AEON Bandar Melaka dan beberapa kilometer jarak dari Melaka Sentral. Trip kali ini juga tak berjalan kemana-mana cuma waktu untuk makan-makan aje!

Berbalik semula pada kedai western tadi, saya jumpa satu kedai western berkonsepkan hipster dan tenang best je masuk dalam kedai tu. Apa yang menarik nya kedai ini mengabungkan konsep western dan barista. Tak banyak kedai yang menggabungkan kedua-dua konsep ni dalam satu kedai. Memang kena lah dengan citarasa anak muda macam kita-kita ini. Tapi jangan pula takut nak masuk ke Billionaires Concept Cuisine. Nama je Billionaires tapi tak semestinya untuk orang “Jutawan” je boleh masuk. Secara automatik juga masuk kedai ni kita rasa aura jutawan tu. hahaha. Order apa nak!

Jom Order!

Saya order Moscow Mixed Grill. Kombonasi Grilled Beef, Grilled Chicken dan Tempura Fish Fillet yang telah diperapkan. Terasa kelazatan perapan nya tu. ????????????

Moscow Mixed Grill.

Moscow Mixed Grill.

Lagi Menu Western

Lunch dengan kawan-kawan masing-masing order menu lain-lain.

IMG_1154

Menu Western

Makanan Western Dekat Sini Sedap!

Air pula ada macam-macam jenis

soda lychee raspberry

Air saya yang hujung belah kanan tu Soda Lychee Raspberry

Melaka panas wooh!
Dapat minum soda lychee raspberry terasa kesegaran nya.

Pencuci Mulut – Aiskrim…!

Oreo Krush ice cream.

Caramel Sutra

Ada lagi banyak aiskrim tak sempat nak cuba dapat cuba yang dua askrim ni je. Saya suka Oreo Krush, oreo bila makan dengan aiskrim pergh nikmat nya. Kau apa tau! Nak tau sedap ke tak cuba lah sendiri. hehehe

So lepas ni ke Melaka jangan paranoid sangat dengan asam pedas atau ikan bakar tau. Sesekali makan la western pulak. hahaha

Macam biasa ler di penghujung entri ini saya tinggal kan sekali alamat kedai supaya senang korang nak datang makan kat sini. Takut korang terliur pulak.  Yang pasti makanan western ini Halal dan dimiliki orang Encik Akmal Zaba. Makan tanpa was-was. Bangga dengan peniagaan orang Melayu. 🙂

Alamat Cafe :
Billionaire’s Concept Cuisine
No 8-1, Jalan Lagenda 6, Taman 1 Lagenda,
75400, Melaka. ◆ Berdekatan Aeon Bandaraya Melaka
013-2018282
Facebook & Instagram


kredit gambar : Kaio Studio

(67)

9,438 total views, 1 views today

Pizza Jepun
Single Mask Treatment Amelfawz Beaute

1 Comment on "Kedai Makan Western dan Barista di Melaka"

  1. wow.. mantap kali menu nya.. bisa jadi tempat singgah nih.. 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!