Iftar Potluck Blogger 2015

Iftar Potluck Blogger 2015

Ok geng! kita hampir nak sampai ke penghujung Ramadan dah ini. Macam mana dengan bulan Ramadan korang tahun ini? Baik-baik sahaja kan? Sebulan puasa selepas itu seluruh umat islam merayakan Aidilfitri.  Ada diantara kita pun  sudah merancang pulang ke halaman kampung. Aku mungkin minggu depan balik raya.

Sebelum kita meninggalkan kota bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk ini, marilah kita luangkan masa sekejap ber iftar sesama blogger sahaja. Kita  santai-santai berbuka puasa, mengeratkan ukhwah.  Perkara ini aku dah bagitau awal minggu ni lagi kalau korang berkesempatan jom datang ke Dataran Shah Alam esok. Kita buat konsep potluck, tiada sponsor mana-mana pihak. Kita berdikari sendiri untuk event blogger sebegini. So Potluck ni konsep nya adalah Periuk Bertuah, kita tengok apa makanan masing-masing bawak. Mesti nanti ada bawa Roti John, Murtabak, Kuih Muih kalau bertuah mungkin akan ada yang masak Kambing Bakar. Hihihi

Aku search google rupanya tahun 2011 lagi dah ada buat iftar blogger konsep potluck dekat Dataran Shah Alam. So untuk tahun 2015 ini aku seru kepada semua blogger kita sambung ini Legasi turun-temurun. Blogger Otai, Popular, Baru semua sekali esok kita serbu Dataran Shah Alam, bagi penuh satu padang!

Esok, seawal 5.00pm – 5.30pm aku dah ada dekat sana. Siapa nak join pergi Bazar Ramadhan @ Kompleks PKNS dulu cari makanan apa patut. Hehehe

Senang datang awal boleh cari port yang baik dekat dengan masjid. Korang datang pakai cantik-cantik baju melayu & baju kurung ok!

kad raya blogger 2015

BTW siapa yang datang Iftar Potluck Blogger esok akan dapat kad raya… Yeah!! suka tak? Hope korang happy dengan pemberian kecil aku ini.

Insyallah, jika tak ada halangan kita akan buat sesi bergambar berkumpulan & record video ucapan hari raya. So minta korang standby ayat-ayat ucapan yang power ok!

 

Iftar Potluck Blogger ini aku letakkan di bawah anjuran Hai Blogger!

Nanti boleh gunakan hashtag rasmi bagi korang yang upload dekat IG & FB.

#HaiBlogger! #IftarBlogger2015 #BloggerMalaysia #TopBloggerMalaysia @haibloggerofficial (copy siap-siap tau!)

Ok lah. Tak sabar nak jumpa korang esok. Aku tahu ada jugak yang datang tak bagitau senyap-senyap ja tahu-tahu muncul muka. hehehe

Your are welcome babe!

p/s : Tengok date dan hari betul-betul. Jangan tersilap pulak!

1,510 total views, 1 views today

Incoming search terms:

  • maksud potluck
  • maksud konsep potluck
P1 Omanite Iftar 2015
Berbuka Puasa Bersama Projek Travel

2 Replies to “Iftar Potluck Blogger 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge