Dua Kumpulan Busker Bukit Bintang

Maksud Busker

Ok! Untuk mukadimah kita kali ini aku nak kongsi apa maksud Busker. Busker ini bermaksud seniman jalan yang dimana mereka membuat persembahan di tepi jalan raya seperti menyanyi, melawak dan kebolehan luar biasa. Tapi di Malaysia busker terkenal dengan nyanyian. Perkataan asal busker berasal daripada bahasa Portugis. Atau dengan lebih jelas busker ini :

Orang yang melakukan kegiatan menghibur di khalayak orang ramai demi sejumlah wang dengan aktiviti menyanyi, menari, atau pelbagai aksi lain.

2 kumpulan busker yang aku terjumpa di Bukit Bintang..

Rock Legends Busker

Busker Bukit Bintang

Kalau korang peminat musik rock kapak boleh cari busker ini di Bukit Bintang. Mereka perform dengan penuh bertenaga. Dah puas layan tu tak kan tak faham-faham hulur-hulur ler sikit.. Minta maaf la, aku memang tak boleh layan lama-lama sangat muzik-muzik bingit ini. So aku teruskan perjalanan di Bukit Bintang dan terjumpa…..

Genji Busker

Genji Busker

Genji Busker? Siapa tak kenal? Sekumpulan remaja yang berbakat (tak sure masih remaja ke tak haha). Genji Busker yang mula viral di facebook , persembahan mereka menyanyikan lagu Akulah Kekasihmu dari kumpulan AXL. Lagu tu rupanya diminati seorang Mat Saleh dan turut bernyanyi bersama. Genji dahulu nya selalu buat persembahan di Sogo.. Tapi sekarang ini dengar khabar perform di Bukit Bintang aje… Semoga kedua-dua Busker ini terus berjaya dalam berkarya cara sendiri. Ini lebih baik daripada buat perkara tak berfaedah..

9,350 total views, 2 views today

Incoming search terms:

  • genji busker
BestFM Radio - Confirm Best Punya...
WW3: Minuman Bergas Buat Perut Panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge