Fenomena Baju Melayu Aaron Aziz, Nabil Ahmad & Upin Ipin

Alhamdulillah dah 4 hari kita berpuasa. Macam mana dengan puasa korang semua? ada baik? Ke dah ada yang mula ponteng puasa? Ada tu yang kata aku dah kurus… Cait! entah bila masa aku gemuk pon tak tau.  hahaha

Aku perasan baru 4 hari puasa korang dah sibuk mencari baju raya ehh. Kuangjaq namanya tu, puasa pun belum habis lagi dah sibuk mencari baju raya. hihihi

Tapi elok lah juga korang cari baju raya awal-awal. Dekat KL ni tengah-tengah dan hujung-hujung bulan puasa ni kompom jem kaw-kaw. Aku pun tengah fikir nak beli baju raya ke tak eh tahun ni? ke nak pakai baju jubah beli tahun lepas yang pakai semata untuk iftar bersama blogger Denaihati lepas tu tak ada pakai dah. hahaha

Gempak raya jakel

Tengok baju Melayu Nabil Ahmad ni macam baik je.. Design sedap badan pakai, seluar senteng sikit atas buku lali memang senang pakai tak ada lah seret seluar keluar jejalan raya, nak ambik wuduk pun senang masa solat raya nanti. Jakel buat memang style untuk orang muda lah. Kata Nabil dia pakai pun selesa tak panas sejuk je badan tak berpeluh.

Baju Melayu Aaron Aziz

Baju Melayu Aaron Aziz ni dah jadi lejen kalau korang ingat lagi koleksi yang mula dikeluarkan pada tahun 2013 dan 2014. Masa tu gila-gila jadi fenomena ooh. Memandang kan  Baju Melayu Aaron Aziz dapat sambutan menggalakan maka pada tahun ini pun Jakel masih mengekalkan koleksi baju melayu Aaoran Aziz.

Pilihan warna pun boleh tahan juga cantik-cantik, ada warna hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint, merah cili dan beberapa lagi warna. Berebut-rebut para jejaka tampan beli baju melayu Nabil Ahmad & Aaron Aziz mana tak nya harga terus menjunam. Bukan RM300, bukan 250 harga lelong RM150 je termasuk sepasang baju melayu, samping dan butang baju Melayu. Harga lelong ini khas sempena promosi Gempak Raya Bersama Jakel 2015 yang dibuat pada 20 June yang lepas diadakan di Jakel Mall, Cap Square yang baru siap tu..

500 helai Baju Melayu dan Baju Kurung percuma buat 500 pelanggan terawal. Awal-awal pagi lagi ada yang dah menunggu untuk dapatkannya. Memang terbaik Jakel!

Baju Kurung Moden Che Ta

Tunggu-tunggu. Jangan risau untuk para wanita diluar sana yang nak bergaya sakan melaram masa raya nanti boleh dapatkan koleksi Baju Kurung Moden Che Ta yang terdapat 10 rekaan eksklusif, moden serta elegan yang dijual dengan harga bermula RM329 dan ke atas. Boleh pilih-pilih pelbagai warna bagi setiap rekaan. Bertuah kepada yang merebut peluang harga lelong sempena Gempak Raya Bersama Jakel 2015 dapat harga menjunam RM150.

baju raya upin ipin

Dah alang-alang beli baju mak ayah apa salah nya belikan sekali baju untuk anak-anak juga. Haiya! apa ingat dekat Jakel tak ada baju kanak-kanak ke? Ada.. Siapa cakap tak ada. Untuk tahun 2015 ini Jakel menampilkan Koleksi Raya Upin & Ipin by Jakel. Lebih daripada 30 warna dan corak baju dikeluarkan khas untuk koleksi Baju Melayu serta Baju Kurung kanak-kanak berumur 0 – 12 tahun. Umur kosong tahun baby baru lahir pun ada juga. Istimewanya baju Upin Ipin ini digayakan oleh Rykal Iskandar bersama Mia Sara. Baju Upin & Ipin ini dijual dengan harga RM70 lebih. Tapi untuk happy hour lelong dapat diskaun RM20.

Gempak Raya Jakel 2015

Untuk korang yang dah tak sabar-sabar nak beli Baju Melayu Aaron Aziz & Nabil Ahmad, Baju Kurung Moden Che Ta dan juga koleksi Upin Ipin  dengan harga Happy Hour sila ikuti roadshow seterusnya 27 June Sabtu minggu ini dekat Jakel Shah Alam. So, boleh lah jumpa sekali Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Upin Ipin, Raykal & Mia depan-depan.

Jangan lepaskan peluang Happy Hour Jakel!!

Ingat Kain Ingat Jakel…

Laman web jakel : www.jakel.my

——

kredit gambar Kaio

 

 

5,386 total views, 2 views today

Selfie Dengan Vivo X5 Plus
Imran Ajmain merakam lagu-lagu Hari Raya Klasik

3 Replies to “Fenomena Baju Melayu Aaron Aziz, Nabil Ahmad & Upin Ipin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge