Setelah sekian lama mendengar nama MaGIC Cyberjaya selepas lebih kurang 4 tahun ditubuhkan, baru aku ada masa nak pergi jenguk-jenguk itu pun aku ada meeting di sana. Client aku ajak meeting di Cyberjaya. Kedai makan sedap di Cyberjaya apa ye sesuai untuk meeting lepas tu boleh sekali dengan lunch. Client aku cakap datang Chillx Cafe jela. Makanan dekat sana sedap-sedap, tempat selesa, boleh meeting santai-santai, Kebetulan masa tu makan tengah hari, apa lagi aku dan wife perut pun tengah lapar, kita orang makan dulu.
Suasana dalam Chillx Cafe, MaGIC Cyberjaya
Tengok la besar kan chillx cafe ni, tenang je nak buat meeting dan makan dekat sini, ada aircond sejuk je. Sebelah sana tu tempat makanan nasi campur. Konsep dekat sini layan diri, so tak ada la kena caj service charges dan ada macam-macam lauk pauk masakan Melayu ada tau. Chef yang masak ini chef otai dah lebih 5 tahun bergelumang dengan dunia masakan ni.
Wife tengah tunggu sementara aku tengah meeting dengan client
Ini satu-satu nya cafe yang ada dalam bangunan MaGIC. Dekat sini korang boleh makan nasi campur dengan lauk panas-panas atau boleh pesan menu goreng-goreng. Aku dengan wife makan special sikit haritu, kita orang dijamu dengan menu sedap-sedap.
Kedai Makan Sedap di Cyberjaya
Sedap lauk-pauk di Chillx Cafe
Ini antara menu-menu special yang korang boleh order dekat Chillx Cafe.
Roasted Chicken
Kurma Ayam
Daging Masak Hitam
Chicken Butter
Ayam Masak Rose
Nasi Hujan Panas
Nasi Beriani
Alamat dan Tempahan.
Dekat bawah aku sediakan sekali alamat dan nombor telefon untuk korang hubungi. Sebab Chillx Cafe ni pun ada ambil tempahan untuk katering. Semua jenis katering boleh tempah termasuk sekali katering kahwin. Harga berpatutan dan puas hati dengan masakan dia orang.
Chillx Cafe
MAGIC, Block 3730, Persiaran Apec,
63000 Cyberjaya.
Contact number : 012-2031994 (Daniel Ammirruddin)
(2966)
10,323 total views, 7 views today
Be the first to comment on "Chillx Cafe Makan Sedap Di Cyberjaya"