Cipela Shoes Christmas Sale Isetan KLCC

HIDY

Cipela Shoes adalah merupakan buatan anak tempatan Malaysia. Menarik nya, setiap kasut Cipela dihasilkan dengan buatan tangan. Baru-baru ini saya dijemput datang ke butik HiDy COLLECTION yang terletak di Wangsa Melawati. Cik Hidayah Hassan pemilik butik HiDy COLLECTION, adalah pengemar membeli kasut luar dan dalam negara. Daripada minat itu, Cik Hidayah mendapat inspirasi untuk menghasil kasut di bawah jenama sendiri iaitu Cipela Shoes.

Cipela Blue Plain

kasual, bersantai dan kasut kanvas

Salah satu koleksi kasut Cipela Shoes adalah Cipela Espadrilles untuk kasual, bersantai dan kasut kanvas. Cipela Espadrilles sangat sesuai untuk Wanita ataupun Lelaki. Saya juga ada satu Cipela Espadrilles warna biru plain! Sebenarnya ada banyak lagi corak-corak lain yang mungkin menarik minat anda, tapi saya lebih suka yang plain kosong daripada yang bercorak. Lebih banyak corak tengok di Zalora Malaysia

Cipela Espadrilles 2 Cipela Espadrilles

Sempena cuti hujung tahun ini, kaki shopping mesti suka ada sale diskaun banyak. Cipela shoes juga tidak lepaskan peluang untuk buat sale diskaun dekat  Isetan, KLCC untuk Promosi Krismas. Pada hujung minggu ini 3 hari istimewa 5th, 6th, 7th Dec jika anda ahli Isetan nikmati diskaun 30% untuk kasut koleksi dan design baru. Untuk bukan ahli Isetan jangan bimbang, anda juga dapat diskaun 20% setiap pembelian cipela shoes.

 

CIPELA-ISETAN 3 DAYS 2

Bukan itu sahaja, promosi krimas Cipela Shoes di Isetan KLCC diteruskan dari 12 Disember – 25 DISEMBER dalam tempoh itu, koleksi musim lalu boleh didapati di Isetan, KLCC sehingga 50% diskaun. Wow! dapat beli dengan separuh harga siapa tak nak kan. Kalau berminat boleh dah start usha-usha kat Isetan KLCC tu..

Sempat bergurau dengan Cik Hidayah Hasan katanya :

” Lelaki kalau beli kasut dia akan beli sepasang untuk jangka masa panjang, lain dengan orang perempuan kalau boleh setiap bulan nak bertukar-tukar kasut”

01

Perempuan memang dah sangat sinonim dengan kasut tumit tinggi, flats, wedges dan elegant. Semua ini anda boleh dapati di Cipela Shoes, sila bawa teman wanita, isteri, ibu anda ke Hidy Collection butik hadiahkan mereka sepasang kasut kesukaan dia. Tentu rambang mata dibuatnya. Di bawa saya sertakan alamat penuh ke Hidy Collection :

No.46, Lorong Dataran Wangsa, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati, 53300 KL
Berdekatan dengan KWSP dan Manjaku
Cipela Shoes juga menerima tempahan khas untuk bakal pengantin dan kasut eksklusif. Untuk pertanyaan boleh email kan ke info@cipelacouture.com atau follow mereka di instagram @cipelacoutre.

(13)

5,958 total views, 1 views today

Print T-Shirt Murah di Shah Alam dan Melaka
Zain Saidin Model Oh My Hot Perfumes

4 Comments on "Cipela Shoes Christmas Sale Isetan KLCC"

  1. Xpuas lg pilih aritu.. hihi

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!