Jenama Sendiri Bersama Amyra Rosli

lofatah

Rasa-rasa macam nak bercerita pasal artis la pula. Korang ada perasan tak mana-mana artis yang tengah bercinta tahap manis potong kaki? Kalau aku perasan ‘Lofattah’, siapa lagi Neolofa dengan Fattah Amin ler.

Kemain lagi aku tengok dia orang dekat ‘Meletop’ memula dulu berbunga-bunga hati memasing ye. Peminat pun main peranan juga suka kenen-kenen kan dan mengharapkan dia orang dapat bersama tetapi iya ke tak aku tak beranilah nak komen. Mungkin ya mungkin sekadar nak promosi drama mereka yang top.  Apa tu ‘Suri Hati Mr Pilot?

Dah habis pun drama itu  dan berakhir juga ‘cinta’ mereka kerana baru-baru ini terdengar  mereka dah putus gara-gara Fattah ada hubungan istimewa dengan seorang gadis berdarah kacukan. Jadi tak la kesampaian cinta mereka. Mungkin kah ini pun untuk promosi drama terbaharu dari Fattah Amin? Wallahualam!

amyra rosli dan amar baharin

Yang kita tahu cinta kesampaian, tengok  Amyra Rosly dengan Amar Bahrain, tahu-tahu je dah kahwin. Itulah yang dinamakan jodoh.  Semua tahu kan Amyra Rosli hampir-hampir nak kahwin dah tetapi dua minggu sebelum itu tak jadi, tak ada jodoh dengan si dia tu…

Apa pun sekalung tahniah diucapkan kepada kedua mempelai yang bagaikan pinang dibelah dua ini. Selepas je kahwin nampak gayanya rezeki Amyra melimpah ruah. Jadi siapa kata kalau dah kahwin tak laku, susah nak dapat ‘job’ la bagai….J

Amya Rosli atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli telah pun membuktikan dia masih laris. Baru-baru ini Amyra telah menandatangani perjanjian sebagai rakan kongsi kepada  Dr. Amin Abdullah  bagi mengendalikan bisnes JenamaSendiri.com

 

A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Aku ada semasa majlis itu berlangsung di Flora Terrace, Hampshire Place, Kuala Lumpur pada minggu lepas. Wah… berseri nampak Amyra apatah lagi mendapat sokongan suami, Amar Baharin yang sentiasa berada di sampingnya. Masih dalam tahap berbulan madu kan, mana boleh berpisah, romantik sangat tengok kedua merpati sejoli ini.

Okey.. ko orang mesti nak tahu apa fungsi Amyra dalam JenamaSendiri.com ini. Tahu kah pelakon ini nak berbisnes?

Sebenarnya, tugas yang dipikul mudah sahaja… Amyra cuma perlu melakukan promosi di media sosial dan media cetak berkaitan bisnes berkenaan. Pendekatan memberikan motivasi dan promosi berskala besar untuk berniaga jenama sendiri waima JenamaSendiri.Com membantu mereka mencapai impian itu.

Untuk pengetahuan korang, JenamaSendiri.Com ini sudah 10 tahun bertapak dalam dunia perniagaan dalam menghasilkan pelbagai jenama kosmetik terkenal di Malaysia dan  antarabangsa  malah khabarnya akan membuka sebuah kilang di China tahun 2017 ini.

Selain itu sumbangan JenamaSendiri.Com dalam projek CSR tidak terkecuali. Terbaharu Pengarahnya, Dr. Amin mengumumkan pelancaran Yayasan JenamaSendiri.Com dengan kerjasama pihak MAKNA ( Majlis Kanser Nasional ) dan NKF (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia) dimana Yayasan akan memberi sumbangan bulanan tetap kepada kedua-dua badan berkenaan.

Mereka yang telah lama berurusan dengan JenamaSendiri.Com sudah tentu tahu mengenai objektif syarikat dalam membantu usahawan-usahawan baharu melahirkan jenama sendiri berkaitan industrI pembuatan kosmetik.

Dan sebagai pengilang kosmetik nombor 1 di Malaysia, pemilihan Amyra dilihat mampu menarik perhatian khalayak menceburi bidang kosmetik yang kini sedang berkembang maju.

Jadi sesiapa yang berminat nak hasilkan produk sendiri, apa kata dengar dahulu luahan Amyra ini:

“Saya akan membantu di bahagian pemasaran dan promosi untuk memberitahu orang ramai tentang kelebihan projek ini sekali gus mempelawa mereka yang berminat.  Insya-ALLAH, suatu hari nanti kalau ada rezeki saya juga berhasrat  menceburi perniagaan ini kerana sejak dari dulu lagi saya cukup cukup teruja dengan kosmetik.”

Mendengar kata-kata perangsang Amyra tu membuatkan aku dah tak sabar-sabar pulak nak jadi usahawan, dah ada pun produk  dalam fikiran, tetapi ‘Biarlah Rahsia” dulu bak kata Dato Siti Nurhaliza…

Bila dah jadi baru boleh aku bagitau korang sebab pelanggan memang penting dan nombor satu dalam setiap bisnes ya tak?

Dr-Amin-Jenama-Sendiri, Kilang Kosmestik
Bersama Dr. Amin – Pengasas Jenama Sendiri Dot Com

Yang best tu, dengar kata JenamaSendiri.Com akan memberi diskaun 16% untuk blogger macam aku ni, juga pihak media yang nak cuba berniaga jenama sendiri.

Cukup-cukupkah kita asyik berniaga bisnes kedai makan, car wash, dobi atau bisnes MLM sekali pun, cubalah sesuatu yang baharu pulak kan.  Yang penting ada usaha dan bantuan daripada JenamaSendiri.Com pun dah cukup baik.

Melalui JenamaSendiri.Com ini, korang akan diajar cara pemasaran online dan sebagainya sebab kata Amyra, beliau telah menyediakan sekumpulan pakar FB No. 1 Asia untuk urusan ‘marketing’. Mana tahu lepas ini anda akan jadi Jutawan kosmetik dalam tahun 2017 ini.

JenamaSendiri.Com  mengumumkan pakej untuk mengeluarkan produk hanya bermula daripada RM15,000 sehingga RM25,000 sahaja dan menurut Dr. Amin produk boleh disiapkan dalam tempoh 2 minggu. Dan jika usahawan mengambil pakej RM25,000, mereka akan di kenalkan dengan network dalam bidang yang sama.

Cuma satu aje yang agak kerisauan. Dengar kata, setiap pakej yang ditawarkan oleh Amyra adalah terhad seperti pakej HOT… iaitu PAKEJ VIP hanya terhad 1 individu sahaja sebulan & jika telah penuh, anda terpaksa menunggu selepas 3-4 bulan.

Jadi siapa cepat dia dapat. Nak tahu info lanjut call  HOTLINE AMYRA tanpa berlengah lagi sebelum ‘putih mata’  kerana peluang hanya datang sekali seumur hidup!

Bak kata Amyra, “Range Rover bukan lagi hanya mimpi”.

Jadi apa lagi … layari JenamaSendiri.Com untuk pertanyaan lanjut ya…

Produk jenama sendiri dengan modal rendah

buat-produk-jenama-sendiri

Hotline Amyra 1      : 012 67 55 890 (Ms Kay)

Hotline Amyra 2      : 017 224 55 37 (Lyana)

(Sila nyatakan pakej yang dipilih ketika menelefon hotline)

** SMS/WhatApps tidak dilayan, terus call

1,445 total views, 1 views today

Fathia Lattif Sebagai Gadis Glamour Berhijab Mia Tiara
Dmel Perfume Teman Wangi Sepanjang Hari

3 Replies to “Jenama Sendiri Bersama Amyra Rosli”

  1. Elok juga mereka hadkan jumlah pelanggan yang boleh beli pakej itu setiap bulan. Setidak-tidaknya kita tahu kilang tidak overbooked dan mampu menyiapkan tempahan produk kita.

    Yang tak bestnya kalau kalau kita terlepas nak order, kena tunggulah next month. Itupun kalau mereka tiada senarai menunggu yang panjang.

    Lainlah kalau kita boleh handle sendiri dari reka produk, cari kilang dan pasarkan produk sendiri dari A to Z.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge