Mari saya bawa anda ke satu tempat yang aman damai lagi menyegarkan. Terletak di Raub, Pahang terdapat sebuah Pusat Peranginan Semulajadi yang diberi nama Tanah Aina Fahad Resort. Baru dibuka kira-kira sebulan yang lalu, kembara media kali ini diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada dekat dengan flora dan fauna.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanah Aina Fahad Resort cuma mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Tiba sahaja dilokasi tidak seperti yang dibayangkan. Apa yang saya bayangkan ada sebuah rumah resort tetapi apa yang saya nampak di depan mata saya selepas melangkah keluar daripada van adalah terbentang luas pokok-pokok. Wow! Ini tentu lebih menarik apa yang saya terbayangkan sebelum ini.
Membuat saya lagi terkejut adalah! dari jauh saya dah nampak tapak perkhemahan tapi tak pernah saya tengok tapak perkhemahan yang dah siap sedia teratur. Paling tak pun kena pasang sendiri. Percaya tak pengalaman kali ini sesuatu yang lain benar. Dah tak perlu bersusah payah bawah khemah sendiri.
Di dalam khemah dah tersedia dengan Tilam, Katil, Kipas, Power Supply, Tuala dan Cermin. Jadi ini kelainan yang cuba diterapkan, aktiviti camping yang berciri-cirikan moden, santai dan selesa pada masa yang sama anda dapat menikmati suasana di dalam hutan berserta air sungai.
Amacam best tak? Best kan? Jom saya tunjuk lagi anda suasana di dalam Tanah Aina percutian akan datang boleh la pilih ke Tanah Aina. Secara serius saya beritahu anda, bila sahaja melangkah masuk di dalam Tanah Aina, segala masalah anda di Kuala Lumpur hilang lesap. Dekat sini anda akan lebih rileks dan tak sabar-sabar untuk buat aktiviti.
Sebelum kami mulakan apa-apa aktiviti, kami diberi taklimat oleh pemilik Tanah Aina iaitu Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil. Tanah Aina Fahad ini sebelum diteroka adalah merupakan milik tanah orang kampung yang dijual pada Puan Sri Shariffa Sabrina pada tahun 2012 pada harga RM250k sahaja. Atas kecintaan Puan Sri terhadap alam semula jadi ini, Puan Sri telah mengubah hutan tebal menjadi satu tempat percutian yang glamorous kelas Hotel dengan menelan belanja lebih kurang RM1 juta.
Aktiviti pertama kami di Tanah Aina permainan compas orienteering. Kami diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan kompas yang betul. Ada 8 checkpoint, setiap 2 langkah dikira 1 meter. Setiap checkpoint kena punch card control marker. Tapi hati-hati checkpoint dummy, checkpoint dummy ini la yang buat kumpulan saya mengambil masa untuk punch card control marker. Kami diberitahu kalau jumpa checkpoint dummy, control marker ada 10 meter radius sekeliling. Rupanya kami silap faham. Checkpoint dummy tadi cuma untuk mengelirukan samada kita ikut kompas dan tunjuk arah atau pun tidak. Bila dah ikut kompas, jalan dah betul tapi jumpa checkpoint dummy, mula la kelam kabut tang situ bila dah kelam kabut habis melalut tah mana-mana. Tapi kalau punch control marker salah kata kita tak mengikut arahan pula. Aduh! sungguh licik sekali permainan ni.
Tahniah kepada pemenang dapat seorang sebotol body shower, kumpulan kami kalah dapat tempat 2 terakhir. Disebabkan Checkpoint dummy tu la. Nombor dia contoh 96 tapi kat control marker tulis 69 tu yang buat kami keliru tu, nak punch card atau tak, Last sekali punch sajo lah! Janji dapat punch semua dan tamatkan permainan. hehehe
Pada sebelah petang nya kami dibawa masuk kampung untuk aktiviti kampung. Beriadah dan makan makanan kampung. Ada buah Salak, Pisang Rebus, Ubi Kayu, Sambal Hitam dan banyak lagi.
Paling best! bila orang bandar masuk ladang getah, belajar toreh getah. Sebelum tu pastikan pisau toreh getah diasah tajam dengan batu asah setiap kali sebelum menoreh getah untuk memastikan ketajamannya. Bila pisau toreh tajam dan cara torehan yang betul dapat mengeluarkan susu getah yang lebih banyak berbanding pisau toreh yang tumpul.
Jom kita bawa orang bandar masuk ladang getah. Siapa tadi beriya-iya nak toreh getah? Jom kita tengok skill masing-masing siapa yang berjaya keluarkan susu getah. Puan Seri pun turut join juga. Caya lah! Puan Seri.
Makan-makan makanan kampung sudah, menoreh getah pun sudah kini tiba giliran terjun sungai. Yahoo!! Air sungai dia best. Grade A punya kualiti. Kitaorang mandi manda beramai-ramai. Tapi awas! air sungai deras dan ada amaran kepala air lalu disitu. Tapi jangan risau, ada penjaga keselamatan di dalam sungai dan ada tali jika tetiba kita hanyut. Gambar pula tak ada, takut nak bawa camera masuk air. hehe.. Nanti try tanya kawan-kawan yang tangkap gambar.
Waktu malam best! Terasa betul-betul dalam hutan dengan bunyi deruan air sungai dan bunyi burung berkicauan. Biasa nya kalau pergi camping mana-mana mesti 3 hari 2 malam dan hari kedua buat BBQ dan karaoke, tapi disebabkan kami cuma 2 hari 1 malam je malam tu lepas habis mandi sungai BBQ dan Karaoke time.
Terlalu banyak benda dan gambar nak keluarkan tapi rasa macam terhad untuk satu posting ini pun dah terlalu panjang dengan memori-memori kenangan yang tak kan dilupakan. Terima kasih kepada Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil bagi peluang kembara media merasa suasana yang mendamaikan di Tanah Aina Fahad Resort. Terima kasih kepada Bloogers Dot Com, Majalah Libur dan rakan media. Salam perkenalan kepada rakan-rakan media semua Nona TV3, Mstar, Malaysia Gazette dan media-media yang lain. Sehingga kita berjumpa di lain waktu.
-
Phone016-6090493 or 010-2265815
-
Emailbooking@tanah-aina.com
-
Website
(199)
14,740 total views, 2 views today
Incoming search terms:
- tanah aina fahad
- cara menoreh getah
- cara menoreh getah dengan betul
wah menarik sekali aktiviti bercuti dengan bercamping
onlajer recently posted…Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
nampak best tempat dia. berapa kos untuk menginap kat sini?
ainun recently posted…Saya Dapat RM36,380 di Internet Dengan Affiliate
Kos untuk menginap di Tanah Aina Fahad akan diceritakan next blogpost 🙂
Dah lama tak bercamping masuk hutan…Rindu zaman sekolah masuk hutan. haha
adarain recently posted…Big Hero 6 Dengan Aksi Lucu Baymax
Wah.. Bestnya, ada pengalaman macam ni… Walaupun saya orang kampung, tapi saya tak pernah menoreh getah…
Anuar recently posted…Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana
Ingatkan Tanah Aina ni yang kat tepi highway karak tu. Rupanya kat Raub..
Amran recently posted…Laksa Unik Ikan Sekoq
Wah menarik ni! Boleh camping next time balik Malaysia 🙂
Yeen recently posted…Sukanya training minggu pertama Madrid Marathon 42.195km
wah.ni la rupanya tanah aina yg dorg duk cakap2x tu…menarik..i do love camping 🙂
aimie mokhtars recently posted…Teaser : Shawl Instant Qaisara Roses