Kebersihan muka? Tak kira perempuan atau lelaki, kebersihan muka mesti la dijaga dan diutamakan. Aku sebagai lelaki tentang muka ini aku tak berapa nak kisah sangat. Tapi akhir-akhir ini aku dapat kesedaran yang kebersihan muka ini penting. Apa yang buat aku tak kisah sangat pasal muka sebabnya aku tak tahu apa produk yang aku harus pakai untuk membersihkan muka.
Kalau lihat di muka aku di bahagian pipi ada parut dan jerawat-jerawat kecil. Bagi aku biasalah tu lelaki ada parut2 kan? Kalau perempuan yela tak sesuai ada parut.. Aku lelaki ada parut nampak rockkk! Kalau licin pula orang kata jambu… Tak nak! Tak nak!
Sebelum ini aku cuba pakai Biore Men’s Deep Clean Extra Cool yang berfungsi membuang bintik hitam dan mengelupas sel-sel kulit mati untuk bersih, kulit dan sihat bebas minyak. Yang aku suka pembersih muka ini, rasa sejuk sangat layan, tapi bahaya kalau kena mata, pedih mata dibuatnya.. Jadinya aku pakai sehari sekali shj.
Kebetulan minggu lepas aku nak ke Low Yat, depan Sg. Wang, guardian buat promosi produk Vaseline. Jurujual Vaseline beri sample percuma. Alang-alang tu aku tanya lah, yang mana satu sesuai untuk kulit muka aku yang berparut + jerawat dan berminyak. Dia cadangkan aku cuba Vaseline MENface Antispot Whitening face wash + Spot Removal yang mengandungi vitamin B3 dan Activated Carbon fungsinya membersihkan mengurangi bekas/cela jerawat, kulit kusam yang disebabkan oleh kotoran dan minyak, bintik gelap dan sel-sel kulit mati pada wajah. Sesuai la kan dengan kulit muka aku yang kau orang tengok kat atas tu?
Sebelum ini aku macam tak kisah sangat benda-benda ini semua, tapi bila difikir2kan aku kena buat sesuatu untuk kulit muka aku supaya lebih baik. Sekarang ini aku sentiasa cari informasi macam mana nak jaga kebersihan muka.
Baca : 3 Pilihan Ubat Hilangkan Parut #1 Paling Dicadang Pakai
Rupanya, selepas kita dah pakai pencuci muka, kulit kita akan kering dan kena la pakai pelembab / Moisturiser selepas tu. Untuk moisturiser pun aku pakai jenama Vaseline yang jenis Oil Control khusus untuk kulit berminyak membantu menyimbangkan pengeluaran minyak di muka.
Dan mengikut pembacaan aku, untuk nak tahu kita sesuai atau berkesan sesuatu produk kita kena uji cuba selama 3 bulan. Tapi bagi aku kalau ada tanda-2 negatif atau tak bagus cepat-cepat berhenti pakai.
Untuk next entri kita tengok macam mana berkesan ke tidak produk Vaseline ini dan lepas aku dah pro cara pakai Moisturiser tu aku tunjuk cara kat kau orang pulak,, huhu
OK Jumpa lagi..
(2300)
20,160 total views, 1 views today
Incoming search terms:
- pencuci muka vaseline
- pencuci muka lelaki
- pencuci muka untuk kulit berminyak dan berjerawat untuk lelaki
- pencuci muka untuk lelaki
- pencuci muka untuk lelaki berjerawat
- pencuci muka untuk kulit berminyak dan jerawat untuk lelaki
Terima kasih di atas perkongsian info… Lepas ni boleh cuba pakai pencuci muka jenama Vaseline ni pula… Mana tahu lebih sesuai pada muka saya..
Anuar recently posted…Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Secara Online masih dibuka sehingga 8 June 2014
try tradisional plak…tubuk beras then campur lidah buaya..pakai dr malam sampai pagi 😀
Cik Lyeen recently posted…Cuti Minggu Pertama
Cik Lyeen dah pernah try cara tradisional ke?
Wahhh macam best jer…
Hafiz recently posted…AL-FATIHAH – Baginda Sultan Perak Mangkat
Oh lelaki sesuai guna produk pencuci muka vaseline rupanya 🙂
nabihah arrose recently posted…Hujan
perh betul ke ni? produk ni bagus?
hafizi hamsan recently posted…Jadual Puasa Untuk Negeri Melaka