Hai Blogger! Menangi i phone 6 plus 64gb

ayam goreng sedap

Sejak kebelakangan ini heboh di instagram dan facebook saya sebuah blogger contest yang menawarkan i phone 6 plus sebagai hadiah utama serta 4 hadiah lagi merupakan wang tunai ratusan ringgit. Dengan sukacita nya contest ini secara rasmi telah dibuka penyertaan pada hari ini 1 Feb 2015. Di dalam instagram saya dah beri satu hint iaitu Masakan. Ya betul! contest kita kali ini adalah tentang masakan.

Amacam? tertarik tak? kalau tertarik saya nak bercerita panjang lebar macam mana untuk korang menang i phone 6 plus ini.

Kongsi Resepi Masakan Dapat Duit

Saya ada satu soalan la, korang yang selalu masak tu mesti ada macam-macam resepi sedap kan? Aduh! duk peram seorang buat apa? Kasi kongsi ler resepi-resepi masakan yang power-power tu. Kongsi resepi boleh dapat duit tau! Hah! apa? boleh dapat duit? Betul! hadamkan apa yang saya tulis ni.

Secara jujur la saya berasa kagum selepas menjumpai sebuah laman web ini. Sebuah laman web komuniti masakan Let’sMasak  – I’ts no to hard.

Sebuah laman web komuniti yang unik di mana anda boleh menghantar resepi & gambar dengan cara lebih bijak. Menjadi penyumbang aktif, mengumpul mata dan menebus tunai

Laman web Let’s masak baru je dibangunkan dan mereka sedang mengadakan LetsMasak Review Contest 2015. Korang buka laman web tu yang saya dah siap-siap highlight bersama link, korang explore apa yang ada dalam tu. Lepas tu korang buat satu review berkenaan laman web tu dengan cara paling kreatif yang semampu boleh. Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan, jika sebelum ini korang sertai contest yang mana hadiah ditawarkan i phone 5 s je.. Tapi untuk contest ini i phone 6 plus 64gb dan wang tunai lagi tu.. Fuh! Dasyat beb.

i phone 6 plus

  1. Tempat pertama: iPhone 6 Plus 64Gb
  2. Tempat kedua: Wang tunai RM500
  3. Tempat ketiga: Wang tunai RM400
  4. Tempat keempat: Wang tunai RM300
  5. Tempat kelima: Wang tunai RM200

Macam mana dah semangat nak sertai? Memandangkan hadiah yang ditawarkan agak lumayan, ada beberapa tugasan la nak kena buat. Secara panjang lebar dan terperinci langkah-langkah berserta syarat-syarat dah ditulis di dalam Let’s Masak.

Saya nak bagi clear kan kat korang nak mudah kan korang menang. Memandangkan saya pun dah daftar. Segala feature Let’s Masak saya dah tahu.

Dah baca? link saya bagi kat atas tu? Bahagian penerangan tu rasanya korang semua boleh faham da kan? Cuma ada satu penerangan tu kata :

  • Mendaftar di LetsMasak dan mencapai progress sebanyak 80% 50%

Selepas je korang daftar, buka dashoard dan pandang sidebar sebelah kanan. Kat situ ada tunjuk progress korang macam ini.

progress

Ok kat sini, korang ada tugasan sikit. Tugasan nya adalah completedkan progress kitchen profile korang. Upload gambar profile, gambar cover, description dan lain-lain

Progress ini dikirakan berdasarkan apa yang korang dah kemaskini dan aktifkan profile korang. Kalau ikut kan nak dapatkan 100% progress 7 benda tu korang kena buat. Tapi pihak penganjur dah longgarkan sikit syarat kepada 80% je. So korang buat 6 benda je.

Upload Avatar 10%

Upload Cover 10%

Fill in Description 10%

Favorite any recipe 10%

Post comment on recipe 20

Submit Recipe 30%

Ala proses semua ni tak susah pun, sama macam korang daftar facebook dulu. 5 minit dah boleh siap da..

UPDATE

Recook dan Submit Recipe tak diwajibkan buat tapi kalau korang nak point lebih daripada orang lain buat la kedua-dua tu. Recook tu korang tengok mana-mana resepi, masak semula dan submit recook yang korang buat tu. Submit Recipe pula agak2 ada resepi best boleh kongsi.

Satu lagi benda yang korang kena ambil perhatian agar penyertaan korang layak diterima adalah. Korang kena dapatkan 30 orang pendaftaran SEBANYAK MUNGKIN daftar dibawah refferal link korang yang dah disediakan kat dalam dashboard. Lagi banyak yang mendaftar, lagi BESAR PELUANG MENANG. Dan  orang yang mendaftar Let’s Masak under korang mesti dapat 20% progress. So makna nya yang mendaftar tu mestilah yang genuine dan aktif.. No tipu-tipu eh!

TIPS Untuk dapat banyak Pendaftaran Refferal

Share This Recipe

Kemaskini daripada pihak Let’s Masak adalah setiap resepi, sama ada resepi anda atau resepi orang lain telah ditanam link refferal korang. So, korang boleh share resepi sebagai tool menarik perhatian orang lain register Let’s Masak. Lain-lain tool, boleh pasang 3 banner yang telah disediakan. Copy paste code je kat blog korang tu.

banner lets masak

Status Contest
Cukup 100 Status Contest akan bertukar Active

 

Seperkara lagi sebelum terlupa. Contest ini akan mula kira berjalan selepas 100 review confirm selama 2 bulan. Kami nak bagi peluang korang dapatkan pendaftaran sebanyak boleh. Cepat-cepat dapatkan 100 review all out promo. Pastikan yang mendaftar lebih ramai di referral link korang.

Fast Action The Winner! – Bertindak awal adalah Pemenang

Kesimpulan nya dalam entry korang tu tulis jelas sejelasnya agar mudah orang lain nak daftar. Tunjuk step by step cara nak mendaftar, manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi dalam letsmasak.com boleh kumpul point dan tukar kan kepada wang tunai. Yang lain-lain tu korang boleh la godek-godek dalam tu.

Secara ringkas flow Contest ini :

1. Register
2. Review
3. Kekal Aktif
4. Menang & Buat Duit

total progress

Contoh Review > Buat Duit Dengan Kongsi Resepi & Let’s write your Cooking Recipe in letsmasak.com and grab a chance to win Iphone 6 ! & Menang Iphone 6plus + Wang Tunai di LetsMasak & Memasak Di Dapur Boleh Buat Duit

Saya menjangkakan blogger contest kali ini adalah paling meriah dan diluar kebiasaan contest-contest lain yang dibuat. Mana tak nya tugasan nya korang kena buat real tugasan masak sendiri kat dapur untuk submit recipe. Lepas tu recook mana-mana resepi yang ada dalam tu.. Pergh! main masak-masak la kali ini. Review, Register, Active. Review dan register untuk contest lepas habis contest korang aktif pula benefit tak akan berhenti. Point = $$$$

Akhir Kata

Tak rugi kalau korang cuba. Sebab apa saya kata tak rugi. Pertama adalah korang berpeluang menang hadiah yang hebat-hebat belaka, kedua korang masih boleh kumpul point dan buat duit. hehehehe

Peluang buat blogger menang iphone 6 plus dan buat duit. Apa sebab saya kata peluang kepada blogger? Sebab nya orang awam daftar tak layak sertai contest ini. Kecuali blogger.

Dapat 50 Pendaftaran = Korang berpeluang menang iphone 6 plus 64gb &  Point 50×50 = 2500 = $$$

Invite member to register (you will only receive the Points after his/her account achieves more than 50%* progress)

Kalau ada apa tak faham boleh komen kat bawah. Best all luck. Tak sabar nak tengok resepi-resepi korang yang sedap-sedap tu. Lagi-lagi yang ada resepi turun temurun. Pergh! Gerenti saya ikut recook, lepas ni mudah la nak masak. Tak ada alasan lagi buat lelaki bujang mahupun anak dara. Resepi dah terbentang, macam2 masakan ada. Tunggu nak tak nak je. Jangan ada yang submit I phone 6 plus masak lomak cili api sudah ler.. hehehehe

“Contest ini dianjurkan oleh LetsMasak.com dan disokong bersama Kelab Komuniti Hai Blogger!” (dua-dua backlink ini wajib ada)

(5)

6,104 total views, 3 views today

Giveaway Mudah amirnawawi.com
Hai Blogger! 9 Hadiah Giveaway yang Awesome!

21 Replies to “Hai Blogger! Menangi i phone 6 plus 64gb”

  1. Contest memang menarik. . Tapi terlalu banyak syarat yang dikenakan. . Walaubagaimanapun good luck! Hadiah lumayan. . In Shaa Allah ramai yang akan join.. terutamanya blogger -blogger dalam niche makanan seperti mat gebu.. tentu dia suka contest ni..
    anuar recently posted…Niche X, Niche Y dan Jutawan SenyapMy Profile

    1. Refferal link banyak bagi peluang besar untuk menang. tp pemenang dikirakan berapa banyak refferal link mereka peroleh point.

      Katakan bro Amir dapat 20 orang refferal link dan mereka semua mempunyai point 20%

      Perkiraan :

      20 x 20% = 400%

      Blogger B dapat 10 orang refferal link tp point setiap seorang 80% jumlah 800%

      Pemenang adalah blogger B kerana blogger B berjaya dapat genuine user yang berdaftar dan aktif di komuniti letsmasak.

      Beri PERHATIAN dekat sini,

      Masa buat review TEKAN kan kepada pembaca untuk register letsmasak dan kekal aktif dengan pelbagai fungsi2 yang terdapat di letsmasak.

      1. Post Recipes
      2. Recook
      3. Comment
      4. Kongsi Tips

      Semoga berjaya 🙂
      HalimBrothers recently posted…Memasak Di Dapur Boleh Buat DuitMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge