Iftar Potluck Blogger Di Dataran Shah Alam

iftar potluck dataran

Tanpa sponsor!

Ya tanpa sponsor, kami masih dapat berkumpul bersama-sama, bergelak ketawa, menikmati makanan yang dibawa oleh rakan-rakan blogger yang lain. Itu lah peristiwa berharga yang telah berlaku pada bulan ramadhan lepas. Kami berbuka puasa bersama-sama di Dataran Shah Alam yang merupakan “port” lagenda turun temurun diadakan aktiviti potluck berbuka puasa sejak tahun 2010 lagi.

iftar potluck blogger

So untuk tahun 2015 ini aku ambil inisiatif kumpul blogger-blogger untuk berbuka puasa di Dataran Shah Alam.  Alhamdulillah, mendapat sambutan 4-5 orang blogger, aku, Acul, Iday, Ayue Idris, Naomie dan Kaio ini yang blogger. Iday ada bawa kawan dan husband dia Islam, Acul pun ada bawa kawan dia. Kami 10 orang ini buka puasa di atas padang rumput je, selalu sangat kan makan dekat hotel, restaurant apa bagai. Kali ini bentang surat khabar duduk atas rumput ramai-ramai. hehehehe :p

bazar pkns shah alam

Aku dengan Acul awal-awal lagi dah sampai, sebelum tu pergi bazaar PKNS dulu. Aku pusing-pusing bazar macam-macam nak makan, maklumkan orang berpuasa kan! semua lapar hahahaha.

Aku beli Ayam Golek sebekas, Kuih Sampan, Roti John & Air Oren. Acul pula beli KFC, Iday masak Ayam Panggang Rosemary . Kaio bawa sate, Ayue dengan Naomie tak ingat diaorang datang bawa makanan apa. hahaha

Baca : Resepi Ayam Panggang Rosemary

Aku sibuk nak merakam timelapse, tu yang tak berapa nak makan sangat. Tapi yang sedih nya footage timelapse tu aku terdelete huwaaa…… 🙁

Sebenarnya Iftar Potluck Blogger untuk tahun ini, agak terlewat juga lah. Aku pun baru terfikir dah nak hujung-hujung Ramadhan. Tu yang tak berapa ramai sangat yang dapat join. Walaubagaimana pun tetap best!

Memandang iftar potluck ni diadakan lebih kurang 6-7 hari lagi nak raya, so sempat lah kita orang shoot video ucapan hari raya. Video tu dah dipublishkan dalam facebook. Cuma masa ini yang berkelapangan buat entri dalam blog.

Selamat Hari Raya, korang! Maaf zahir & batin segala kesilapan.

(0)

830 total views, 1 views today

Sambutan Blogger Raya di Tudia! Char Kuey Teow
Iftar Potluck Blogger 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge