Hujung Minggu di Jentayu Spa & Salon

Spa & Salon Ampang

Jadi blogger dan social media guy sepenuh masa ni gemar menghadap laptop hampir 24 jam terasa penat serta lesu juga lah.  Mata pun turut jadi penat dan mula rasa macam silau bila pandang laptop ni. Kena gelapkan contrast sikit baru lah ok.

BTW, minggu lepas saya dapat panggilan untuk uruskan sebuah event blogger yang rileks dan santai untuk memperkenalkan Jentayu spa & salon yang baru dibuka November 2014.

Jentayu Spa & Salon ini terletak dekat Taman Bukit Teratai Ampang.

Spa yang berkonsepkan  tradisional dan mendamaikan.

Spa ini bukan sahaja ada spa saja digabung dengan juga bersama salon.

Perkhidmatan daripada hujung rambut hingga hujung kaki.

Sebuah Spa yang gah tapi harga berpatutan kata pemilik Jentayu Spa & Salon – Puan Esma Azura

Harga bermula daripada RM30 adalah untuk pakej student. Ada sauna, body scrub dan facial. Harga biasa untuk ketiga-ketiga ni RM50 je. Kalau macam ini punya murah tiap-tiap bulan check in spa. hehehe. Lepas ni dah tak takut da nak masuk spa sebab dah tahu Jentayu Spa & Salon yang awesome ni..

pakej jentayu spa

Apa ingat lelaki tak boleh berspa ke? Tergelak-gelak kita orang bila Kak Esma cakap lelaki la kena datang spa sental daki-daki yang ada kat badan tu. Mana tak nya, mandi kerbau mana nak sempat sental-sental daki. hahaha

Mana boleh datang event balik tangan kosong je kan? Nah! Setiap seorang blogger dapat voucher pakej spa. Masing-masing boleh buat appointment untuk kesemua pakej spa ini selama lebih kurang 3 jam

Sauna Room + Body Scrub + Body Masker + Facial Treatment + Jacuzzi + Back Massage

Top Blogger Malaysia
Masing-masing muka happy

Apa-apa pun terbaik lah blogger-blogger yang datang sporting-sporting habis. Hubungan kita orang makin lama makin akrab kot. Tak sabar nak tunggu kelahiran baby Fadzi Razak boleh jadi anak buah kitaorang ni ah..

Top Blogger Malaysia

Kata orang rezeki anak bakal lahir Fadzi dapat Pakej Selepas Bersalin bernilai RM1200 servis dari rumah ke rumah selama 5 hari.

Mandian Rempah, Minuman Rempah, Urutan Lepas Bersalin, Bertungku, Bengkung

Jom tengok video kemeriahan dan gelagat kami serta temubual pemilik Jentayu Spa & Salon.

 

Nah! Alamat untuk korang terjah Jentayu Spa & Salon ni.

Jentayu Spa & Salon,
No 80 A, Jalan Teratai 1/2. Taman Bukit Teratai
Ampang, Kuala Lumpur (Landmark : Berdekatan petronas dan shoplot atas speedmart 99)
Hotline : 018-2125978
Facebook : Jentayu Spa & Salon

Nombor untuk dihubungi :
Puan Esma Azura : 018 212 5978
Puan Manja : 019 335 3589

4,585 total views, 3 views today

Belajar Grafik Design Hero
The ballroom Nu Sentral Grand Opening

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge