Jeruk Mangga Asamboi Homemade

Jeruk Mangga Asamboi

Letih betul hari ini. Patutnya hari ini saya plan nak pergi KL YES Fest kat PWTC entah macam mana boleh tersesat ke event Food Mania Festival. Balik daripada Food Mania ingat sempat ler singgah PWTC jap, nak beli Monster’s Crazy Crunchy dengan Tart Nenas Cheese Mama yang dijual booth ABS Trading. Sampai sana dah pukul 8 malam sekali dah tutup  da. Vendor-vendor semua sibuk mengemas barang nak balik. Nampak masing-masing untung meniaga, Alhamdulillah.

You know what? Saya terjumpa Jeruk Mangga Asamboi yang trending kat facebook dulu. First time nak rasa ni, tengok kat fb rasa meleleh je air liur. Ada orang tu pandai buat bukan nak bagi rasa sikit kat kita. So kita beli lah yang ini Jeruk Markonah, Tu pun diorang dah sibuk-sibuk kemas booth nak balik dah. Harga RM8 sebotol tapi dah akhir-akhir ni RM6 je.

Ok, pada jangkaan saya jeruk mangga asamboi ini rasa masam-masam manis. Masam-masam datang daripada mangga dan manis asamboi, tak terpikir pun ada rasa pedas. Rupanya jeruk mangga asamboi ni pedas rupanya. Katanya simpan di dalam peti sejuk lagi sedap. Mungkin juga resepi lain-lain kot. Nak kena cuba juga jeruk asamboi orang lain buat.

Resepi Jeruk Mangga Asamboi

Apa resepi yang terkandung dalam Jeruk Markonah ini?

Buah Segar, Garam, Gula, Asamboi, Cili dan Cuka Epal.

Jeruk apa?….. Jeruk Markonah! (y) (Trademark jenama rasanya ni, bagi lagi mudah ingat)

  • Air Boleh Diminum
  • Tidak Batuk / Sakit Tekak
  • Enak Dimakan Sejuk
  • Tidak Terlalu Masam

Jeruk Markonah ini merupakan homemade tradisional recipe yang dibuat dan dipasarkan oleh Fresh Eleven Enterprise beralamat :

Pusat Perniagaan Anjung 7, No R-4 Jalan Zirkon 7/B

Seksyen 7 Shah Alam.

Bagi yang berminat nak mencuba boleh hubungi untuk tempahan 017-2880096 dan jangan lupa mention tahu daripada blog HalimBrothers.com yer..

BTW, puas hati dengan tangkapan gambar bokeh ni 1/40 F1.8 Iso 1600 50mm

(0)

6,375 total views, 0 views today

Food Mania Festival 2014 - Bawa Keluarga Berkelah Dalam Bandar
Booking Event Anda di Pak John Steamboat, PJ

13 Replies to “Jeruk Mangga Asamboi Homemade”

  1. Assalam tq so much en halim coz sudi review jeruk keluaran kami..
    pada sapa2 nak try jumpe kami kat kulfest @ lanai matic dr 25-27ni 2pm -2am…
    Atau walk in jer kat alamat perniagaan kami..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge