Hulubalang Melayu Segamat Bersatu

Festival Gempita Hulubalang Melayu (Small)

Siapa kata bangsa Melayu tidak boleh bersatu? Saya akui dengan apa yang telah melanda negara kita sekarang baik daripada segi politik, ekonomi, bangsa dan lain-lain juga kita ada berbeza pendapat.  Walaupun kita berbeza pendapat dan ideologi tetapi  bangsa Melayu itu dapat disatukan dengan kesenian SILAT. Ini terbukti dengan himpunan 500 pesilat daripada 12 pertubuhan silat serta ribuan orang penduduk Segamat, Johor datang menghadirkan diri dan memberi sokongan bagi menyaksikan Festival Gempita Hulubalang Melayu (FGHM).

12 Pertubuhan silat daripada daerah Segamat, Ledang dan Muar yang turut serta :

1. Silat Sendeng
2. Silat Gayong
3. Silat Singkalong Helang Putih
4. Silat Cimandi Sunting dan Mega
5. Silat Harimau
6. Silat Cimandi
7. Silat Lok 9
8. Silat Jawa
9. Gerak 1 Betawi
10. Silat Gayong Kalimah Selatan
11. Silat Berembang Warisan
12. Silat Gerak Lincah

Gempita Hulubalang (3)

Gempita Hulubalang (5)

Gempita Hulubalang (4)

Gempita Hulubalang (2)

Saya amat kagum dengan persembahan kesemua pertubuhan silat ini daripada kalangan kanak-kanak hingga dewasa. Mereka datang dengan satu azam serta semangat Hulubalang Melayu.

Perarakan Festival  Gempita Hulubalang

Sesi petang mulai perarakan hulubalang-hulubalang bersama Mahaguru yang berada di barisan hadapan, yang saya kira-kira sebagai simbolik penyatuan orang-orang Melayu dalam mempertahankan tanah Malaysia yang tercinta.

budak tadika bersilat

Pada petang itu juga saya asyik melihat kesenian silat yang dibawakan semua pertubungan silat. Yang membuat saya kagum adik kecil sekecil ini sangat terselah kepimpinan yang ditonjolkan melalui silat.

Gempita Hulubalang (7)

Sebelah malam merupakan acara puncak yang dinanti-nantikan. Pertempuran antara Mahaguru- mahaguru. Lampu gelanggang dipadam obor-obor mula dibakar sebagai menandakan gelanggan akan dibuka tidak lama lagi.

Gempita Hulubalang (8)

Festival Gempita Hulubalang Melayu dirasmikan oleh YB Norshidah Bt Ibrahim – ADUN Buloh Kasap yang mewakili Datuk Ayub bin Rahmat – ADUN Kemelah.

Gempita Hulubalang (9)

Sebelum gelanggang dibuka untuk dimainkan pada sebelah malam, bacaan doa dimulakan. Adat pembuka gelanggang dilaksanakan oleh Mahaguru terlebih dahulu.

Gempita Hulubalang (1)

Ada seorang Mahaguru itu sudah berumur 80 tahun tapi masih kuat dan cargas dalam pertempuran. Walaupun mereka sekadar mengacah-ngacah tempur tapi jika dilihat cara serangan penuh kesenian.

Nasir Bilal Khan

Menghangat suasana waktu malam Dataran Segamat, Johor. Artis jemputan, Nasir Bilal Khan yang merupakan pesilat handalan membuat persembahan yang lembut tetapi merupakan “kunci” silat apa yang dibawakan yang saya sendiri tidak pasti. Mungkin orang silat dapat kenal pasti setiap persembahan ini datang daripada aliran silat yang mana satu.Festival Gempita

Lain pula dengan Ruzaidi Abd Rahman  pelakon dan juga pesilat negara yang lebih dikenali sebagai Wakdi persembahannya cukup mengangumkan. Buah-buah keras seolah-seolah sedang berlawan dengan pihak musuh.

Tidak ketinggalan juga persembahan daripada Azlan Komeng yang tidak kurang mantapnya.

Gempita Hulubalang (12)

pk1m

Bergambar bersama Presiden Pertubuhan Belia 1 Malaysia (PKB1M), En Razale Bin Ahmad

Syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur Pertubuhan Komuniti Belia 1 Malaysia bertungkus lumus bagi menjayaka program FGHM yang diadakan di Dataran Segamat, Johor pada 12 June 2015 yan lepas.

(3)

1,610 total views, 1 views today

Menang I Phone 6 Gold 64gb #SBBYeos2015
Live Update Sepetang Bersama Blogger 2015

2 Comments on "Hulubalang Melayu Segamat Bersatu"

  1. Terbaik….

    Harap program ini dapat diteruskan dan mendapat sambutan dari banyak pihak.
    Bro Framestone recently posted…Roti Canai Hipster Pak Yop Berwarna Warni di Pantai DalamMy Profile

  2. err… nampak ada cam iras2 bro denai.. huhuhi
    farzli recently posted…Salam Ramadan al-Mubarak 1436HMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!