Encik Mimpi Tak Sabar Jumpa Peminat

Rindu-rindukanlah Diriku Sepanjang Hari-Harimu, masih ingat lagi lirik lagu ini? Lagu OST Playboy Itu Suami Aku yang menjadi kegilaan ramai menonton drama ini pada masa dulu. Tahu tak siapa penyanyi lagu ni? Penyanyi nya adalah lelaki disebalik topeng, En Mimpi. Mungkin ada yang dah tahu ataupun mungkin yang tak tau lagi dan tak ambik kesah. Amboi, korang masa melayan drama ni kemain lagi. Lepas habis drama fuih! hilang lesap lupa dah….

Encik Mimpi

Hari ini jumaat, Encik Mimpi mengadakan gathering bersama kelab peminat Dreemers yang dibuat di Pak John Steamboat & Yong Tao Foo cawangan eCurve Mall Mutiara Damansara Petaling Jaya. En Mimpi sebagai Presiden Kelab berkata, setiap tahun akan diadakan Gathering tahunan bersama kelab peminat. Tahun lepas Gathering Dreemers Kelab telah dibuat di Sani Hotel, Kuala Lumpur dengan meriah sekali.

Pas Masuk  Gathering

Annual Dinner En Mimpi

Tidak pasti tahun lepas bagaimana, tapi untuk tahun ini, untuk sertai gathering bersama Encik Mimpi terdapat pas masuk jualan tiket. Sekeping tiket dijual pada harga RM65 atau Exclusive tiket RM85. Pada yang ingin datang berkumpulan boleh dapat harga diskaun RM55 sekeping untuk 2 dan RM45 sekeping untuk 3 orang. 10 orang pembeli terawal dapat t-shirt “We Are DreEMers” berwarna kuning lengan panjang. Pas masuk ini adalah termasuk makan buffet steamboat Pak John sampai lebam sambil dihiburkan persembahan akustik daripada Encik Mimpi & Friend.

Sambil mengeratkan silahratuhim bersama peminat, terdapat juga aktiviti-aktiviti akan dijalankan seperti persembahan akustik Encik Mimpi (& friends), lucky draw, games dan yang paling best, boleh join Encik Mimpi bernyanyi sama-sama dalam video clip lagu baru Encik Mimpi iaitu “Definisi Persahabatan“!

Encik Mimpi dah pesan awal-awal pastikan korang sporting ok bila-bila masa je Encik Mimpi boleh tangkap nyanyi berduet katanya.. hahahaha

Special Invitation (En Mimpi DreEMers Fans Club Gathering)

Special invitation

Sebagai social media partner Pak John Steamboat & Yong Tao Foo – Hai Blogger! . 10 orang blogger akan turut bersama-sama lepak santai bersama Encik Mimpi. Tapi rasa nya ada dua lagi kekosongan. Kalau rasa nak join dan sempat datang ke eCurve Mall dalam pukul 2pm boleh whatsapp saya 018-2410405 atau korang tengok jela update daripada kami.. Apa-apa pun Encik Mimpi dah tak sabar nak jumpa peminat, itu yang saya perasan yang ditulis di dalam group DreEMers Fans Club. Saya pun dah tak sabar nak jumpa Encik Mimpi, kalau boleh nak cabut topeng tengok muka disebalik topeng yang disorok selama ini. Ok gurau! haha tak pasal-pasal nanti saya pula yang kena..

(0)

4,974 total views, 0 views today

Encik Mimpi Diserbu Peminat di Pak John Steamboat
Red Mummy Baby Shower Event di Orange Berries Cafe

One Reply to “Encik Mimpi Tak Sabar Jumpa Peminat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge