Instagram Update Baru Rugi Tak Cuba!

New Update Instagram

Instagram dilihat telah mengemaskini fungsi terbaru laman sosial perkongsian gambar dan video itu, membolehkan para penggunanya memuat naik gambar serta video tanpa memotong (crop).

Selepas ini korang tak payah pening-pening nak crop gambar bagi square, lagi-lagi gambar photogroup atau welfie yang terpaksa memotong sebahagian gambar. Nanti ada pulak kawan-kawan kecik hati bila gambar dia dah terpotong. Betul tak?

Nasib baik lah instagram memahami masalah kita ni. Lepas ini korang dah boleh upload foto dan video dalam kedua-dua cara potret dan landskap orientasi di Instagram. Gambar horizontal tak kisah berapa format sekalipun cuma vertikal ada had sampai 5×4. Tak boleh gambar panjang sangat ke bawah.

Saya dah cuba upload gambar dan video pagi tadi, i look awesome. Gambar saya keluar penuh dekat news feed.. Tapi-tapi…

Ada tapi nya… Gallery instagram korang akan nampak bersepah dan tak tersusun. Ada sikit “potong” kat situ. Mana lah ada benda yang boleh buat perfect kan?

So nak tak nak korang boleh lah guna instasize atau apa-apa apps yang crop ikut selera korang, agar gallery gambar ig korang kelihatan hebat! hahahahaha….

Dah-dah! jangan lupa follow saya di instagram —> Halim Brothers

Thanks korang! 😀

998 total views, 1 views today

Behind The Scene Photoshoot di Planet Marikh!
Pengangkutan Awam ke Jalan Ipoh dari Pudu Sentral

3 Replies to “Instagram Update Baru Rugi Tak Cuba!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge