Datang Jauh Ke Melaka Semata Nak Makan Kek dan Roti

Hai Melaka! i comeback, selepas last hari tu review restoran steamboat dan hotel. hahaha.. Aihhh! Kesian mu Melaka ada hal baru nak nampak batang hidung.  Ampun… Ampun.. Ini pun pergi Melaka sebab ada pelancaran Anchor Say Cheese Campaign. Kemain jauh lagi outstation event. Dah la sesat jalan nak tempat event tu. Pusing punya pusing baru la jumpa.

Brand Anchor siapa tak kenal, brand ini terkenal dengan butter cake yang sedap. Nak buat kek kena la guna pure butter. Brand Anchor ini pure butter yang  selalu orang guna untuk baking kek. Cerita nya sekarang ini dah masuk fasa kedua tengah mempromosikan Anchor Say Cheese Campaign selepas fasa pertama telah dapat sambutan yang menggalakan daripada peminat brand Anchor ini sendiri.

Cheese cake, kek

Untuk kempen kedua ini korang akan dapat rasa dessert-dessert yang menggunakan brand Anchor , so untuk dapatkan desert-desert yang istimewa  ini tak banyak tempat ada cuma beberapa kedai bakery termasuklah Yeast Pastry House Melaka yang haritu kitaorang datang makan kek dan roti semata. hehehe

Korang jangan tahu makan je, tau tak brand Anchor ini daripada company mana? Butter dan Cheese Anchor yang jadi faveret setiap kali korang baking tu adalah daripada Fonterra Foodservices Malaysia. Disebabkan korang jenis die hard fans konon nya, hehehe. Khas untuk peminat Anchor cepat dapatkan limited edition dessert yang dihasilkan khas oleh chef-chef Fonterra dengan menggunakan bahan-bahan yang sangat berkualiti daripada brand Anchor seperti butter, cream cheese, susu dan krim.

Mungkin korang pernah beli butter dekat pasaran dan rasa macam tertipu je sebab bukan sepenuhnya butter yang sebenar betul tak? Untuk pengetahuan semua, brand Anchor ini salah salah satu syarikat terbesar dari New Zealand, dan global leader dalam industry nutrisi tenusu ni. Butter dia 100% pure butter dan bukan jenis campuran minyak sawit dan tenusu. Memang jauh beza sedapnya rasanya daripada yang lain. huhuh

Dah 40 tahun ulangtahun Fontera di Malaysia, rupa-rupanya bukan setakat brand Anchor je ada yang lain Anmum, Anlene dan Fernleaf pun dihasil kan oleh Fontera.

Connecting with Loved Ones

Tema seleksi dessert European.

Antara Kek dan Roti yang menggunakan butter dan cheese Anchor.

Almond Rosa

Moist Chocolate Welnut Brownies

 

Lady Marmalade Anchor
+ Roti manis dengan cream cheese perisa oren
+ Toppingnya ialah kepingan buah oren!
+ Masam manis buah oren tu sangat sedap bila mixed dengan cream cheese.

Lady Marmalade Anchor Butter Bread

First Love Bread
+ Roti manis dengan brown sugar cream cheese di atas roti.
+ Sprinkle tambahan brown sugar diatasnya
+ Jatuh cinta dengan kelembutan roti First Love ni.

First Love Anchor Bread

Satu benda je, saya ini tak berapa gemar sangat nak makan butter dengan cheese ni. Rasa macam mengarut je datang jauh-jauh dari KL pergi Melaka semata-mata nak makan benda macam ni. Tapi lepas sampai dekat Yeast Pastry House ini tengok banyak gila kek dan roti-roti. Kek dan roti-roti diantaranya menggunakan butter dan cheese brand Anchor. Tak sangka pula kek dan roti ni sedap-sedap dan lembut pula. Terus rasa hilang tension dapat makan kek Almond Rosa, Cheeznie Moist Chocolate Welnut, First Love Bread, Lady Marmalade Bread. Fuh! memang terbaik la.

Tapi sayang  semua roti dan kek eksklusif dari Anchor boleh didapati di kedai kek dan roti terpilih di tempat-tempat terpilih je seperti di RT Pastry (Klang Valley), Bread History (Penang), The Baker’s Hut (Seri Manjung), Born & Bread (Ipoh), Patisfrance dan Yeast Pastry House (Melaka), Veluxe Cake House (Skudai), Fung Seng Cake House (Muar), Port View Euro Bakery (Kota Kinabalu), Taka Cake House (Kuching), dan Hot Cross Buns (Miri).

Harga adalah berbeza mengikut jenis roti dan kek. Tapi, murah je! Serendah harga RM3.50 pun boleh dapat dah roti First Love yang gebu tu! Fuh, roti murah dan sedap.

966 total views, 1 views today

Incoming search terms:

  • senarai kedai kek di melaka
Rumah Impian Ada Di Pulau Pinang
Majlis Blogger Raya Sambutan Tahun Ketiga

3 Replies to “Datang Jauh Ke Melaka Semata Nak Makan Kek dan Roti”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge