Jom Kita ke Festival Ramadan Klang

gmklang_block_b

Pertama kali aku jejak kaki ke GM Klang 2 tahun lepas. Masa tu semangat berkobar-kobar nak berniaga. Target pusing-pusing GM Klang cari barang paling murah untuk borong nak jual online. Pusing punya pusing aku terjumpa satu barang yang tengah hot jual online, apa lagi aku terus angkat borong lah. Tapi masa tu tak banyak sangat kedai ada lagi, tahun tu GM Klang baru-baru nak buka. Teringat masa pengalaman pertama kali borong GM Klang naik KTM. Kemut-kemut dalam train nak sampai ke Klang faham-faham jelah train punya kelajuan memang mengajar erti kesabaran. hahaha. Dah sampai Klang cari bas pula tak jumpa, aissh! tak boleh lupa sorang-sorang masa tu korang baca lah pengalaman pertama kali aku ek…

Festival-Ramadan-Klang-2015

Sekian lama tak menjejak kaki ke GM Klang, cheewah! padahal sekali tu ja tu pun 2 tahun lepas. Tahu-tahu tahun 2015 ni GM Klang ada buat Festival Ramadhan Klang. Meriah juga weh, korang datang lah. Festival Ramadan Klang ni berlangsung 26 Jun sehingga 12 Julai 2015.

Lorong Laman Budaya

Main Congkak

Main Carrom
Main Carrom

Seronok datang sini macam-macam aktiviti ada. Jangan lupa masuk lorong Laman Budaya kat sini macam-macam permainan kampung-kampung dulu ada. Antaranya Congkak, Teng-teng, Carom pun ada, Tuju tin dan banyak lagi yang korang kena main.

Ayu dan Naomie Tunjuk Skill Mewarna
Ayu dan Naomie Tunjuk Skill Mewarna

Bubur Lambuk

Penganggihan Bubur Lambuk oleh Dato' Lim Seng Kok
Penganggihan Bubur Lambuk oleh Dato’ Lim Seng Kok

Pihak GM Klang mengedarkan Bubur Lambuk bagi pengunjung yang hadir di Festival Ramadan Klang yang diedarkan seawal jam 6 petang semasa waktu pelancaran yang lepas.

Alunan Bacaan Al Quran
Alunan Bacaan Al Quran

Jangan risau sepanjang 17 hari festival ini berlangsung, pihak penganjur dah siap-siap aturkan program berunsurkan ilmiah seperti Takzirah Ramadan, Malam Selawat Rasul bersama Al Mawlid & Habib Najmuddin dan bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz. Tak rugi datang sini, lagi-lagi nanti ada program santai seperti persembahan akustik, nasyid, sesi bermoreh dengan artis pilihan, aktiviti untuk kanak-kanak seperti beramah mesra bersama maskot upin – ipin.

Pemberian Duit Raya

Anak-anak yatim daripada Persatuan Maahad Tahfiz Al Munirah turut dijemput bagi sama-sama mengimarahkan program festival ini disamping pemberian duit raya oleh pihak penganjur. Sementara menunggu waktu berbuka puasa bacaan Al-Quran dialunkan oleh 2 orang pelajar Tahfiz ini.

Cerita pasal program Festival Ramadan Klang ni kan, tahniah diucapkan kepada orang-orang yang bekerja keras untuk program yang berfaedah dapat lah juga bersantai bersama keluarga, kawan-kawan tak lain tak bukan pihak Gamuda GM Klang Sdn Bhd sendiri selaku penganjur yang telah dirasmikan 27 June lepas oleh Pengarah Urusan, Yang Berbahagia Dato’ Lim Seng Kok, Yang Berusaha Dr Leong Khai Hin (Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry – KCCCI) dan wakil-wakil daripada rakan kerjasama festival ini iaitu UITM, Projek Iqra’ dan Women International Network (WIN).

Shopping Raya Projek Iqra

Untuk pengetahuan korang, peserta-peserta projek Iqra yang terdiri dari anak-anak komuniti  di bawah umur 12 tahun berpeluang untuk membeli persiapan raya di Pusat Pemborong GM Klang dengan duit peruntunkkan yang telah disediakan oleh penyelaras projek.

Juadah dan Jualan

Shopping-Raya-Klang

Shopping-Raya-Klang

Shopping-Raya-Klang

Shopping-Raya-Klang

Tempat ni besar, kompom korang akan penat ataupun korang nak bersantai santai ronda-ronda dekat Festival Ramadan Klang lepas tu berbuka dekat sini pun boleh. Ada lebih kurang 120 gerai jualan juadah berbuka puasa dan juga jualan barang persiapan raya. Baju raya, kuih muih, makanan, air semua ada dijual. Tak rugi lah datang sini bagi korang yang mencari keunikkan tempat berbuka puasa. Festival Ramadan Klang ni lah tempat nya!.

Datang jangan tak datang! Festival ni ada sampai 12 Julai, beroperasi dari jam 3 petang (Isnin – Jumaat) dan pukul 11 pagi (Sabtu – Ahad) sehingga jam 11 malam. Korang nak beli barang borong pun boleh kedai-kedai dalam Pusat Pemborong GM klang buka sampai pukul 10 malam (hari-hari tertentu) biasa pukul 7 petang dah tutup dah khas untuk pengujung festival.

ALAMAT:
BANDAR BOTANIC, 
GM KLANG WHOLESALE CITY,
JALAN KASUARINA 1,
41200 KLANG, SELANGOR

| WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM |

1,316 total views, 1 views today

Makeover John Master bersama Abang Nara
Selfie Dengan Vivo X5 Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge