Komen Blogger dalam Majalah

 

Sementara tengah panas-panas lagi ni ah.. Dapat masuk komen bergambar secoet dalam majalah Mingguan Wanita. Cerita nya macam ni, bulan lepas akak wartawan Mingguan Wanita minta komen blogger untuk artikel yang akan diterbitkan. Bukan aku seorang je, ada 2 orang lagi blogger bagi komen Ayue Idris dengan Hanna Sytieh.

komen blogger dalam majalah

Soalan yang dibagi macam ini :

Blogging dah jadi trend anak muda masa kini. Bagaimana anda melihat perkembangan ini?

Aku dengan jawapan bernas nya beri komen. Bla… bla.. bla…

Hari saban hari, aku pun dah lupa pasal ni. Nak tanya akak wartawan tu komen kitaorang keluar isu berapa, asyik lupa. Tup-tup Ayue upload gambar kat facebook. Gelak-gelak bila tengok gambar masuk Mingguan Wanita, pun boleh. Mana lah tahu lepas ni boleh masuk Mingguan Lelaki ke? eh! hahaha

Artikel yang ditulis berkenaan Blogging Antara Minat dan Duit. Menarik juga artikel yang dibincangkan bersama Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, Falkulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Syed Agil Alsagoff.

Komen Blogger dalam Majalah
Komen yang aku berikan

Komen kitaorang ni masuk Mingguan Wanita isu 1634. Kalau korang berminat nak baca lebih lanjut tentang artikel ni cer tengok kedai-kedai buku ada jual lagi tak? Sebab Mingguan Wanita ni keluar setiap minggu. Tapi haritu aku beli kat kedai buku ada lagi isu mingu lepas.

Dengan tak semena-semena berita ni sampai ke paparazi masuk dalam Blog Retis kau… hahahaha

Nah baca kat sini – 3 Blogger Kongsi Pendapat Dalam Mingguan Wanita

Btw, thanks akak reporter MW kerana telah memuatkan komen bergambar kitaorang.

Kalau ada mana-mana majalah nak komen kitaorang, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Seronok juga muka masuk majalah. 😀

1,486 total views, no views today

Jom Join Bengkel Grafik Hero

Bagi saya, bila saya tahu buat kerja-kerja design mungkin lebih memudahkan. Macam saya kerja-kerja yang saya buat seperti blogging, event coordinator, media digital memang memerlukan design-design invitation card, banner, facebook ads dan banyak lagi. Dan juga saya ada buat startup Kelab Komuniti Blogger, kerana tidak tahu nak mendesign oleh sebab tu membantutkan proses startup saya, saya kena upah designer. Designer pula saya nak pilih yang baik dan sesuai dengan saya. Kat situ je dah kos masa dan bajet yang banyak saya kena keluar kan. Alangkah baik nya kalau saya sendiri yang tahu design kan. Lebih jimat dan mengikut citarasa saya.

bengkel grafik hero

Kebetulan! Selepas ditambah campur tolak congak saya dah ambil keputusan nak join Bengkel Grafik Hero. Bukan calang-calang orang nak mengajar ni, daripada team World Designer. Bermulanya world designer ini dari awal lagi saya dah mengikuti Encik Dee, Izuan Bakar tengok je diaorang punya design-design cantik-cantik. Dalam hati terdetik “Hebat!, kalau la aku dapat buat design macam ini kan best”.

Dah 2 kali bengkel design photoshop saya terlepas. Kali ini saya tak nak lepas kan peluang lagi. Lepas tengok hasil portfolio dan testimoni-testimoni orang ramai membuat saya lebih yakin untuk belajar design photoshop melalui bengkel grafik hero ini.

LIHAT HASILNNYA!

Contoh beberapa design untuk cover timeline dan minisite

contoh hasil design

  Terlalu Banyak Testimoni Bercerita Semasa Bengkel Yang Lepas

testimoni

Apa Yang Akan Anda Dapat Dari Bengkel ini?

  • Anda akan dapat pelajari asas hingga advance dan perkara-perkara penting dalam Photoshop.
  • Anda dapat belajar bagaimana melakukan teknik pemilihan warna-warna yang simple mampu tingkatkan kualiti dan seri grafik anda.
  • Anda dapat belajar bagaimana memilih dan menggunakan teknik ______ mudah meghasilkan “Imej yang Berkualiti”
  • Anda dapat belajar bagaimana menghasilkan kesan-kesan khas dalam grafik design.
  • Anda dapat belajar teknik dalam proses editing tipografi dan imej. Ini adalah rahsia kami 🙂
  • Anda dapat belajar cara pantas hasilkan design yang terbaik dan convert!

Anda Akan dibekalkan dengan VIDEO Pembelajaran Step by Step!

VIDEO Pembelajaran Step by Step!

grafik hero

Di dalam bengkel ini nanti terdapat 4 modul yang akan diajarkan daripada modul begginer to intermediate selama 2 hari.

Untuk anda yang berminat nak sertai Bengkel Grafik Hero ini terdapat 2 sesi yang boleh dipilih.

Sesi 1

Tarikh: 19 hb – 20 hb Februari 2015
Hari: Khamis & Jumaat
2 Hari Pembelajaran

Sesi 2

Tarikh: 21 hb – 22 hb Februari 2015
Hari: Sabtu & Ahad
2 Hari Pembelajaran

Saya ingat nak pilih sesi 1 lah… Hari ini baru 13 hb masih sempat lagi nak bayar ini. Ops! lupa pulak. harga Bengkel yang super power hero ini cum RM597 untuk 2 hari pembelajaran. Berbaloi juga sebab dengar cerita ada support group dekat facebook..

Ok la saya nak pergi mendaftar jap, jumpa di dalam bengkel ya nanti. Korang nak join sekali daftar kat grafikhero.com

daftar bengkel grafik hero

jom-join-bengkel-grafik-hero
Picit Untuk Daftar!

 

3,092 total views, 1 views today