Fatin Fadzil dalam segmen Hai Blogger! eWana fm

2-3  tahun yang lepas ada satu video yang aku terjumpa bertajuk  ” ada dara, lu kolot! ” so aku macam curious sangat, apa benda yang minah ini nak cakap.

ada dara lu kolot - Fatin Fadzil

Kau kalau ada dara, kau kolot!

Bila tengok tajuk video ini memang panas. Apa kebenda minah ini.  Tajuk dia kalau kau orang tak play video dia mesti rasa ada something wrong at this girl.  Aku tak nak buat spekulasi bukan-bukan jadinya  aku dengan gelojohnya play video minah ini. Lepas aku dah play dah dengar dia membebel baru la aku faham apa benda yang dia nak sampaikan..

Good job Fatin Fadzil, video u memang sangat lantang kena setepek pada mereka-mereka yang sangat bangga ” Tiada Dara

Aku pun tak faham la, ada juga jenih perempuan yang bangga tiada dara lagi.

Betul Fatin! Aku sebagai lelaki sangat la kisah bakal isteri aku ada dara ataupun tidak.

Aku pun tak ada nak ulas panjang memandangkan  video ini telah ditonton sebanyak 603.780 sejak Jun 2011 diupload di youtube, boleh tonton dan klik ada dara lu kolot.

Jeng.. jeng.. jeng 😀

Untuk minggu ketiga dalam segmen Hai Blogger! Aku jemput Fatin Fadzil jadi dj blogger.

 

Buat yang belum kenal Fatin Fadzil lagi, meh sini aku perkenalkan pada kau orang dulu. Fatin Fadzil adalah seorang vlogger, yang banyak keluarkan video-video cerita-cerita hot yang berlaku di sekeliling dan membebel-bebel di depan kamera nya. hahaha 😀

Vlogger ini pun dalam katagori blogger juga tau, jangan tak tahu pula.. That why la aku jemput Fatin Fadzil jadi dj blogger segmen ini. Kita meriah kan lagi industri blogging.

Oh ya! Satu lagi, Holo! ini trademark Fatin Fadzil untuk start her video 😀 Tentang Holo! ini Fatin Fadzil dah ceritakan dalam segmen Hai Blogger! masa on Air di eWana fm isnin lepas, kau orang ada dengar tak? hoho

Kalau tak sempat tak apa nanti boleh dengar siaran ulangan semula.

Aku pun tak sangka semudah ini untuk jemput dia join segmen dj blogger, rupanya dia tak sombong dan dia sangat suka jadi deejay. So kira rezeki dia diberi peluang oleh eWana fm  dalam segmen Hai Blogger!

And one more thing Fatin Fadzil ini kecik je orang, seriusly kecik betul tak tipu! haha.

Dan penutup untuk entri ini jom kita dengar kan promo Fatin Fadzil dalam segmen Hai Blogger! Minggu ke 3

Terima kasih kepada vlogger Fatin Fadzil sudi join memeriah segmen Hai  Blogger! Hanya di www.eWana.fm 🙂

Panjang umur kita jumpa lagi…

(2179)

7,938 total views, 1 views today

Hai Blogger! 9 Hadiah Giveaway yang Awesome!
Segmen Hai Blogger! di eWana.fm

Be the first to comment on "Fatin Fadzil dalam segmen Hai Blogger! eWana fm"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!