Izzmad Harun Artis Ikon Revolusi Usahawan

izzmad harun

Izzmad Harun yang aku kenal dulu bukan la sekarang. Dulu-dulu ditendang sekarang disayang. Chewah intro dengan lirik lagu Tegar pula. Artis baru tinggi lampai, meningkat naik yang pernah aku tulis 4 tahun lepas Izmad Harun kini dah dewasa dan semakin dikenali sudah menjadi Ikon Revolusi Usahawan.

Baca : Izzmad Harun Bakat Baru dipersada Seni

saat kau jauh izzmad harun

Masa aku tulis perihal Izzmad Harun single album sulung nya Cinta Di hujung didaun. Sekarang perkembangan terbaru Izzmad Harun setelah 5 tahun dalam industri tengah mempromosikan single terbaru Saat Kau Jauh dinyanyikan dalam OST drama tv3 Bahagia Bukan Bidaan. Selepas ini ada lagu baru tengah rekod masterpiece projek lagu Bisa Pertama lauching di KL dan akan buat roadtour seluruh negara dirancang dalam hujung tahun 2018. Dicipta oleh abang Bayeng Black seorang usahawan ayam golek baling.

Aku stalk facebook abang Bayeng Black rupa-rupanya lagu Bisa Pertama pernah cuba dirakam oleh arwah abang Saleem tapi tak kesampaian. Kata abang Black selepas 22 tahun menanti akhirnya lagu yang menjadi harta jiwa abang Black siap sepenuhnya, cuma yang menyanyikan lagu ni bukan arwah abang Saleem tapi seorang penyanyi muda berbakat besar Izzmad Harun.

Izzmad Harun juga tengah tunggu shooting untuk filem action. Tengah sibuk dengan kelas martial art, patut la badang nampak tough. Tengok dekat facebook pun tengah berlatih main keyboard. Bagus Izzmad Harun ni banyak menghabiskan masa mencari ilmu, yela kan setelah 5 tahun dalam industri kena la tingkat vokal nyanyian dan mutu lakonan. Dulu mula dengan bidang nyayian sekarang masuk dalam bidang lakonan, kena bijak bahagi masa kalau tidak kelaut nanti. Mujur ada pengurus artis beliau abang Ianz Faris yang mengatur segala jadual kerja dan startegi untuk Izzmad Harun.

Aku tanya dia ada duduk mana-mana label music ke? Ni jawapan beliau.

Sekarang Izz duduk dalam liferecord, lagu Bulan Bintang percubaan pertama under Warner Music, Sehati Dijiwa under MVM Music. Kedua-dua lagu digunakan dalam OST drama tv3, Bulan Bintang OST Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin manakala Selalu Di Jiwa OST LARA CINTA AMEENA.

Untuk dengar kedua-dua lagu klik play video di bawah.

adonys magical spray mist

Terbaru Izzmad Harun keluar kan satu produk kecantikkan lelaki dan wanita iaitu Spray Mist – Adonys Magical untuk muka untuk berjerawat,  jeragat, berminyak produk dibuat menggunakan air zam-zam. Pengguna-pengguna ramai bagi feedback positif jerawat-jerawat batu dia orang pakai boleh kecut dan muka jadi licin. Bukan sahaja pakai dimuka, boleh diminum boleh fokus untuk dalaman. Campuran herba bahan utama air zam-zam dan mawar, herba islamik yang dah dikaji untuk saraf dan wajah memang baik.

Harga sebotol rm49.90 dan sabah sarawak rm56.90 (tak termasuk kos postage)

Izzmad Harun buat road tour produk siapa beli masa road tour dengan beliau sediri dapat diskaun sebanyak RM9.90 jadi harga produk cuma RM40 je sebotol. Nak dapatkan Adonys Magical ni boleh order melalui agen-agen juga antaranya agen negeri Perak, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah buat masa ini.

Bila aku tanya macam mana sambutan produk Adonys Magical ni? Izzmad beritahu dia happy sangat sebab Perak memang banyak dapat sambutan. Lagi-lagi Izzmad sendiri berasal dari Teluk Intan, Perak.

izzmad harun ikon revolusi usahawan

Sasaran beliau selepas ni nak push export ke negara Indonesia, Brunei dan sudah tentu nak satu Malaysia kenal Adonys Magical. Sesiapa berminat nak jadi agen boleh la contact dengan beliau, katanya margin untung besar juga dan senang nak jual degan kelebihan air zam-zam ni memang bagus untuk luaran dan dalaman.

Saje aku mengusik, pilih nama produk Adonys ni nama gf ke?

Adonys nama gf Izmad ke?

Sekali bukan dah Izzmad beritahu Adonys ni Bahasa Melayu Kuno katanya.

Adonys bahasa Melayu kuno bermaksud aura segar dan ketampanan.

Kata Izzmad, produk ini di formulasikan berlandaskan Air Zam Zam, Air Mawar bersama campuran bahan-bahan aktif  yang Halal dan Selamat dan hanya semburkan di keseluruhan wajah sebelum & selepas berhias setiap masa serta dibahagian leher dan dibawah lidah untuk keyakinan diri dengan berkonsepkan Mesra Solat.

Tambahnya lagi, produk “Adonys Magical Refreshing Mist” – all 4 one boleh menaikkan kesegaran Aura Wajah si pemakai sepanjang masa.

Atas kejayaan beliau mengeluarkan produk jenama sendiri ni, beliau telah dinobatkan Ikon Revolusi Usahawan. Semoga Izzmad terus maju jaya dalam kerjaya hidup sama-sama kita mengikuti perkembangan beliau di facebook dan instagram.

FB page : Izzmad Harun.
Pihak pengurusan Izzmad Harun – 0173969568 (Ianz Faris)

(103)

481 total views, 1 views today

Beli Baju Renang Muslimah Online Di Moonaz
Chillx Cafe Makan Sedap Di Cyberjaya

Be the first to comment on "Izzmad Harun Artis Ikon Revolusi Usahawan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!