Fradoo ABC Special Seksyen 2 Shah Alam

Fradoo ABC Special

Sudah baca penulisan saya mengenai berhujung minggu  di Shah Alam? Minggu lepas saya menghabiskan masa bersama sahabat blogger saya Mohd Rasul di sekitar Shah Alam. Selepas kami ke Lorong Seni Seksyen 2 Shah Alam, rupa-rupanya di Shah Alam ada satu tempat ABC Special terbaik punya. Saya rasa orang Shah Alam sudah tentu tahu Fradoo ABC Special yang terletak di Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam. Dek kerana kepopularan dan kesedapan nya, Fradoo ABC Special telah menjadi pilihan Jalan-Jalan Cari Makan tv3 musim tahun 2013 yang pada masa itu dihoskan oleh Qi Razali. Pada pengetahuan saya, Fradoo ABC Special hanya ada satu cawangan sahaja buat masa ini, semenjak memulakan perniagaan pada 29 April 2010.

Apa maksud Fradoo ABC Special?

Fradoo adalah daripada bahasa Thailand yang bermaksud Pokok Sena. Menurut kata pemilik gerai Fradoo ABC Special megatakan nama sebuah gerai minuman bernombor 39 dahulunya tetapi sekarang sudah berada di no 14 yang terletak di Seksyen 2 Shah Alam. Apa yang special nya pula? Special nya ABC ini kerana ramuan nya yang dihasilkan lain daripada yang lain, seperti Cincau, Barli, Longan, Sagu, Sirap Coklat, ada nya sebiji anggur, sebatang biskut Coklat dan membuatnya bertambah istimewa adalah aiskrim coklat.

Fradoo ABC Special sedapBerminat hendak merasai sendiri Fradoo ABC Special?

Saya mencadangkan sepenuhnya untuk anda merasai sendiri Fradoo ABC Special datang ke  Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam. Bila anda sudah sampai ke Medan Selera, terus cari signboard seperti gambar di atas, kerana disitu juga ada beberapa gerai ABC yang lain. Tapi sebelum itu AWAS! pada hujung minggu Fradoo ABC Special sangat padat, anda mungkin kena menunggu sekejap. Apa yang boleh saya katakan ini adalah ABC Special yang pernah saya makan bukan seperti ABC biasa-biasa di luar sana. Anda sendiri boleh tengok gambar-gambar yang saya letak kan ini. Lain daripada yang lain bukan?

Fradoo ABC Special LazatDatang Kembali Makan ABC Special

Pada masa akan datang jika  kelapangan, saya hendak datang lagi membasahi tekak di Seksyen 2 Shah Alam ini. Nak mencuba Air Batu Campur yang lain. Untuk pengetahuan semua, selain daripada ABC Special, anda boleh memesan 3 jenis aneka ABC seperti ABC Special Hot Chocolate, Cendol Special dan Lai Chee Kang. Saya juga kagum dengan misi mereka iaitu “Spread the love of ABC (Air Batu Campur)
1Malaysia”. Saya mendoakan mereka terus maju, sukses dan dapat buka cawangan baru secepat mungkin. Bila nanti nak buka cawangan baru jangan lupa panggil saya semasa “Perasmian Cawangan Baru”. Saya siap! untuk menjadi pelanggan yang PERTAMA. 😀

Disini saya sertakan sekali lokasi Fradoo ABC Special :

No 14, Medan Selera Prima 2, Seksyen 2 Shah Alam

Facebook : Fradoo ABC Special Madness

———-

Secara Keseluruhan saya beri 4 **** untuk Fradoo ABC Special..

15,337 total views, 1 views today

Incoming search terms:

  • abc shah alam
  • abc seksyen 2 shah alam
  • abc sedap di shah alam
Lunch Date Sharif Sleeq bersama Bloggers dan Peminat
Lorong Seni Seksyen 2 Shah Alam

4 Replies to “Fradoo ABC Special Seksyen 2 Shah Alam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge