Iftar Hai Blogger! Tahun Ketiga Di Kantan Hotplate
Seperti biasa setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan pastinya akan ada majlis iftar bersama blogger. Tahun ini merupakan tahun ketiga Hai Blogger! menganjurkan majlis iftar. Niat di hati nak buat besar-besaran tetapi entah la terasa masa tu singkat sangat.
Tapi apa pun walaupun dibuat secara kecil-kecilan tetap meriah dan paling best dapat makan ikan bakar dan daging steak ala-ala western gitu, bukan ala-ala memang dah western pun. hahaha
Korang ingat lagi tak kedai makan menu berkonsep kan Westasiaaku rekemen dulu? Dekat situ la kitaorang blogger-blogger gather-gather buka puasa itu hari. Memang sedap la cerita dia kalau tak aku tak ajak yang lain berbuka dekat sini.
Orang berbudi kita berbahasa, nak ucap terima kasih kepada penaja iftar blogger Kantan Hotplate yang telah menyediakan sajian makanan enak-enak untuk kitaorang berbuka puasa. Memang terbaik dan berbaloi, nampak semua orang puas hati dengan makanan yang dia orang makan tu.
Sebagai host majlis iftar Hai Blogger kena la datang awal, memandang office Brothers Media Network tak jauh dengan lokasi Kantan Hotplate yang terletak di Kajang je, so kita pun datang la awal prepation untuk menyambut ketibaan blogger-blogger yang lain. Chewaah..
Eh! Ter sedondon pulak! hahaha. Kita orang tengah kira berapa banyak cookies untuk diberikan doorgift blogger, yang telah ditaja oleh Priceless Touch – Day & Night Cookies. Terima kasih Neyra dah tolong apa patut memandang dia dah sampai awal kan. Hahahaha ayat cover line.
Ok stop, jangan nak lebih-lebih. hahaha. Kita cerita pasal makanan pulak. Betul ke sedap? Ya ampun, betul sedap gila, orang gila makan tak segila sedap ni. hahaha
Oh sebelum tu sebelum makan baca doa buka puasa dulu.
Korang pernah makan? Nasi goreng dengan kambing, pergh lazat betul dengan perapan kambing bakar sebati dengan kuah sos menyelerakan lepas tu gabungan dengan sup salmon. Ini la yang dikata kan Westasia = Western + Asian Food.
Rugi betul ada orang tu tak makan nasi, katanya dari sejak kecik tak makan nasi. Makan steak-steak je tak pun spagethi, hehehe.
Nasi Goreng Salmon
Nasi Goreng Salmon
Ini pulak nasi goreng salmon dengan Seafood soup. Ini pun sodap nak mampuih. Disulam pulak dengan seafood soup, memang terangkat beb. Tak rugi korang order nasi goreng salmon ini tau.
Next apa yang kita orang makan?
Ikan Bakar Kembung Sedap Gila
Ini satu lagi menu killer dekat Kantan Hotplate yang wajib pelanggan datang makan sini order ikan bakar. First of all apa yang membuatkan ikan bakar tu sedap daripada yang lain adalah terletak pada sambal nya. Jarang dapat ikan bakar disaluti sambal penuh macam ini. Tak akan sambal pun nak kedekut kak oii..! Tengok ikan bakar dekat Kantan Hotplate ni tak kedekut, punya la melimpah yang penting sedap tak pedas sangat dan taste dia yang buat orang telan air liur nengok, perah asam limau, pergh….
Oh btw korang nak kenal kan dengan pemilik restoran Kantan Hotplate ini. Amir nama dia, tapi kita orang panggil abang Amir je. Apa? Macam familiar je muka? hehehe kenal ke? Blogpost yang lepas dah tulis dah, baaca dekat sini >> Siapa Abang Amir.
Terima kasih daripada kami Hai Blogger kepada abang Amir kerana sudi menyambut kedatangan kami datang berbuka puasa di restoran Kantan Hotplate. Makanan memang superb. Ramadhan tinggal 6 hari lagi masih berkesempatan lagi untuk korang datang berbuka puasa dekat sini, yang penting buat tempahan awal tau, risau tempat penuh je. Nanti korang juga melopong datang jauh-jauh. hahaha
Hisyam, Abg Amir, Zakwan, Iuzira, Kawan Blogger IuziraJiha Kuat Membebel dan Kuat Bagi Komen
Tq korang datang memeriahkan majlis iftar Hai Blogger! Sebagai penghargaan nak mention blog dia orang satu-satu.
Sekali lagi, gembira dapat jumpa korang dan berbuka puasa sama-sama, next year agaknya macam mana eh? Harap sempat plan awal-awal. Tahun depan puasa lagi awal. hehehe
Rasa macam tak cukup je benda nak cerita walaupun dah 650 lebih patah perkataan taip. Ada 2 lagi benda nak story mory aci tak kalau buat entry berepisod? hahaha
Kalau aci nak buat 2 entry split, nanti korang baca yang sambungan pula eh. Eh, lepas baca dan tengok gambar mesti korang ada nak komen sesuatu kan? hahahah
bestnya dpt berbuka puasa bersama rakan2 blogger.. kena pula dpt mkn free.. lglah best..
anuar recently posted…Terima Cek Dari Nuffnang Pada Bulan Ramadhan 1437H
Rugi tak dapat join, next year halim, harap-harap dekat-dekat sikit. hehehe
berbuka bersama rakan blogger memang best bah..lagi-lagi sama kepala tu!
mrhanafi recently posted…Kenali Hukum Tarikan Bersandar Al-Quran
memang sedap makanan kat sini