Isu Panas dan Kebangangaan

KL Gangster 2 bocor
Antara aksi-aksi dalam movie

Assalammualaikum

Nak ucap selamat hari raya pun rasanya macam dah basi je. Yela tak ada benda yang boleh dikongsi kan. Saya banyak mengambil tindakan berdiam diri. Walaumacam mana pun saya tak terlepas isu-isu panas kebelakangan ini.

Give away yang saya anjur kan telah tamat dan peserta dah dapat hadiah masing. Hadiah saguhati ada juga yang tak tuntut, rasanya mereka tak heran kot RM5 je untuk hadiah saguhati. Maklum lah giveaway ini kali pertama saya anjur kan dan hadiah ya tak la seberapa, yang  sudi join giveaway saya, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih ya..

Dalam dunia blogging ini saya lebih kepada pemerhati buat masa ini, ada blogger yang perasaan kacak la, hensem la, perasan cun la, bajet hot la dan lain-lain. Ikut sukati korang lah janji masing-masing bahagia sudah.

Baru-baru ini, tak lah baru sangat dalam bulan lepas, kecoh panas pasal blogger yang buat fraud click. Hahaha saya pun ikut sama mengusik, bagi saya masing-masing punya cara la nak cari income cepat, tapi jangan tunjuk kebangangan korang simpan sikit untuk anak cucu, ( hihi ). Dahla blogger retis pula itu buat hal, hilang respek aku korang tunjuk income riban-riban dengan teknik kebangangan itu.

Habis cerita pasal fraud click, lepas itu panas juga isu KL Gangster 2 leak merata-rata dalam internet, facebook, forum, youtube dll. Saya orang terawal yang dapat download ( haha ) .

KL Gangster 2 bocor

Antara aksi-aksi dalam movie

Mengamuk juga abang Sol kita dalam page facebook beliau, tapi saya kurang yakin itu page official. Lagi best DVD dah dijual di pasar malam. Jujur saya cakap tak puas kalau tengok di Laptop, PC atau TV, kena tengok di wayang  juga. Sebab ada aksi-aksi yang best. Bila tengok di wayang dum dum dum dum bunyi nya.. ( hihi ) Malas la nak cerita lebih-lebih sebab dah basi kalau korang belum tengok tunggu la wayang..

Ada lagi satu lagi satu isu panas, panas macam padang pasir. Nak tahu ? jeng-jeng kenaikkan harga minyak 0.20 sen ( haha ) kecoh dalam facebook dan macam-macam gambar troll keluar, Antaranya :

minyak naik

 

minyak naik 2

Haha cuma mampu tergelak saja. Kalau tak silap domain Halimbrothers.com expired 20hb nanti. Ok chaw nak pergi renew domain dulu.

 

(91)

7,313 total views, 1 views today

Kelas Latihan WordPress Anjuran DenaiHati Network
Pemenang Give Away Halim Brothers Dot Com

Be the first to comment on "Isu Panas dan Kebangangaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!