Jumpa Artis Dekat The Mines

 photo the mines shopping complex_zps1uctyyb7.jpg
Ingat lagi dulu first time pergi The Mines, naik ktm turun dekat stesyen Serdang. Masa tu dah survey cara nak pergi The Mines. Terjumpa la naik bot ke sana. Mula-mula macam pelik, really naik bot pergi shopping complex? Macam menarik! mana tak nya tengah-tengah bandar naik bot. Rupa-rupanya jalan seberang KTM Serdang, nak ke The Mines tu ada ada tasik besar.

So untuk korang-korang yang nak pergi the mines  tu try la naik bot. Harga RM2 je sehala. Best je duduk atas bot kena angin bertiup. Tak ada la penat nak kena jalan kaki ke sana. Dah sampai, apa lagi pergi shopping puas-puas. hahaha

Btw, cerita pasal The Mines, ini nak cakap sikit. Saya selalu juga follow event-event OMGFEST. Untuk bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri, OMG bekerjasama dengan The Mines Shopping Mall untuk anjurkan The Mines Celebrity Fest. Bila tu? Pada 25 dan 26 Jun 2016 bertempat di Ruang Legar Utama (Center Court) tingkat 3 dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.

 photo the mines celebrity fest_zpsvpehxgbp.jpg
Sempat juga saya hadir ke Press Conference yang dibuat di Teh Tarik Place dan diberitahu ada 10 orang artis macam penyanyi, pelakon dia orang berniaga di satu bumbung bagi mempromosikan produk-produk hasil tangan mereka sendiri. Lepas tu jual dengan harga murah sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Korang dah tahu belum siapa artis-artis terlibat tu?? Meh nak habaq sikit, artis-artis yang akan turut serta Erry Putra, Arja Lee, Nas Adilla, Alif AF6, Khai, Rosma dan ramai lagi. Mesti ada artis yang korang minat kan? So jangan lupa serbu The Mines Celebrity Fest pada 25 dan 26 Jun 2016 di tingkat 3. Pastikan korang dapat bawa balik sesuatu daripada barangan jualan-jualan artis seperti tudung, jubah wanita & lelaki dan banyak lagi dan yang paling penting jangan segan-segan untuk bergambar dengan artis-artis favourite korang. Nanti boleh la eksyen dengan member-member korang dapat bergambar dengan artis.. Aih.!! tu pun nak kena ajar… Hahahaha

Aihhh ! Mesti tak rugi nya korang datang, 2 hari punya acara dah diatur baik punya dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti persembahan pentas, pertunjukkan fesyen tutorial dan juga demo ekslusif untuk para pengunjung.

Macam mana nak datang? Tadi dah cerita dekat atas, bagi yang naik public transport ke The Mines boleh naik KTM turun di stesyen Serdang kemudian naik bot untuk seberang tasik ke The Mines.

Nah pergi dekat facebook The Mines Shopping Mall (klik) untuk tengok lebih detail dan pertanyaan ke lokasi event The Mines Celebrity Fest 2016.

718 total views, 1 views today

Incoming search terms:

  • cara pergi the mines
  • cara pergi ke the mines
  • komuter ke the mines
  • ktm serdang ke mines
Iftar Hai Blogger! Tahun Ketiga Di Kantan Hotplate
Cuci Perut Pada Bulan Puasa

One Reply to “Jumpa Artis Dekat The Mines”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge