Eh-Eh Bazar Sookatidozzz…

Jauh aku berjalan hari ini, ke Serdang kita. So apa aktiviti aku hari ini? Ni hah! ke  Eh-Eh Megabazar 2014. Sedikit info mengenai Eh-eh Megabazar, eh-eh bazar merupakan yang pertama mula diadakan untuk mengumpul peniaga-peniaga atas talian bertempat di MAEPS Serdang. Pelbagai jenis barangan seperti produk kecantikkan, kesihatan, kuih raya dan lain-lain produk dijual. Artis juga turut serta seperti Adi Putra, Yatt Hamzah, Afdlin Shauki, Catrionna dan ramai lagi.

Cara Nak Pergi Eh-eh Megabazar MAEPS  Serdang

Kenderaan Awam

Kau orang boleh menggunakan KTM turun di Serdang, kemudian nanti ada Bas Shuttle Nadi Putra tunggu. Tambang RM2 je sehala. Bas shuttle ini akan bawa kau orang terus ke MAEPS Serdang, jangan risau!

KTM serdang

KTM serdang

Kalau kau orang naik kereta sendiri, tak dapek do den nak nolong! Den pun ulang alik guno kenderaan awam yo.. hahaha

Jap-jap apa kena mengena tajuk Eh-Eh Bazar Sookatidozzz, siapa pula yang suka tidur ini? Hahaha tak ada lah, sookatidozzz ini yang menarik perhatian aku di dalam megabazar tu. Betul la orang kata, yang suka tidur pun boleh buat duit tau.. Sookatidozzz ini satu jenama yang menjual  dan menerima tempahan Tilam (Single dan Double Size), Tilam Baby, Bantal Peluk, Sarung Bantal, Sarung Bantal Peluk dan Selimut.

Cepat, apa tunggu lagi??!! Mari berkunjung ke Booth LK42 Sookatidozzz di EhEhBazaar!!! 😀

Kesemua item sangat berkualiti pada harga yang Super Awesome!!! Harga bermula dari RM11 sahaja!!! 😀

Cepat! pelbagai tawaran menarik menanti anda! 😀

Sookatidozzz

Tilam

Kalau kau orang mencari makanan sunnah boleh cuba produk Qaseh Gold, yang juga boleh didapati booth yang sama Sookatidozzz.

Makanan Sunnah

Makanan Sunnah

EhEhMegabazar ini berlangsung selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. So jika Ahad ini berkesempatan ke sana jangan lupa singgah booth Sookatidozz..

(1184)

8,357 total views, 1 views today

Pelancaran Album Baru Opick " Sahabat Sejati"
4 Hari yang memenatkan!

Be the first to comment on "Eh-Eh Bazar Sookatidozzz…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!