Bermalam di Petaling Street

Setiap kali dapat travel trip yang jauh, benda yang aku paling risau adalah bila kena bertolak awal. Awal! Pagi-pagi buta bertolak. Hahaha. Pasal nak packing barang kompom last-last minit baru buat. Itu biasa! hehe. Biasanya aku akan berjaga tak tidur supaya tak terlajak dibuai mimpi.

Haritu dapat jemputan untuk join Damai Laut Food and Fun Hunt 2017. Puas aku mikir, macam mana nak buat ni. Pukul 7 pagi dah nak kena ada dekat Swiss Garden KL. Tepat jam 8.00 pagi flag off semua kereta dilepaskan untuk mula kan food hunt. Aku satu team dengan Abang Fadli, Momi dan Afzal under MYTRAVELLICIOUS.  Aku tanya Abang Fadli, jap untuk pengetahuan korang nama Abang Fadhil memang nama betul dia Abang tau. Bukan sesuka kita orang panggil Abang. haha. Nama Abang ini orang Sarawak Melayu diwarisi daripada sebelah ayah.

Wei macam macam mana ini, pagi-pagi nak kena ada dekat Swiss Garden, takut terbabas tidur je. Diaorang tak ada sediakan bilik ke untuk kita? hehehe – tanya aku.

Jawab Abang,

Ada! tapi hotel lain. Dekat Petaling Street dan Swiss Garden. – jawab Abang.

Aku tanya lagi,

Hotel apa dekat Petaling Street,  Abang?

The 5 Elements Hotel KL. – jawab Abang

Tak kisah la Abang, hotel memana pun janji esoknya kita tak terbabas, kalau terbabas tidur pun tempat dah dekat. Risau pagi-pagi jem je kalau memasing baru keluar rumah. Faham-faham jela KL ni macam mana, hari jumaat pula tu. Jumaat budak sekolah lagi, buat Sabtu, iye jalan dekat KL agak lenggang sikit belah pagi.

the-5-elements-hotel-kl

Cerita dia dapat la 2 bilik Family Room maka bersumbat la kami berlima. Eh! Siapa lagi seorang tadi kata berempat, tiba-tiba jadi 5, siapa lagi seorang? AJ! korang kenal AJ tak? Tak kenal sudah! hahaha. AJ pun sekali bermalam senang esok nak pergi Swiss Garden dah dekat. Satu bilik Abang dengan AJ, satu bilik lagi Aku, Momi dengan Afzal.  Two single beds kitaorang rapatkan kasi besar sikit. At the end! aku tidur bawah je. Hahahaha.

the-5-elements hotel-3-star
View Level 14 – The 5 Elements Hotel KL

Tarikan Berdekatan The 5 Elements Hotel, KL

First! Siapa yang ada outstation dekat KL, aku memang rekemen kan stay dekat hotel ni. Senang, semua dah dekat, LRT, kedai makan, 7 Elevens semua dekat. Yang datang nak melancong lagi la aku rekemen kan sangat-sangat stay The 5 Elements Hotel ni. Banyak gila tempat tarikan pelancangon ada, semua dekat-dekat je dengan hotel ni. Sekitar-sekitar tu boleh jalan kaki ke Petaling Street, Central Market dan Malaysia Heritage Walk. Nak pergi jauh sikit boleh ambil LRT ke KLCC, Bukit Bintang, Pavillion, LOT 10 dan banyak lagi tempat menarik yang boleh akses dengan naik LRT, lagi-lagi sekarang dah ada MRT.

Cari 3 Stars Hotel In Chinatown, Petaling Street?

The 5 Elements Hotel KL  rekemendasi daripada Halim Brothers Dot Com!

Bilik besar, katil selesa, LCD Television,  Shower, Hair Dryer, Iron, Wifi, Complimentary Bath Towels & Toiletries semua serba lengkap disediakan.

Enjoy!

 

 

1,061 total views, no views today

Melancong Dalam Negara Dapatkan Pakej Diskaun

mita tourism fair 2016

Jangan kata nak ke luar negara, di dalam negara yang tercinta ini pun tak habis terokai lagi. Dalam 14 buah negeri dalam Malaysia ini sudah berapa banyak tempat telah dilawati? Mungkin akan ada cakap 2-3 buah negeri sahaja yang pernah pergi.

Tetapi sebenar masih ramai yang tak tahu terdapat tempat-tempat yang popular di dalam negara dan masih banyak terdapat produk-produk pelancongan yang belum diterokai atau dikenali. Disini saya nak bagi pujian kepada MITA Tourism Fair atas usaha inisiatif mengumpul serta mengajurkan acara Himpunan Pengiat Industri Pelancongan di Malaysia.

godomestic, dekatje

Kempen Hashtag #GoDomestic #DekatJe diperkenal kan bagi menggalakan pelancongan domestik serta  MITA Tourism Fair mensasarkan produk-produk berpontensi berasaskan pelancongan  di Malaysia untuk di promosikan. Masyarakat akan mula celik dengan segmen-segmen dalam industri seperti Sport Tourism, Medical Tourism, Food Tourism, Eco dan Agro Tourism.

Menariknya, tahun 2016 Kedah menjadi Destinasi Pilihan MITA Tourism Fair sempena Tahun Melawat Kedah atau pun dikenali sebagai Discover Kedah 2016. Negeri Kedah terkenal dengan jelapang padi, banyak tawaran pakej istimewa untuk mengembara di Kedah, oleh itu MITA ingin mengajak pengunjung yang hadir nanti dapatkan pakej yang ditawarkan.

mita tourism fair 2016 klcc

Sebanyak 150 gerai pameran daripada 100 pengusaha pelancongan akan memasarkan berbagai bagai produk pelancongan yang menarik tak boleh dilepaskan. Oleh itu saya nak jemput pembaca-pembaca blog Halim Brothers untuk datang sendiri pada 29 januari  sehingga 31 januari ke pameran MITA Tourism Fair 2016 yang akan diadakan di KLCC.

han rainforest resort

MITA Tourism Fair 2016 menjanjikan suatu tawaran percutian yang menarik kepada pengunjung. Hampir 50% diskaun pakej pelancongan domestik ditawarkan yang tak boleh dilepaskan.

Laman web rasmi MITA Tourism Fair
Facebook : MALAYSIAN INBOUND TOURISM ASSOCIATION (MITA)

2,569 total views, no views today

Sambut Tahun Baru 2016 di Menara KL Untuk Tengok Pemandangan Bunga Api

tahun 2016

Selamat tinggal 2015, tahun 2015 dah melabuhkan tirai. Selamat datang 2016! Umur semakin meningkat selepas habis kiraan 365 hari. Berapakah umur korang tahu ini? Macam-macam perkara dah berlaku suka dan duka. Banyak pengalaman yang dapat dikutip tahun lepas. Memang agak sibuk sikit dengan macam-macam benda nak buat. Untuk makluman semua saya ada buat pelancaran web konten baru haivity, jemput baca ya dan share bagi viral.

keep positive

Tahun lepas dalam diam tak diam dah sebanyak 20 blogger event  telah berjaya dibuat. Saya begitu menghargai dan terharu kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan blogger yang terlibat menjayakan. Untuk 2016 tahun ini saya sentiasa memikir apa aktiviti yang boleh kita lakukan bersama bagi memeriahkan industri blogger di dalam Malaysia. Merapatkan ukhwah dan buang jauh-jauh industri ini dijadikan medan politik, berpuak-puak tidak sihat, saling hasut menghasut, adu domba dan lain-lain perkara yang memboleh mengeruhkan keadaan. Sebab pusing-pusing akan jumpa orang yang sama. Sebolehnya biar lah masing-masing bebas berterbangan tanpa perlu diikat. Berkawan biar lah sampai beribu orang tak perlu menghalang untuk orang lain mahu berkawan dengan siapa pun yang dia suka.

Cukup sedikit mukadimah tahun baru,  saya nak ceritakan bertapa bertuah nya tahun baru saya kali ini saya dapat sambut dengan ketinggian 421 meter bangunan ketujuh tertinggi di dunia, tak lain tak bukan Menara Kuala Lumpur yang terletak di kemuncak Bukit Nanas. Bila tahun baru mesti ada bunga-bunga api kan? So kita orang dari atas Open Deck Menara KL ini dapat tengok bunga api dari serata tempat berdekatan Kuala Lumpur. Memang layan beb feelling je dengan angin bertiup dan meriah.

Btw enjoy the moment bagi korang tengok sendiri la hehehe. Mana lah tahu tahun depan korang nak sambut tahun baru dekat Menara KL ke. Oh! lupa nak bagitau saya bukan menyambut tahun baru seorang di Menara KL so ada lagi blogger lain Iday, Islam dengan Feeq.

menara kl new year

faiz dickie new year menara kl
Faiz Dickie pun ada!
kl tower new year
Fuh! Amazing…

Kita orang dapat pakej New Year’s Eve 2016 Countdown bernilai RM268 – Coktail Buffet, Ballon Release Wishes, New Year Toast, Acoustic Music memang best gila. Untuk tahun depan korang plan awal-awal sambutan tahun baru dekat Menara KL ok! Sebab Menara KL selalu open early bird dengan harga murah.

Last but not least bergambar dengan orang kuat Menara KL yang sudi jemput geng Hai Blogger!. Thank you very much kepada Puan Eliey Sahad, sambutan tahun baru tahun depan jangan lupa jemputa kita orang lagi tau! huhuhuhu..

view kl tower
Bersama orang kuat Menara KL dan Rakan Media

gambar oleh Firdaus Hasmuni

11,171 total views, no views today

KL Sentral 2015

kl sentral

Ramai betul orang dalam stesen KL Sentral.
Tahu kah anda stesen KL Sentral merupakan pusat datang daripada pelbagai arah dalam negara dan luar negara. Mula dibuka 15 april 2001 yakni 14 tahun dahulu, penambahan kepada  stesen Kuala Lumpur. Sebenarnya tempat ini dulu  diberi nama stesen Sentral dan merupakan stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara.

Pengangkutan yang terdapat disini KTM, LRT, ETS, ERL & Monorel yang pergi dan bawa penumpang ke pelbagai tempat.

Destinasi Paling popular.
KTM – Batu Caves (Batu Caves – Pelabuhan Klang, Rawang – Seremban, Rawang – Tanjung Malim)
LRT – KLCC (Aliran Kelana Jaya)
ETS – Ipoh (Antarabandar)
ERL – KLIA (KL Sentral – KLIA2)
Monorel – Time Square & Bukit Bintang. (Titiwangsa – KL Sentral)

gsc nu sentral

Tahun 2014 sebuah pusat membeli belah NU Sentral telah dibina betul-betul sebelah KL Sentral tapi digabungkan jadi satu bangunan. Itu yang jadi semakin ramai orang.  Tapi best lah ada wayang, tempat makan banyak nak lepak-lepak sini boleh lah.

Pengalaman seorang rakan blogger Uncle Zuan kena halau keluar dari dalam KL Sentral sebab dah pukul 12 tengah malam dan semua perkhidmatan ditamatkan. Kadang-kadang risau juga la kalau terlewat balik naik tren KTM.  Kena standby duit sekurang-kurang boleh balik naik teksi. Perkara ini dah terjadi pada saya. Kena pukul midnight kena caj double, Hu… sedih.

1,698 total views, no views today