Hari Kedua : TICD Berjaya Tioman Resort

student-csr-projek-smk-tekik-pulau-tioman

first-day-ticd-2016

Korang dah baca Hari Pertama : TICD Berjaya Tioman Resort? Kalau korang dah baca hari pertama pack dengan macam-macam aktiviti woi. Discover Golf, Snorkelling, Kayak and Glass Bottom. Disebabkan masa perjalanan yang panjang dan sampai hampir lewat petang, team aku sempat merasa aktiviti Discover Golf dan Snorkelling. Kayak dan Glass Bottom tak sempat nak cuba. Sebab macam aku cakap tadi, masa memang tak cukup, penganjur cuba sumbat semua aktiviti dalam masa satu hari.

shazan villa tioman

Shahzan Villa photo by Raja Sheril Ameera

So let’s story hari kedua pula. Morning Call seawal pukul 5.30 pagi.  Kemudian kami dibawa sarapan pagi ke Shahzan Villa, dikatakan Sultanah Pahang suka stay di Shazan Villa. Pasal Shazan Villa ini menarik juga nanti aku cerita ok! Blogpost aku kali ini part by part so korang kena follow nak tahu banyak cerita-cerita lain. Hahaha

Hari kedua tak banyak sangat aktiviti, cuma ada beberapa aktiviti je, itu pun setiap aktiviti mengambil masa yang panjang. Memang terasa membazir masa betul. Apa kata pihak penganjur buat kayak dan glass bottom hari kedua pun ok.

seahorse-arca

Sila Ucapkan Tahniah kepada Abam

student-project-smk-tekik

student-csr-projek-smk-tekik-pulau-tioman

Sebelah pagi hari kedua aktiviti CSR Program under Berjaya bersama projek pelajar SMK Tekik, Kg Tekik. Untuk TIDC 2016 tema yang diketengahkan adalah Seahorse. Para pelajar diberikan pendedahan tentang fakta seahorse dan beri tugasan untuk membina arca seahorse dengan menggunakan botol terpakai.

Haih! Nak juga abam turun tolong buat kan juga. Kan dan bagitau, buat tapak seahorse tu dulu. Tengok la contoh yang abam dah siapkan tu! hahaha. Sila ucapkan tahniah kepada abam ye.. ! :v

Sebelah petang aktiviti best.  Kami melawat Herbs Garden – Spice Garden. Banyak juga info pasal herbs dikongsikan. Kalau sempat aku cerita sikit pasal kebaikkan herba-herba Mahkota Dewa, Daun Rerama, Belali Gajah dan lain-lain yang ada ditanam di sana.

jungle-trekking

Jungle Trekking Tioman Island photo by Raja Sheril Ameera

Aktiviti paling lasak antara aktiviti lain. Cuba teka! Jungle Trekking guys!! Pasal Jungle Trekking ini pun aku eksited nak cerita. Yang tu nanti aku cerita asing, kalau cerita semua dalam ni, muntah hijau korang baca entry berjela-jela. hahaha. Nak kata susah pun tak, nak kata senang sangat pun tak, just ok! ada juga la part-part yang mencabar sikit. Turun naik jungle trekking ambil masa lebih kurang 45 minit – 60 minit macam tu.

bbq-gala-dinner

Ok! Penutup hari kedua! Let’s Enjoy! Pool Gala DinnerAda banyak gila makanan, apa lagi mari kita makan semua sekali. Sekali sekala rezeki datang jangan ditolak. Tapi hari kedua ni aku sesat nak ke lobi! huarghhhh!! malam-malam gelap cari jalan sekali sesat salah masuk jalan. Sesat entah kemana, jalan gelap, sesat, tak ada orang, tak ada line telefon aku melilau cara jalan. Aku ingat aku dah ke alam bunian dah. urmmm.. Ini salah satu kelemahan aku. Susah nak ingat jalan. To my future partner in my entire life. Harap awak dapat memahami saya. Gitu….

photo credit : by Raja Sheril Ameera

(6)

752 total views, 1 views today

Hari Ketiga : TICD Berjaya Tioman Resort
Hari Pertama : TICD Berjaya Tioman Resort

1 Comment on "Hari Kedua : TICD Berjaya Tioman Resort"

  1. Bestnya dapat pergi Pulau Tioman… Teringin nak bawa family bercuti dekat sini… Tapi masa masih belum mengizinkan…
    Anuar recently posted…Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu UberMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!