Iftar Tudia Char Kuey Teow

Buat pertama kali nya untuk tahun 2016 iftar Hai Blogger! diadakan dua kali. Kalau siapa yang perasan penaja iftar sama dengan penaja Blogger Raya 2015 lepas. Sebab makanan terbaik, ketam besor-besor tu yang datang repeat makan Tudia! Char Kuey Teow ketam special. Tapi kali ini dekat cawangan baru Tudia! Char Kuey Teow yang baru dibuka dekat Kota Damansara.

So kalau tak dapat pergi Putra Height, boleh datang Kota Damansara perkena Tudia! CKT. Tapi dengar cerita stesyen LRT baru buka sampai ke Putra Height, betul kan? Jap nak cari info.

Layan gambar dulu, tak ada idea nak update hati dah
nak raya. HAHAHAHA. Selamat Hari Raya korang.

Sorry korang hari itu mood kelaut, nak raya punya pasal. Ok ok jom kita sambung cerita balik. Aku rasa ini la iftar yang paling bahagia aku rasa. Apa yang buat bahagia nya? Adalah. hehehe

Bahagia gila bila dapat makan ketam se ekor yang besar gila puas hati makan, tak percaya boleh tengok gambar. Lepas tu aku rasa char kuey teow makan kali ini lebih sedap daripada pernah makan tahun lepas. Mungkin dah upgrade resepi kot.

Ketam tu dia bakar dulu dan rasa kuey teow dengan kuah yang enak, korang mesti terliur dan puas hati makan punya.

ketam besar

tudia char kuew tiow kota damansara

neyra

rafzan tomomi

Nah ada tetamu jemputan masa iftar blogger hari itu. Siapa tak kenal dua orang ikon popular di facebook Abe Nudin dan Hafiz Mansor.

Style gila cara dia orang makan. Mula-mula asingkan kuey teow dengan ketam. Makan kuey teow dulu lepas tu baru ratah ketam. Perghhhh.. Macam tu rupanya cara makan, sampai licin satu pinggan.

abe nuddin, hafiz mansor, bankrup jadi kaya

Thanks kepada korang yang hadir Neyra Shazeyra, Rafzan Tomomi, Haneeza Mohamad, Abe Nuddin, Hafiz Mansor, Priceless Touch,  Qelly Beauty dan Reen’s Haircare.

Sekali lagi nak thanks beribu-ribu lemon kepada yang dah teman sampai habis, suka-suka hati je tahan dia balik lambat. hahaha sorry ampun..

Terasa best pula bila ada di samping.. Eh maksudnya samping baju raya. ok bye..

hehehee

Alamat:

Tudia CKT Kota Damansara
At The foodbank Malaysia
25G, PJU 5/20E , The Strand Kota Damansara .

Waktu operasi: 5pm sehingga 1 pagi.
Contact no: 012 279 6831 .

 

885 total views, 1 views today

Movie Day Out Tonton Zack Kapcai
Iftar Hai Blogger! Tahun Ketiga Di Kantan Hotplate

2 Replies to “Iftar Tudia Char Kuey Teow”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge