Hari Pertama : TICD Berjaya Tioman Resort


Check in Berjaya Hotel Time Square

Sorry korang! aku tak ada dekat KL buat masa ini. Ye! aku tahu ramai yang tengah cari aku, perlukan aku. Tapi nak buat macam mana. Kuala Lumpur terlalu sibuk dan padat dengan manusia gila! So aku ambil keputusan untuk bawa diri. Jauh daripada KL. Ok korang! jangan gelabah aku cuma pergi Pulau Tioman je 3 hari 2 malam ada program TIDC 2016 anjuran Berjaya Tioman Resort. Hahaha rileks la.

Bilik Berjaya Hotel Time Square

Sehari sebelum bertolak, Berjaya Hotel Time Square dah sediakan hotel sebab nya pagi-pagi buta pukul 4.00 pagi dah kena bertolak ke Tanjung Gemok.

Berjaya Hotel Time Square Lobby

Rasanya dalam 7 jam perjalanan juga la lalu jalan Kuala Pilah pukul 11 pagi macam tu sampai Terminal Penumpang Tanjung Gemuk. Daripada sini kami semua naik ferry untuk ke Kg Tekek dimana terletak nya Berjaya Tioman Resort.

Terminal Penumpang Tanjunh Gemuk

Disambut Meriah Di Sri Nelayan

Tioman Island Clean Up Day

Makan Sedap Pulau Tioman

7 jam perjalanan dari KL dan 2 jam di atas feri memang satu perjalanan yang sangat panjang guys! Satu badan kebas-kebas. Hilang segala rasa penat sesudah sampai di jetty  Kg Tekek yang kemudian nya di bawa ke restoran Sri Nelayan, Berjaya Tioman Resort. Meriah betul warga Berjaya Tioman sambut kedatangan kami siap ada persembahan silat dari sekolah SMK Kg Tekek. Dah tiba masa nya untuk lunch! Fuh banyak makanan sedap-sedap disediakan

Inspection Chalets Sambil Berbasikal

Berjaya Tioman Chalets

Aktiviti pertama sesudah sampai sini. Kami dibawa untuk inspection chalets. Terdapat sebanyak 268 buah chalets yang ada di Berjaya Tioman Resort. Ada 6 pilihan type chalet yang boleh dipilih. Tapi masa kitaorang buat inspection cuma ditunjuk 4 jenis chalet je iaitu :

  • Deluxe Chalet
  • Superior Chalet
  • Standard Chalet
  • Standard Quad Chalet
deluxe-chalet-berjaya-tioman-resort
Deluxe Chalet
berjaya-tioman-resort-superior-chalet-room-interior
Superior Chalet
Standard-Chalet-Berjaya-Tioman-Resort
Standard Chalet
standard-quad-chalet-berjaya-tioman-resort
Standard Quad Chalet

Discover Golf

Cara main golf

Menarik nya di Berjaya Tioman Resort ada padang golf yang  besar. Kami di ajar cara main golf. Nampak macam senang, bila dah cuba sendiri baru tau cara nak pegang batang golf, cara pukulan bola golf, kedudukkan badan dan banyak lagi. Kepada yang berminat nak bermain golf kena mula dengan introduction game sebelum subscribe membership. Introduction game RM25/30 minit, di ajar perkara asas-asas.

Snorkelling Tengok Coral Tioman Cantik

snorkeling-pulau-tioman

Datang ke Pulau Tioman jangan lepaskan peluang untuk snorkelling dan dive. Macam aku pertama kali snorkelling memang terasa agak gemuruh. Ingatkan senang tapi lepas dah terjun ke laut hampir lemas woi. So kena pastikan pakai snorkelling mask rapat-rapat kalau tak nanti air laut masuk mulut dan ganggu pernafasan. Paling penting jangan panik dan tak perlu risau jika dah pakai life jacket kalau tergelam pasti akan timbul semula.

Ok guys! Itu je aktiviti hari pertama kami sempat buat. Ada 2 lagi aktiviti tak sempat buat iaitu kayak dan bottom glass. Aihh! Next trip datang sini lagi nak kayuh kayak dan bottom glass.

Jumpa next day hari kedua. Baca : Hari Kedua : TICD Berjaya Tioman Resort

768 total views, 1 views today

Hari Kedua : TICD Berjaya Tioman Resort
Teaser! Pulau Memanggil Minggu Depan

3 Replies to “Hari Pertama : TICD Berjaya Tioman Resort”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge