Dinner Bersama Rayyan Haries Si Traveler Comel di CORONA DEL MAR

Corona Del Mar

Ini pertama kali aku berjumpa dengan Rayyan Harries Si Travel Comel. Selalu tengok dia travel sana sini dalam blog. Minggu lepas berpeluang dapat dinner dengan Rayyan sebelum dia nak travel ke Indonesia. Kira bertuah aku dengan Kaio dapat jumpa sekejap sebab si Rayyan ini jarang-jarang ada kat Malaysia..

Ini juga pengalaman pertama kali aku, lifestyle baru aku belajar bila bersama Rayyan. Bahasa Inggeris Rayyan memang lancar, aku memang terdiam dibuat nya. Kaio tak apa la dia Travel Guide mesti tau cakap omputeh. Dua orang tu la bersembang-sembang, aku dengar jela!

Oh! Rayyan ada datang dengan 2 orang kawan dia nama Qistina dan Aemi. Hi! Nice to meet you.. (konon, cakap omputeh, haha). Aku sebenarnya dah gemuruh dah! Dengan pakaian aku yang tak seberapa. Tempat yang kita orang nak dinner ini high class kot, Restaurant Corono Del Mar yang terletak dekat The Strand Kota Damansara.

So dinner kami pada malam itu adalah berkonsep Mediterranean Food, ala-ala Itali, Greek, Spain dan Turki gitu lah. Serius! semua makanan yang dihidangkan oleh Restaurant Corono Del Mar  semua masuk tekak aku. Al maklum la, tekak i kan tekak orang Melayu. hihi…

Pada masa sama aku belajar cara-cara makan yang betul. Mula dengan makan-makan ringgan dan berperingkat ke makanan berat dan yang terakhir dengan pencuci mulut.

Corona Del Mar Restaurant

Amacam terliur tak tengok gambar?? Itu baru tengok gambar try makan tengok.. huhu

Jangan tanya aku apa nama menu-menu, sebab aku tak reti nak menyebut dan ini bukan makanan kebiasaan alami aku. So kalau nak tau menu-menu better tengok blog Rayyan sebab makan ini semua Rayyan yang order.. Hahaha

Terima kasih diucapkan kepada Rayyan yang sudi mengajak kitaorang dinner bersama dan untuk Alex pemilik Restaurant Corona Del Mar thank you very much for serve marveles Food!

Dan kepada Rayyan, take care yourself at Indonesia, dengar cerita lepas ini nak pergi India pulak?? Ada betoi ka Macha?? hahaha

Update : Restoran ini tiada halal Jakim dan ada menjual minimum keras. Umat Islam dinasihatkan berhati-hati dalam memilih makanan.

 

(191)

7,410 total views, 1 views today

Projek Pencarian Nasi Lemak Sedap dan Lazat di Kuala Lumpur dan Selangor
Lekor Chips Ranggup dan Lazat

4 Comments on "Dinner Bersama Rayyan Haries Si Traveler Comel di CORONA DEL MAR"

  1. fuhh..nampak macam sedap aje tuh..
    titan recently posted…Download Contoh Soalan Exam Online PTD 2014My Profile

  2. sangat stress tengok gambar makanan tuu.. ni yang nak balik Malaysia nii.. haiish… hehe
    Nadot recently posted…Contest dari Edinburgh – Blogger yang DikagumiMy Profile

  3. pergh! ada mamat tu touching sbb tak backlink ke website dia! puih! dah update dah weyh! makan malam ni takde ikut protokol pun. konsep restoran mmg fine dining. tp kita makan sepah2. hahahaa! best2 makanan dia.
    Anwar Abdullah @ Kaio recently posted…Makan Malam Menu Mediterranean di Corona Del Mar DamansaraMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!