Jika Diabaikan Kanak-Kanak Ini Apa Akan Jadi

kanak-kanak gelandangan
Gambar Sekadar Hiasan

Pernah tak korang terfikir, kekadang kita nampak bebudak merayau-rayau padahal dekat bandar Kuala Lumpur tu. Aku selalu tertanya-tanya kenapa eh dia orang merayau-rayau? Mana mak bapak dia orang, dekat mana rumah dia orang ni? Dia orang ini hidup gelandangan ke? Bila kita hayati betul-betul terbit perasaan sedih dan sayu dalam hati tengok bebudak ni.

Masa umur 6-7 tahun bebudak umur macam ini dah mula sekolah. Tapi bebudak yang aku tengok ni kenapa diaorang tak pergi sekolah. Dia orang ni tak sekolah ke? Apa la agak nya jadi masa depan dia orang ni tak sekolah kan.

Minta maaf la yee, fikiran aku fikir macam tu. Bukan apa aku risau dengan budak-budak ini semua pada masa akan datang. Sebab mereka ini la pewaris negara. Kalau dibiarkan tak disekolah kan hidup pun tak terurus macam mana la dengan bakal pemimpin negara nanti.

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Sampai la aku jumpa sebuah Sekolah Bimbingan dan Jalinan Kasih (SBJK) di Chow Kit. Alhamdulillah ada pun sekolah seperti ini diwujudkan. Sekolah ini memberi sinar kepada anak-anak gelandangan di sekitar ibu kota. Macam aku cakap dekat atas yang aku risau kan bebudak ini tak sekolah. Dia orang ada yang umur 9-10 tahun still tak dapat sekolah lagi. Tapi nasib baik sekolah ini agak special dia orang ambil pelajar tak ikut umur atau darjah yang macam biasa dekat sekolah. Sekolah ini ada silibus khas ikut peringkat rendah dan menengah. Walaupun umur dah belasan tahun kalau tak pernah sekolah kena belajar silibus awal sekolah dulu.

kanak-kanak sekolah bimbingan jalinan kasih

Kalau tak sebab aku sertai program CSR Wonderland Primary Sdn bhd dibawah jenama Asianic membuat program lawatan ke Sekolah Bimbingan dan Jalinan Kasih aku pun tak tahu sekolah macam ini wujud. Tak lain tak bukan program macam ini dibuat bagi menceriakan dan memberi motivasi kepada anak-anak gelandangan dan yang kurang bernasib baik di sekolah tersebut. Selain itu kita dapat suai kenal dan beri inspirasi pada dia orang untuk terus cekal dan belajar bersunggun-sungguh untuk masa depan yang cermelang.

reen rahim

reen rahim duta produk

Dekat event CSR anjuran Wonderland Primary Sdn Bhd ini aku perhati je ada seorang artis ini dikata duta produk Asianic Halal join sekali. Aku perhati kan sebab nak tengok macam mana dia layan bebudak ini semua? Artis ini dah la datang melawa, bebudak dekat sekolah ini cecomot je semua. Nak ke dia sentuh, salam, apatah lagi nak beramah mesra. Serius aku perhati je perangai dia, nak cari point-point.

Rupa-rupanya aku silap. Aku tabik spring dekat artis ini Reen Rahim walaupun dia datang melawa tapi dengan bebudak ini tak sombong, nak salam tak ada hal, ambil gambar dengan bebudak dia lah lagi gila-gila. Arr.. tak percaya tengok la gambar tu.. Hahahaha

CSR Asianic

Tahniah kepada pihak penganjur kerana tak silap mengambil duta produk untuk Asianic Halal, sekaligus memberi imej yang baik kepada produk. Soal produk tak perlu diperkatakan lagi. Produk memang dah bagus, dah dijual di Guardian, KK Mart,  Aladdin Street dan AEON Big. Akan datang masuk di Giant AEON Wellness.

asianic produk kebersihan diri

Ohh sebelum itu nak bagitau yang Asianic ini produk penjagaan diri, ada Shower CreamBody Scrub, Hair ConditionerFoam Wash  dan banyak lagi korang boleh tengok dekat website Wonderland Primary. Produk-produk ini juga turut disumbangkan kepada kanak-kanak sekolah tersebut dan juga sedikit sumbangan duit raya. Sekurang-kurang kita dapat mendidik mereka penting nya menjaga kebersihan diri.

Pengetua Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
Pengetua Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Last but no least, bila dengar ucapan Guru besar sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Chow Kit, Tuan Zukernai Fauzi memang banyak rintangan liku-liku semasa membuka sekolah ini dulu dan macam-macam dugaan yang perlu ditempohi demi nak memandai kan bangsa. Dengan kunjungan daripada rakan-rakan blogger dan pihak penganjur berharap dengan kunjungan kami pada masa itu kanak-kanak ini dapat menyesuaikan diri bergaul bersama masyarakat diluar.

Lepas korang dah baca blogpost ini kepada yang tengah tercari-cari sekolah untuk diberi sumbangan datang la melawat ke sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di Chow Kit, pengetua sekolah ada bagitau dia orang bukan mengharapkan sumbangan duit semata-mata mereka perlukan sumbangan sokongan moral dan tenaga untuk luangkan masa bersama dengan kanak-kanak yang terpencil ini.

produk asianic

Tadi di atas ada point aku bertapa pentingnya menjaga kebersihan betul tak? Kepada yang tercari-cari produk yang bagus untuk menjaga kebersihan diri boleh dapatkan produk Asianic Halal di :

Web          : www.wonderlandprimary.com
Facebook : Asianichalal
Instagram : Asianichalal

(2)

824 total views, 2 views today

Tempat Menghilangkan Stress dan Tekanan Perasaan yang Ekstrem
Rumah Impian Ada Di Pulau Pinang

3 Replies to “Jika Diabaikan Kanak-Kanak Ini Apa Akan Jadi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge