Encik Mimpi Diserbu Peminat di Pak John Steamboat

IMG_6784

Encik Mimpi diserbu seramai 80 orang peminat di Petaling Jaya. Tidak diketahui apa punca Encik Mimpi diserbu oleh peminat seramai tu. Masing-masing berebut-rebut ingin mengambil gambar dan dapatkan tanda tangan Encik Mimpi. Ada juga peminat yang teruja dapat berjumpa secara berdepan dengan artis kegemaran mereka. Siasatan mendapati rupanya Encik Mimpi adakan Gathering bersama DreEMers Fans Club yang diadakan di Pak John Steamboat  Yong Tao Foo eCurve Mall pada jumaat minggu lepas 12.12.2014, cantik sangat pilih tarikh.

Fero
Fero

Gathering ini untuk merapatkan ukhuwah bersama peminat dan bertemu kawan baru. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mimpi sendiri agar majlis yang dirancang dapat berjalan lancar. Event dimeriahkan lagi dengan persembahan nyayian Encik Mimpi sendiri dan tetamu undangan Azhar Mustapa dan Fero secara akustik. Antara nyayian yang dinyayikan oleh Encik Mimpi, Repvblik Selimut Tetangga, Rindukanlah dan Definasi Persahabatan. Yang terawal membeli tiket pas masuk dapat sehelai baju We Are DreEMers secara percuma.

Azhar Mustapa
Persembahan Bertenaga Azhar Mustapa
Encik Mimpi bergambar dengan peminat
Encik Mimpi bergambar dengan peminat

Sambil semua peminat dihiburkan juga boleh menikmati hidangan steamboat Pak John tanpa had. Apa saya lihat, Encik Mimpi seorang yang peramah, mudah didekati dan tidak sombong. Tidak hairan la peminat suka Encik Mimpi dan salah satu quote Encik Mimpi,

Girlfriend Encik Mimpi adalah Peminat nya sendiri!.

Wow! berapa ramai pula peminat Encik Mimpi? Ramai oooh girlfriend Encik Mimpi eh…

Encik Mimpi jerit DreEMers! Ramai-ramai jawab “MACHO”. Hahaha part ni memang kelakar dan kreatif.

Lucky Draw

Lucky draw pun ada juga tau. Tahniah kepada yang bertuah tu dapat macam-macam hadiah daripada Encik Mimpi.. Tahniah juga orang jauh datang dari Kuantan Ina Ainaa terpilih cabutan lucky draw. Dapat apa eh? Dapat shawl dengan button badge Encik Mimpi. Tak sia-sia kan Ina datang jauh-jauh boleh bawa balik hadiah kenangan katanya.

Lucky Draw EM

Lucky Draw EM 2

Luck Draw Ina Ainaa

DreEMers Encik Mimpi Fans Club Best!

EMGath2014

Jutaan tahniah kepada Encik Mimpi dan team event yang dibuat sememang nya meriah dan terbaik, terima kasih juga kerana memilih Pak John Steamboat & Yong Tao Foo sebagai lokasi gathering fans club Encik Mimpi. Jangan risau Restoran Pak John Steamboat boleh memuatkan seramai 250++ orang boleh muat lagi lebih 80 orang tu.

Hai Blogger! - Encik Mimpi
Thanks Bro, Gambar ni awesome!.. Kredit to feeqsays.com

Terima kasih sekali lagi, mengalu-alukan team Hai Blogger! datang memeriahkan event, jika ada lagi event Encik Mimpi yang lain boleh la jemput-jemput kami sekali ya…

5,556 total views, 1 views today

Booking Event Anda di Pak John Steamboat, PJ
Encik Mimpi Tak Sabar Jumpa Peminat

6 Replies to “Encik Mimpi Diserbu Peminat di Pak John Steamboat”

  1. Thanks HB..event ni mmg meriah Encik Mimpi pun mmg seorang yg sporting,humble,kelakar kan..kan…gamba saya ada yg pkai tudung kuning baju pun hitam kuning belang2..heheh kbaii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge