Gala Dinner Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru

Ephyra telah mengadakan Gala Dinner syarikat itu pada 14 Ogos yang lalu. Gala Dinner ini diadakan di Dewan Dr Tun Ismail, PWTC.

Siapa yang tidak kenal produk penjagaan dan kecantikkan diri keluaran Oceanlife Marketing yang telah mendapat tempat di hati pengguna dan semakin dikenali bermula tahun 2012 lagi.

Secara jujurnya pada pandangan saya, lambakkan produk kecantikkan di pasaran akan membuatkan ephyra tenggelam tetapi sangkaan saya salah. Tahun demi tahun Ephyra dapat sambutan menggalakan segi jualan juga meningkat.

Saya masih ingat lagi pada awal kemunculan Ephya hanyalah sebuah syarikat kecil pada tahun 2012. Produk terawal yang dihasilkan iaitu Ephyra Supplement Drink minuman antioksida yang berasaskan kolagen ikan laut dalam.

Memegang pada prinsip berkualiti tinggi, berkesan dan selamat, Oceanlife Marketing kini melebarkan sayapnya dengan melancarkan tiga lagi produk terbaru iaitu sabun kecantikan untuk muka dan badan; Ephyra Skin Bar, jus premium wanita ; Inteemor dan minuman tenaga buat kaum lelaki ; M2Flex.

Produk Ephyra

Ephyra Skin Bar

Ephyra Skin Bar , sabun yang diformulasi 100% dari bahan asli semulajadi dan dirumuskan untuk kegunaan muka dan badan. Dapat memberikan kebaikan untuk merawat kulit berjerawat dan menghilangkan parut jerawat serta jeragat. Dengan penggunaan Ephyra Skin Bar, kulit bukan sekadar lebih lembut malahan lebih anjal dan tegang serta bebas kotoran dan minyak.

Inteemor

Inteemor pula adalah minuman jus premium wanita yang dirumus khas untuk kesihatan dan keintiman wanita. Ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang terbukti berkualiti dari zaman berzaman untuk melengkapkan wanita dari segi kecantikan dalaman dan luaran, kesuburan dan kesihatan wanita persis gadis sunti.

M2Flex

M2Flex adalah minuman kesihatan tambahan yang dirumuskan khas untuk lelaki. M2Flex dapat mengaktifkan otak dan otot serta sesuai diminum sebelum dan selepas melakukan aktiviti gim. Selain dapat menambahkan prestasi tenaga dan mental, minuman M2Flex dapat membina otot, membuang lemak dan meningkatkan komposisi badan kepada bentuk badan yang diidamkan setiap lelaki.

Ketiga-tiga produk terbaru ini telah diformulasikan dengan teknologi terkini dan diperakui keberkesanannya setelah melalui proses penyelidikan secara intensif.

 

Oceanlife Marketing sentiasa menggiatkan aktiviti promosi produk dari semasa ke semasa melalui media cetak, media elektronik dan juga media sosial. Pemilihan selebriti ternama tanah air, Memey Suhaiza dan suaminya Norman Hakim sebagai duta dan jurucakap produk merupakan satu keputusan yang tepat dan telah berjaya melonjakkan lagi label dan jualan produk Ephyra.

Sikit info nak share pada pembaca blog Halim Brothers, Epyhra adalah bahasa Sanskrit yang bermaksud Dewi Laut.

Gala Dinner Ephyra

Terima kasih kepada pihak Epyhra kerana sudi menjemput saya dan bersama dua orang blogger lagi ke Malam Gala Dinner Ephyra. Acara gilang gemilang untuk meraikan dan menghargai rakan niaga, pengedar, media cetak, elektronik, media sosial serta pengguna setia Ephyra yang sentiasa menyokong perjalanan Ephyra selama ini.

Bagi korang yang berminat nak dapatkan produk Ephyra boleh buat pembelian online di website Oceanlife2u, facebook Oceanlife2u. Instagram : @ephyra2u

1,458 total views, 1 views today

Susu Kambing Baraka Sedap Lagi Lazat
Sambutan Blogger Raya di Tudia! Char Kuey Teow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge