Food Mania Festival 2014 – Bawa Keluarga Berkelah Dalam Bandar

Food Mania FestivalHujung minggu lepas korang buat apa? Tak kan duduk rumah je kot?, come up! lakukan sesuatu aktiviti, Cargas-cargas sikit.  Apa? Saya? Apa aktiviti hujung minggu saya? Ahhh! ni yang nak cerita sikit ni. Saya ke Food Mania Festival 2014. Huish! kemain banyak ya festival-festival hujang tahun ni. Sepatutnya saya ke KL Sale Fest kat PWTC tiba-tiba kawan ajak datang sini buat coverage sikit untuk event ini.

Food Mania Festival ini dibuat di Pacific Place Evolve, Ara Damansara. Sampai je kat sini wow! macam-macam makanan ada. Ada lebih kurang 80 Food Vendors dan Food Trucks mengambil bahagian. Lapar perut tengok macam-macam makanan sedap yang ada.

Ramen BurgerMasuk-masuk je dalam festival saya nampak ada satu kedai yang ramai orang beratur panjang. Kedai apa ni? Jual apa? Kenapa ramai sangat orang? Duk usha-usha disebalik orang ramai, saya ternampak macam burger. Apa yang special nya burger ini sampai ramai yang sanggup beratur panjang?

Memperkenalkan Ramen Burger Malaysia

Memperkenalkan Ramen Burger Malaysia

Tengok kain rentang food vendor tu tulis “Must Try, First in Malaysia RAMEN BURGER” Ohhhh.. Ramen Burger.. What?? Ramen? Ramen yang makanan faveret naruto dalam cerita naruto tu? Aihh macam mana ramen boleh jadi burger, patut la ramai orang nak mencuba. Tahniah! diucapkan kepada pengusaha makan tu kerana telah berjaya mencipta dan Rnd produk makanan baru. Semoga meletup dan terus maju. BTW tak sempat merasa, kita duk sibuk tangkap gambar dan rakam video tak di offer nya kita untuk merasa sikit ke apa ke. Kalau tak boleh lah tahu macam mana rasa sedap ke tak.

Aktiviti Santai

Satu perkara lagi, pertama kali tengok ni! event yang boleh bawa tikar, payung, speak mata hitam bentang kat tengah-tengah laman berkelah tanpa ada segan silu sesambil tengok persembahan pentas. Pergh! terbaik la..

Tahniah kepada pihak penganjur FOODGASM FEST dengan kerjasama dengan Evolve Concept Mall, Ara Damansara mencetuskan idea festival makanan di dalam bandar sambil berkelah.

Vendor Makanan dan Suasana Food Mania Festival

Chef Ramen Burger

Vendor Ramen Burger Malaysia

Satay Pak Abu

Satay Pak Abu

Hug Burger

Hug Burger

Air Soda Botol Kaca Beratur Orang Beli

Air Soda Botol Kaca Beratur Orang Beli

Sekeluarga Selfie, Sporting Habis!

Sekeluarga Selfie, Sporting Habis!

Meriah betul kan festival makanan hari itu, kalau ada lagi festival makanan pasti saya akan pergi lagi. Harap-harap ada festival makan durian. Favourite tu,  dapat musang king pon terbaik…

Jadi nya kena la follow facebook FOODGASM FEST untuk dapatkan update-update terbaru festival makanan akan datang. Mana tau tetiba diorang dapat cetusan idea makan durian atas boat pusing-pusing tasik Putrajaya. Hahaha…

(11)

5,321 total views, 1 views today

Seminar Lejen IM
Jeruk Mangga Asamboi Homemade

6 Comments on "Food Mania Festival 2014 – Bawa Keluarga Berkelah Dalam Bandar"

  1. Fist time dengar pasal ramen burger ni.. nampak unik.. menarik.. ada kelainan berbanding burger2 lain.. boleh cuba ni.. bro tahu tak berapa harga burger ni?
    anuar recently posted…Contest SEO : Jom Aktifkan MykadMy Profile

  2. nyesal tak pergi event ni. hahahaha 😛
    InaniHazwani recently posted…Untungnya Wahai Si IsteriMy Profile

  3. ramen burger cam awesome je tengok…

  4. wow.. bestnya! haritu ada terbaca juga pasal ni.. tapi terus lupa.. sebab tak ada mmber nak g sama..

    ramainya orang… tapi makanan dia semua nampak sedap >.<

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!