Hot Balloon Putrajaya 2015

kredi: Sk Yeong
kredit: Sk Yeong

Haritu rasa nak pergi, tetiba rasa macam malas pula. Tambah pula tak tahu nak pergi sana. Dan satu lagi tiket cepat sold out kena book online kalau silap macam tu lah. Btw, kalau korang nak pergi, hari ini last tapi jangan mengharap nak dapat naik hot balloon tu. hehehe

Saya tulis semula perkongsian Azzim Zahid di dalam group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) panduan untuk korang pergi 7th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015.

Naik ERL di KL Sentral kata dekat kaunter nak pergi event Hot Air Balloon, boleh dapat diskaun tiket pergi balik cuma RM13 je.

Tiket untuk naik Hot Balloon dah lama habis, yang tinggal cuma tiket launch area yang kena beli di sana. Ada dua sesi sama ada korang nak sesi pagi atau petang.

Hot Air Balloon 2015

Sesi pagi : Launch pukul 7.00 pagi – harga tiket RM12. Kaunter tiket dibuka pukul 6.30 pagi. Disebabkan tiket sangat limited so kalau korang terlebih rajin tunggu lah sejam awal. (Sanggup ke, pagi2 buta nak terconggong kat sana?? hahaha)

Night Glow
Night Glow

Sesi petang : Launch pukul 6.00 petang – harga tiket RM20 termasuk Night Glow, kaunter tiket dibuka pukul 5.00 petang. Seperti diberitahu di atas beratur awal sebab konsep siapa cepat dia dapat, kejam tak??? hahahaha

Apa beza dapat masuk ke launch area?

Menurut kata Azzim Zahid, dapat masuk launch area lagi best boleh tangkap gambar dan tengok dekat-dekat. Kalau korang tak masuk rugi lah sebab berpagar jauh daripada launch area.

Ambil perhatian, dinasihatkan datang ke sini bawa la sejadah ke telekung untuk solat di bawah-bawah pokok atau tempat selamat. Kerana saya terbaca ada orang komen bagitau surau dengan tempat launch area jauh dalam 400 meter.

Terima kasih kepada Encik Azzim Zahid atas perkonngsian panduan untuk memudahkan korang nak pergi Putrajaya Hot Balloon ini. Semoga perjalanan korang selamat sampai dan selamat balik. amin….

Tak ada rezeki aku nak sampai sini lagi. Mungkin tahun depan ke? Siapa tahu? Dengar kata September ni ada lagi. Senang cakap tiap-tiap tahun ada buat fiesta Hot Air Balloon.

1,595 total views, 1 views today

Jadual Perjalanan dan Tambang ETS Train
MATTA Fair PWTC 2015

2 Replies to “Hot Balloon Putrajaya 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge