Imran Ajmain merakam lagu-lagu Hari Raya Klasik

sedih

Tahun 2007 dulu ada satu cerita sedih sangat dekat tv3. Cerita lakonan Umie Aida, Benjy, Isma Yusof, dan ramai lagi. Benjy sebagai Jibek berkawan rapat dengan Saerah (Umie Aida) dari kecik lagi siap berjanji nak kahwin bagai. Tapi disebabkan Jibek ada masalah kesihatan sel-sel otak dah tak berapa fungsi membuatkan dia jadi lembab. Bila dah jadi macam tu Saerah tak boleh terima lah dan mula berubah hati dekat orang lain. Tahu-tahu terlanjur pula lelaki tu bukan cinta dekat Saerah pun. Jibek terpaksa jadi Pak Sangup kahwin dengan Saerah. Saerah kompom-kompom tak suka terus lari bawak diri ke KL. Serius sedih gila cinta ni… huaaaaa! T_T

Tagline drama ini “Relaku Menunggu Seribu Tahun Lagi….” diambil daripada lirik lagu Seribu Tahun yang dinyanyikan Imran Ajmain. Lagu ini dijadikan lagu tema drama “Kerana Cintaku Saerah” lagi lah bertambah-tambah sedih dibuatnya… Serius tak tipu, tak percaya nah tengok video bawah ni.

Start daripada lagu ini aku mula kenal Imran Ajmain penyanyi yang berasal dari Singapura. Selain daripada lagu Seribu Tahun lagu-lagu lain yang pernah menjadi hit termasuk Sudah tu Sudah, Selamat Ulang Tahun Sayang, Jika Engkau pergi, Radio (Bersama Diana Danielee & Nabil) dan Dikalung Kasih.

Imran Ajmain

Dua hari sebelum Ramadhan Imran Ajmain buat pertama kalinya, penyanyi dan komposer ini , melancarkan sebuah mini album Hari Raya. Komplikasi lagu-lagu ini diberi judul “Aidilfitri: Karyacipta Seniman Yusnor Ef” yang mengandungi 4 lagu klasik ciptaan Pak Yusnoor Ef, pencipta lirik zaman 1950an.

Albumnya masil mengekalkan genre tradisional dengan pembaharuan dalam susunan muzik seperti dalam lagu Joget Aidilfitri (Sanisah Huri) dan Suasana Riang di Hari Raya (Junaidah M Amin). Untuk lagu Bersabarlah Sayang dan juga Aidilfitri kedua-duanya lagu nyanyian asal Sanisah Huri diberi nafas baru.

Kini, Imran Ajmain dibawah pengurusan SukaSucre Creatives milik dan arahan Dato’ Fazley Yaakob bekerjasama dengan Indigital Snd Bhd untuk menerbitkan mini-album Hari Raya ini.  Album Aidilfitri ini juga diterbitkan dalam bentuk CD edaran Tropic Jaya.

Album Aidilfitri ini juga boleh diperdengarkan melalui aplikasi streaming music Spotify pada penghujung Ramadhan.

(1)

1,523 total views, 2 views today

Fenomena Baju Melayu Aaron Aziz, Nabil Ahmad & Upin Ipin
Menang I Phone 6 Gold 64gb #SBBYeos2015

One Reply to “Imran Ajmain merakam lagu-lagu Hari Raya Klasik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge