Hari Peringatan Semadi Tragedi Perang Zhemchug ke-100 tahun

28 Oktober yang lalu saya telah menghadiri satu Majlis Peringatan ke 100 tahun yang telah berlaku perang dunia pertama diantara kapal  Jerman dan kapal Rusia bersama TMInfoMedia, Destination Malaysia dan Media Massa yang lain. Sebenarnya ini adalah satu sejarah yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum sejak daripada pembelajaran sekolah lagi tidak dituliskan.

Melalui kedutaan di Russia yang berada dalam negara Malaysia, baru saya tahu serba sedikit sejarah tentang ini yang telah disorok. Sebab apa sejarah ini disorok? Adalah kerana pada zaman terdahulu British ataupun dikenali Great Britain menjaga Pulau Pinang serta bersekutu bersama Russia dan Perancis, tetapi British gagal melindungi kapal Russia dan Perancis sehingga kapal Nazi Jerman menyelusup masuk menyamar sebagai kapal British dan menembak kapal perang Russia yang sedang diselanggara. Walaupun pada masa itu ada kapal Perancis, tetapi Perancis ambil pendekatan menjadi pengecut untuk tidak membalas serangan Jerman dan cuba melarikan diri pun turut ditembak oleh kapal Jerman hingga meragut nyawa. Saya diberitahu, kapal Russia yang ditembak masih lagi ada tertinggal bangkai kapal di dasar lautan Pulau Pinang.

Mayat-mayat tentera laut yang terkorban ditanamkan di Western Road, Penang. Hari peringatan ini juga mengikut upacara kepercayaan Kristian Ortodok. Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng, kelihatan turut hadir sebagai tetamu khas.

Ketua MenterI Pulau Pinang

Kristian OrtodokKristian Ortodok

Senarai Orang terkemuka menghadiri Peringatan Tahun ke-100 Pertempuran Pulau Pinang

1.   YB Lim Guan Eng, Chief Minister of Penang

2.       Her Excellency Lyudmila Giorgievna Vorobyeva, Ambassador of the Russian Federation to Malaysia

3.       Mr. Teoh Seng Lee, Honorary Consul (Russian Embassy) in Penang

4.       HE Lourdes Puma Puma, Ambassador of Ecuador to Malaysia

5.       HE Maria Isabel Rendon, Ambassador of Argentina to Malaysia

6.       HE Dr Bountheuang Mounlasy, Ambassador of Laos to Malaysia

7.       HE Qaley Allahverdiyev, Ambassador of the Republic of Azerbaijan to Malaysia

8.       HE Samori Ang’wa Okwiya, High Commissioner of Kenya to Malaysia

9.       Vice Admiral, Dato’ Mohamad Roslan Mohamad Ramli, Fleet Commander, Royal Malaysian Navy

10.   Major General Dato’ Syukri Ahmad, 2 Division General

11.   Captain (Navy) Sergey Valeriyevich Zhevnovatiyy, Defence Attaché of Russia

12.   Colonel Louis J. Buys, Defence Attaché of South Africa

Tragedi Perang Dunia Pertama ini telah saya tulis panjang lebar sebelum ini yang boleh anda baca di blog post saya :

Kisah di sebalik tragedi Zhemchug semasa Perang Pulau Pinang

Atau anda boleh membeli buku yang bertajuk The Battle of Penang – 1914 yang ditulis dan diceritakan oleh Dr. J. R. Robertson untuk fakta selengkapnya.

6,094 total views, 2 views today

Pulau Pinang Pelancongan Menarik Destinasi Malaysia
Kisah di sebalik tragedi Zhemchug semasa Perang Pulau Pinang

2 Replies to “Hari Peringatan Semadi Tragedi Perang Zhemchug ke-100 tahun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge