Juara AJL29 – Apa Khabar

Ajl29

Anugerah Juara Lagu adalah bertujuan untuk memartabatkan penulis lirik, komposer dan penyanyi, sekali gus menobatkan mereka sebagai juara. AJL29 telah pun berlangsung pada 18 Januari 2015 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil dengan menampilkan 12 lagu yang berentap di pentas AJL29.

Media Social semalam mengalami trending hashtag #AJL29 dan rata-rata pengguna media social seperti facebook, instagram dan tak terlepas juga twitter mengemaskini pelbagai komen-komen selaku juri mak jemah. Sikit-sikit update.. Sikit Update. Termasuk la diri ini.  Hahaha

Saya sebagai pengguna tegar social media facebook dan instagram duk sentiasa la scroll tengok macam-macam kerenah korang eh! Yang membuat lagi meriah AJL29 kali ini adalah kerana Penaja Utama mereka Pamoga Qu Puteh , setiap masa dan saat ada saje terpampang besar muka Dato Vida atau nama sebenar Dato Dr Hajjah Hasmiza Othman

Anda nak cantik..nak putih gunakan lah Qu puteh,baru lah puteh.

Pada anggaran saya bajet pemasaran Qu Puteh mesti sangat tinggi  paling tidak pun RM1 juta kerana objektif dan matlamat untuk sampai kan mesej sangat ditekan supaya dapat meresapi ke dalam pemikiran rakyat Malaysia sekaligus produk ini menjadi popular.

AJL29 semalam saya dapat tengok separuh, sebab petang tu kami teruna pilihan jejaka idaman Malaya, Amir Nawawi dan Khai Artzfar sedang membalun sedap daging perap Pak John Steamboat & BBQ. hahaha.

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke – 29, tahun 2015

Juara AJL29

Berbalik semula kepada AJL29, 12 lagu bertanding merebut 5 Anugerah. Masing-masing masih berteka teki siapakah yang jadi juara? Adakah Hafiz Suip? (matahari),  Dato Hattan dan Waris? (gadis jolobu) atau Hazama? (malaikat). Tetapi tiada siapa menyangka… Anugerah Juara Lagu pada kali ini mengangkat muzik Hiphop sebagai juara! dan Edry Abdul Halim telah buat seluruh rakyat Malaysia terkejut. Nak tau apa? Baca sampai habis artikel ini.

Juara Anugerah Juara Lagu 29

Joe Flizzow dan Sonaone
Lagu : Apa Khabar
Genre : Hip Hop
Hadiah
Wang tunai RM50 000 dan trofi juara
Ulasan : Lagu ini sesetengah orang dengar mungkin katakan lagu ini ada seni nya tersendiri dan tak kurang juga yang megatakan lagu ini entah apa-apa! terpulang pada penilaian masing-masing. Ada pun lagu ini sebenarnya luahan hati Joe Flizzow kepada Malique rakan seperjuangan hip-hop bersama nya pada masa dahulu?

Naib Juara Anugerah Juara Lagu 29

Naib Juara AJL29

Shila Hamzah
Lagu : Masih Aku Cinta
Genre : Pop
Hadiah
Wang tunai RM35 000 + Trofi
Ulasan : Lagu yang pernah mengundang kontroversi tindakbalas ekoran konflik yang melanda hubungan cintanya dengan bekas teman lelaki nya, Sharnaaz Ahmad telah berjaya mendapat naib juara AJL29. Walaupun terdapat lagu-lagu yang lain lagi hebat tetapi tidak kurang hebatnya juga lagu ini untuk dinobatkan sebagai Naib Juara,

Tempat ketiga dan Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 29

Vokal Terbaik AJL29

Dayang Nur Faizah
Lagu : Di Pintu Syurga
Genre :
Hadiah
Wang tunai RM20 000 + RM12 000 + Trofi
Ulasan : Di pintu Syurga OST Ariana Rose Akasia TV3 sememangnya layak dipilih tempat ketiga dan Vokal Terbaik nyanyian Dayang Nur Faizah tak dinafikan.

Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 29

Persembahan Terbaik

Mojo feat Caliph Buskers
Lagu : Roman Cinta
Genre : Klasik Rock
Hadiah
Wang tunai RM12 000 + Trofi

Ulasan : Pada akhir artikel ini saya nak beritahu yang seperti yang saya katakan di atas. Edry Abdul Halim telah membuat kejutan seluruh rakyat Malaysia berasa terharu kerana beliau telah membawa Calpih Busker (orang kurang upaya cacat penglihatan) membuat persembahan, meremang semua orang persembahan yang dilakukan. Bro! wa salute sama lu bro! Kerana beliau nampak akan bakat  yang mereka ada melebihi paras rupa serta memberi peluang anggota Caliph Busker buat persemabahan di atas pentas AJL29.

Apa-apa pun tahniah saya ucapkan kepada pemenang. Diharapkan pada tahun hadapan AJL30 dapat mengangkat muzik-muzik nasyid pula seperti kumpulan
Nada Murni , Shoutul Alam , Aeman , UNIC , In-Team , Hijjaz , Diwani , Mawaddah , Far East , Rabbani , Qatrunada , Raihan , Brothers , Mirwana , NowSeeHeart .
Semuanya dah sunyi menyepi tak ade orang peduli.
kredit gambar rotikaya

(3)

4,289 total views, 1 views today

Caliph Busker Romancinta feat Mojo

5 Replies to “Juara AJL29 – Apa Khabar”

  1. memang menarik semuanya.tak sangka gak Apa Khabar boleh menang, mungkin ada sesuatu tu yang kita tak nampak. tahniah juga kepada MOJO yang dapat persembahan terbaik.Calliph Buskers menjadi sebutan pasni.ehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge