Gara-gara Pak John Steamboat, makan sampai kenyang

Aduh! Ini gara-gara berbuka puasa di Pak John Steamboat & BBQ.

Petang semalam (Isnin), aku dan team eWana.fm berbuka puasa di Pak John Steamboat & BBQ di cawangan Wangsa Walk, Wangsa Maju.

Pak John Steamboat and BBQ

Best! tak tipu.. Pergh! Terbaik weh! Pak John Steamboat hidang kan macam-macam jenis steamboat. Tak tahu nak makan yang mana dulu! Tapi serius aku paling suka yang paling terbaik New Zealand Lamb Slices, Australia Beef Slices dan Smoke Duck Breast.. 3 jenis lauk ini aku makan tak henti-henti. Habis satu, celup lagi, habis lagi celup. Hohoho.

Tapi yang buat lagi best sup dia, pergh! meleleh air liur tengok masa puasa. Tomyam Soup dan yang terbaru Prawn Soup. Ambik sudu hirup.. Pergh! sampai tersedak-sedak. Pergi la cuba sendiri, Ramadhan Buffet Buka Puasa  dari 28/6 – 29/7 cuma RM39++ makan sampai lembab! haha. * Kanak-kanak di bawah umur 8 tahun makan adalah PERCUMA! ok PERCUMA! Siapa yang ada anak-anak kecil boleh bawa makan sekali dan yang penting PERCUMA untuk anak-anak ya..

Makan-makan punya makan, sebenarnya meh sini nak beritahu tips nak makan buffet ini terutama Steamboat. Ok yang pertama perut mesti kosong, kedua jangan minum air dan yang ketiga makan pelahan-pelahan rileks ja… Sambil makan sambil borak tau-tau dah nak habis.. Habis kita tambah lagi! hahaha.

Ini yang nak jadi cerita ni, makan punya makan sembang punya sembang dari waktu buka puasa tadi sampai la tengok-tengok jam dah pukul 9.30 malam. Aiseh pergh! terbaik.. Betul-betul layan makan steamboat Pak John. Kemudian lepak jap kat konti eWana fm buat kerja sikit-sikit tau-tau dah jam 11.30 malam gamaknya! Sempat ke tidak aku nak balik. Lepas aku eksiden tahun lepas nak pergi mana-mana naik pengangkutan awam. Biasa nya aku ke konti eWana fm aku akan naik LRT, BAS atau KTM.

Leceh sikit la bila naik pengangkutan awam, pukul 12 tgh malam dah tamat perkhidmatan. So aku tawakal jelah dari LRT station Sri Rampai ke KL Sentral. Tak sempat! Pukul 12 lebih tengah malam sampai KL Sentral. Aku cadang dari KL Sentral nak naik KTM balik rumah. KTM pun dah TUTUP. Untuk makluman kat station LRT KL Sentral midnight macam ini teksi-teksi dan teksi sapu suka tunggu offer kau orang naik.

Aku kalau macam teksi-teksi Midnight memang aku tolak. Tah! macam mana ada seorang pakcik tanya dengan nada lembut ” Anak nak balik mana ” Aku cakap nak balik Sentul. ” Ok pakcik boleh tolong hantarkan, tapi RM25 ya” .  Aku pun macam ” aish! mahal nya. ”

“Tak apa la anak RM20 pun boleh.” Aku pun macam fikir  nak ke tak, atau aku nak tunggu kat Macdonald KL Sentral yang buka 24 jam dan lepak situ dan tunggu train KTM pagi-pagi esok. Otak aku memproses dengan cepat apa tindakan yang perlu di buat.. So aku pun macam

” Ok jom la pakcik “. Ok yang pertama dari aku makan Macdonal tadi lebih baik aku bayar pada pakcik tu dan balik tidur kat rumah dengan selesa. Yang kedua kan aku dah dapat buat story pasal teksi sapu ini dalam blog 😀 Haha. Cuak juga! Mula-mula. Tapi apa-apa pun puas hati juga la dapat naik kereta Hyundai! hehe. Dah sampai rumah aku bagi pakcik itu RM30, ” Kira Halal ya pakcik! Pakcik dah tolong hantar saya balik dengan selamat ”

Berbalik pada Pak John Steamboat & BBQ, pada tarikh 10/07 Hai Blogger! dan eWana.fm akan mengadakan Iftar Ramadhan 2014 eWana fm bersama blogger dan Pak John Steamboat bertempat di eCurve Mutiara Damansara. Majlis iftar ini akan dimeriahkan dengan jemputan seramai 50-100 orang blogger,media,artis,anak-anak yatim dan hadiah-hadiah menarik. Mana-mana blogger yang berkelapangan pada tarikh tersebut sila hadirkan diri anda kita berbuka puasa beramai-ramai. 😀

Sila sahkan RSVP kehadiran anda di sini > Iftar Ramadhan eWana fm bersama Blogger dan Pak John Steamboat

(1654)

10,064 total views, 2 views today

Food Review : Nikmati Juadah Balik Kampung The Mill Cafe
Mekdi to mainstream apa kata cuba Burgerking

2 Replies to “Gara-gara Pak John Steamboat, makan sampai kenyang”

  1. Makan steamboat memang kena makan slow-slow tak boleh makan sekaligus, krang tak merasa semua makanan semua kat situ dan cepat kenyang. 🙂 Biasalah kalau dah keluar dengan member cepat sangat waktu berlalu alih2x dah tengah malam. Nasib dah sampai rumah dengan selamat.
    Bahrain recently posted…Ketuk-Ketuk Ramadhan 2014My Profile

  2. Pengalaman pahit ke steam boat.. sibuk makan mee dan tauhu celur tomyam..

    Baru setengah jam dah kenyang.

    Tak sempat lagi makan udang segar dan lain lain.

    Memang betul.. Makan steamboat mesti ada strategy.

    Kalau setakat nak makan nasi kat rumah pun boleh.

    Lebih baik utamakan makanan laut.

    Baru berbaloi duit yang keluar tu
    Tudung Labuh Online recently posted…VEIL NIKAH TUDUNG PENGANTIN INSPIRASIHANAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge