Hari Ketiga : TICD Berjaya Tioman Resort

berjaya-tioman-resort-superior-chalet-room-interior
Superior Chalet

deluxe-chalet-berjaya-tioman-resort

Alaa…. Dah masuk hari ketiga TICD 2016 – Pulau Tioman. Hari ketiga lebih kepada mood free and easy sebelah pagi sampai tengah hari. Malam kedua baru la dapat rasa keempukan tilam dan bantal Deluxe Chalets Berjaya Tioman Resort ni. Sampai tak sedar bangun-bangun je dah pukul 9pagi. hahaha

Apa-apa pun jom breakfast dulu di Sri Nelayan Restoran.

Steamed Baked Bean + Beef Strips + Chicken Sausage + Spicy Potato Wedges. English set breakfast. Nyums2.

A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Hari ketiga ini juga merupakan hari yang panjang buat kita orang. Pukul 11 pagi check out, lunch lepas tu pergi Duty Free Shop Kg Tekek, Pulau Tioman. Masa naik tram pergi duty free shop ni baru la dapat tengok kawasan kampung Tekek, kedai-kedai, rumah dan sekolah rasa nyaman gila. Dekat kedai duty free shop ini banyak jual barang-barang coklat, souvenirs, t-shirt dan banyak lagi. Tapi aku rasa harga coklat tu lebih kurang sama je dengan harga KL, lebih baik beli dekat KL je. hahaha. So aku just beli t-shirt Tioman Island. Itu pun tak banyak design best! Beli pun untuk koleksi tanda aku dah sampai Pulau Tioman! gitu..

Dah setel apa semua lepas tu naik feri dekat Jetty Kg Tekek, Pulau Tioman bertolak ke Jetty Tanjung Gemok. Dari Jetty Tanjung Gemok naik bas terus pecut ke Johor Bahru. Trip akhir kami di bawa ke Berjaya Waterfront Hotel, JB. Salah satu hotel under berjaya yang ada di JB. Memang ekstrem gila perjalanan ke Johor Bahru sebab ikut jalan kampung.

Sesudah sampai je tengok dalam Berjaya Waterfront Hotel, JB. Wow! bapak gila cantik. Rekebentuk macam dalam kapal cruise. Tak sangka pula tengok dari luar macam kecik, sekali masuk tengok dalam gila besar. Kemudian kita orang dinner di Chinese Restaurant, Berjaya Waterfront Hotel.

Next entry nak cerita pasal 9 Course Chinese Meals yang sedap ya amat. Yang jarang-jarang dimakan. hehehe

A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Perut dah kenyang, apa lagi terus balik Berjaya Time Square Hotel, KL la pulak, baru nak berangan dapat stay 1 malam dekat Berjaya Waterfront. Hahaha. Perjalanan balik KL ikut jalan highway lancar je. Masing-masing tidur dengan nyenyak siap berlawan-lawan siapa berdengkur paling sumbang, lagi-lagi Baha. hahaha. Aku tak boleh tidur, just pandang tingkap tengok luar dan orang sebelah yang teranguk-anguk kepala. Kesian dia, ngantuk ye.. Tidur la, saya jaga awak ye..

Baca : Hari Pertama dan Kedua (klik link biru)

(7)

909 total views, 1 views today

Minuman Kologen Sarang Burung Joy Of Life
Hari Kedua : TICD Berjaya Tioman Resort

Be the first to comment on "Hari Ketiga : TICD Berjaya Tioman Resort"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!