Hari Keluarga di Sibu Island

Pengalaman ini tak kan aku lupakan. Pagi-pagi subuh lagi member dah call, “Halim siap cepat, pergi Sibu”.

Aku terkejut beruk.. Mak ai! tak kan pagi-pagi buta ni nak gerak Sibu, dengan apa-apa persiapan pun tak siap lagi. Mandi-mandi siap, pack pakaian dan barang-barang camera naik bas rombongan ke Johor. Sebenarnya aku terkejut bila dengar Sibu tu, ingatkan Sibu Sarawak. Bertalu-talu aku tanya pasal member call tu naik flight ke? Naik flight ke? Dah ekcited gila..! Tapi yang kupelik kenapa kena naik bas pergi Johor dan sampai sana naik feri. Rupa-rupanya bukan Sibu Sarawak, Pulau Sibu Johor da.. Mana la aku tahu ingatkan kat Sarawak je ada Sibu.. HAHAHAHA

Perjalanan lebih kurang 6 jam juga la sampai dekat Johor, lalu kawasan-kawasan Felda dan kitaorang berehat dekat satu tempat ni tak ingat apa nama. Masa ni bateri camera aku tak cas lagi tak dapat nak tangkap apa-apa gambar terpaksa cas dulu. Makan-makan dan kenal dengan PIC serta team production yang lain ada 2 videographer 2 photographer termasuk aku jadi 3. Dalam aku tertanya agak nya apa benda diaorang ni nak shoot ni? Ramai dalam 7-8 buah bas juga la rombangan ni..

Terminal Jeti Tunjuk Laut Tanjung Leman
Terminal Jeti Tanjung Leman

Lepas tu bergerak ke Terminal Jeti Tunjuk  Laut Tanjung Leman, lama juga nak tunggu naik ferri. Disebabkan feri lambat kitaorang sampai ke Sibu Island dah malam. Seram juga memula sampai tu, macam-macam bunyik ada bunyi binatang monyet ke apa malam kan tak nampak apa pun.

Feri Tanjung Leman

Pagi-pagi keesokkan nya tengok rupanya bunyi yang dengar malam tu, bunyi burung merak. Boleh tahan gak lah nyaring serta bising nya ingatkan ungkas ke monyet ke kan. Hampeh tol! Tapi layan hirup udara segar kat sini.

Burung Merak

Sibu Island Resort

Apa-apa pun nak beritahu makanan dekat Sibu Island memang terbaik, sedap dan tak puas makan. Chef pun manis-manis. Yang aku maksud kan chef perempuan ok! hahahaha

Sibu Island

Best juga pengalaman kali ini sebuah projek photo & video Hari Keluarga MARA INC. Banyak yang dapat aku belajar dengan kawan-kawan yang lebih berpengalaman. Paling best dapat tengok drone diterbangkan, nampak luas terbentang resort Sibu Island. Paling aku kagum, video shoot semalam dengan pagi petang kena edit siapkan video highlight untuk dimainkan pada waktu malam pada acara BBQ. Pergh! memang terbaik. Bukan senang nak hadap edit video dalam satu masa.

Ok! setakat ini sahaja cerita tentang pengalaman job di Sibu Island.. Nanti aku update gambar, gambar banyak tak edit nih..!

1,302 total views, 1 views today

Siri Jelajah Merdeka Aeon Akar Kita Zapin 2015
Jadual Perjalanan dan Tambang ETS Train

One Reply to “Hari Keluarga di Sibu Island”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge