Jika anda dibuang kerja sebab BOIKOT syarikat ini.

Boikot bersungguh-sungguh!
Boikot bersungguh-sungguh!

Boikot bersungguh-sungguh!

Keganasan Israel terhadap Gaza, Palestine saban hari semakin menganas dan amat membimbangkan. Jika terus berterusan begini, sudah tentu ramai penduduk di Gaza akan terus menderita. Oleh itu, pada entry aku yang lepas Seruan Boikot Barangan Israel dan syarikat yang menyumbang telah aku senaraikan barang-barang yang kita perlu peka tidak membeli dan mengunakan nya lagi.

Adakah Boikot Anda Efektik?

AdakahBoikotAndaEfektif

Jawapan nya Ya! walaupun sekadar 10% kerugian mereka, ini sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi  yang terlibat. Sekurang-kurangnya usaha boikot kita ini menjatuhkan nilai saham mereka sekaligus dipandang keji oleh seluruh dunia. Ini juga dapat memberi amaran syarikat atau produk lain yang ingin menjalinkan hubungan bersama regim Zionis. Kita ditekan untuk memboikot 6 produk utama ini :

  1. Mcdonalds
  2. Coca-Cola
  3. Starbucks
  4. Maggie
  5. Colgate
  6. Nestle

Dalam usaha kita memboikot syarikat-syarikat ini, ada suara-suara kecewa dan bimbang.. Kecewa dan bimbang apa akan jadi pada nasib orang yang bekerja di dalam syarikat ini. Bimbang-bimbang diberhenti kerja susah mau dapat pekerjaan baru di luar sana. Sedangkan mereka lupa rezeki itu datang daripada Allah.

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

+ Jangan bimbang jangan gusar, di luar sana luas yang boleh anda mencari rezeki, di bawah aku senaraikan beberapa syarikat atau kerja anda boleh mohon jika diberhentikan atau berhenti kerja tidak mahu subahat. Jika anda ada pengalaman kerja Mcdonals boleh mohon kerja di Ramly Burger.

1. Ramly Burger

Kemasukan Segera, tunggu apa lagi?

Kemasukan Segera, tunggu apa lagi?

Ramly Burger @ RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.

Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa. – Profil Syarikat Ramly Burger

+ Anda bekerja di Starbuck dan sudah terbiasa dengan pekerjaan membancuh kopi? Sebagai pengganti mohon pekerjaan yang ditawarkan Chamek Kopitiam.

2. Chamek Kopitiam

Pilihan jawatan yang anda mahu!

Pilihan jawatan yang anda mahu!

Chamek Kopitiam terkenal dengan minuman kopi, roti bakar, nasi lemak, ubi rebus, mee kari dan lain-lain. Kopitiam ini dimiliki oleh Bumiputera. Outlet Chamek Kopitiam berada di seluruh Johor Bahru dan TTDI Jaya, Shah Alam. Info lanjut di http://www.chamekkopitiam.com.my/

+ Jika anda nak bekerja dalam suasana yang islamik tanpa ragu-ragu, saya cadangkan Restoran Mukmin 114 Kelana Jaya. Restoran ini menyediakan masakan Western dan Masakan Melayu dan Thai.

3. Restoran Mukmin 114 Kelana Jaya

Diperlukan Segera!

Diperlukan Segera!

Diperlukan segera! hubungi number telefon di atas, pekerjaan ini sesuai untuk anda daripada anda terus bekerja di tempat yang menyokong pembunuhan di Gaza.

+ Tahu kah anda, berniaga di pasar malam sahaja keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan. Tidak kah anda terfikir yang usahawan pasar malam ini memerlukn pekerja? Salah satu nya gerai pizzamaster.

4. Pizzamaster

JawatanKosong - Pizzamaster

 

Mahukan pengalaman membuat pizza dan pengalaman berniaga di pasar malam? Cuba la memohon kerja di pizzamaster serta lupakan pekerjaan fast food yang menyumbang peluru di bumi Palestine.

Aku yakin dengan salah satu senarai di atas peluang pekerjaan anda untuk mencari rezeki yang lebih berkat dan selamat.

Jika ada lagi tempat kerja yang bersesuaian akan aku kemaskini lagi……

(1601)

11,691 total views, 1 views today

WW3: Minuman Bergas Buat Perut Panas
Seruan Boikot Barangan Israel dan syarikat yang menyumbang

10 Comments on "Jika anda dibuang kerja sebab BOIKOT syarikat ini."

  1. hoho..

    terbaiklah. siap offer kerja lagi tu.
    titan recently posted…Bagaimana saya dapat RM10 ribu pertama dengan hanya menulis blog?My Profile

  2. Memang betul.. Peluang pekrjaan banyak je.

    Sebaik baiknya usaha buat bisnes part time yang kecil modal
    Mazni Azmi recently posted…Tudung Bawal Ombre Keluaran Julai 2014My Profile

  3. macam-macam sumber rezeki ada, tak perlu risau.
    Denaihati recently posted…Kutipan Emas Malaysia sukan Komanwel 2014My Profile

  4. Bagus ni. Siap senaraikan alternatif kerja lain. Hehe
    Hazmin Hamudin recently posted…Trend Selfie Bulu KetiakMy Profile

  5. Ini baru power.. ada bg options

  6. Sofea Arina | 06/08/2014 at 8:14 am | Reply

    Gaji sy bekerja sebagai Promoter bergerak Nestle Susu Everyday 5hr bekerja penginapan hotel budget Rm180… elaun cash setiap mggu Rm250.. jd… tgh2 bln pon sy x pernah risau nak hntr belanja ank & belanja sy… gaji sy 2.2k… utk sy repair kete… htg… bil2… sekolah ank2… keperluan ank2… kwn2 sy ade lg 2org… janda ank 2 & ank 3… bole offer kami ber3 dgn gaji yg sama…? Sbb kami sendirian tggung keluarga & ank2 kami….

  7. Saya setuju dengan pandangan Tuan Denaihati.. Rezeki di tangan Allah S.W.T… Jangan risau sekiranya para pekerja di tempat-tempat berkenaan kena buang kerja…
    Anuar recently posted…Rugi Tak Beli Produk Niche X Mastery lebih awalMy Profile

    • HalimBrothers | 06/08/2014 at 8:29 pm | Reply

      Amboi, bro Anuar. Saya tulis panjang-panjang, setuju nya pada padangan orang lain yg komen. (Komen tak sampai 10 patah perkataan)

      🙁

  8. banyak lagi alternatif namun info di atas sudah cukup untuk kita beralih kepada produk tempatan 🙂
    ikhwan recently posted…Penjelasan Kenapa Boikot ShakleeMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!